Tuesday, February 14, 2012

This Is Not Funny, Dude!

*GUA MENAIP DALAM KEADAAN MARAH YG TERAMAT*

1- Lu tau tak pemilik motor macam gua bukan orang-orang yg kaya yg mampu beli kereta at least sebijik viva buat modal perjalanan kala hujan? Kalau gua kaya, gua tak pakai motor la der. Baik gua layan Viva Elite ke, tak payah kemek muncung tudung gua sbb pakai helmet.

2- Lu tau tak, tak semua rakyat Malaysia ni mampu simpan gaji depa buat bekalan masa-masa suntuk? Kalau ada pon, kadang-kadang hujung bulan guna jugak. 

3- Lu tau tak, orang kerja susah-susah, beli barang yg depa suka, bukan buat bekalan modal utk lu meniaga di pasaran-pasaran gelap??

4- Lu tau tak, orang-orang yg dok di flat bukanlah yg tebal poketnya, lantas motor-motor dan kereta cabuk 2nd hand saja yg berani dibeli. 

5- Lu tau tak Malaysia ni bukan negara pelik-pelik yg rakyatnya kerja Sabtu Ahad dan cuti pada Isnin sampai Jumaat???



----------------------------------------------------------------------------

LU MEMANG BABI PENCURI!!! RIM MOTOR GUA DEPAN BELAKANG LU SEBAT SAMPAI TINGGAL FORK SAJA KAT MOTO TU APAHAL!!!! 

1- Lu tak reti pikir ke hari ni hari Selasa!!!! Gua keja la babi! Hari Valentines bukan public holiday di negara Malaysia tanahairkutercinta!. Tak pasal-pasal gua kena EL!

2- Lu tau tak bulan lepas gaji masuk awal sebab nak beli barang-barang Raya Cina kemudian la ni gua tengah berjimat!! Rim tu ori la babi! Lu kalau nak kaya pon, pi join MLM la! Gua takdak masa nak buat ihsan derma modal perniagaan haram lu!

3- Lu tau tak, kalau gua tengah pokai skang, tak pasal-pasal moto tu teduduk sampai hujung bulan ni. Bukan moto saja teduduk, bulan depan konfem gua teduduk sebab duit habis ganti beli benda lu curi tu saja! 

4- Lu tau tak, semata-mata nak pi report polis, gua menapak berkilometer nak ke balai polis, kemudian menapak survey spare part lagi. Memang babi la! 

5- Lu tau tak baru minggu lepas gua tukar spoket segala campur tayar baru depan belakang, pakai gaji setahun punya kumpul, belum sebulan lu dah sebat?? Sial la lu.

5- Polis pon, gua dah report tu, mai la tengok mangsa keadaan macam mana! Setakat nak taip report, print report, then report kat bos lu, pencuri tu jadi apa? Esok malam dia mai lagi la sebat rim baru gua ni! Nak beli rim elok pon susah hati. Beli rim cikai, esok patah pulak. Duit lagi!

6- Lu tau tak, gua mintak lu mati lemas terdampar di dasar sungai. Biar mayat lu tak payah org jumpa. Tak payah susah-susah org kampung gotong royong kebumi lu!

7- Kerajaan, apa lagi. Hudud mana hudud??? Nak gua pi potong tangan depa ka? Gua pakai gergaji letrik. Moden sikit.



Kualiti gambar memamg tak cun sebab henpon gua kamera mcm  cilaka.  Cilaka punya pencuri


Tak pasal-pasal gua update blog hari ni. 

17 000 000 vote Jelina utk ABPH 2010:

Nurul Aziz said...

Better doakan hantu tu cacat seumur hidup drp terdampat kat dasar sungai. Hari tu rumah aku pun kena masuk pencuri weh. Habes kabel letrik kat atas siling dorang tibai. Tak nak pulak kena renjatan letrik time tu.

Cik Ina Do Do Cheng said...

bukan saja babi, dan binatang-binatang seangktan dengannya. cik ina tengah membayangkan perasaan kawan cik ina yang baru kecurian kereta minggu lepas. bertabah ye, lepas ni motor buh dalam rumah.

JelinaJoli said...

@nurul: cacat nanti menyusahkan mak bapak.now tak cacat pon menyusahkan ummah! kalo kena renjatan letrik, behantu plak rumah ko

@cik ina: curi kereta lagi lahanat! menyusahkan hidup org! ni tayar hilang pon nak keluar air mata, sebbaik ingat nak maki.

Hantu Kak Limah said...

gua ingat mak jemah jer berperistiwa sadis..rupenye lu lg sadis.....
gua seru hantu2 yang lu nak lemaskan tu bukan gua........
tapi bile tgk moto lu yg supe acident ngn lori kontena ni,gua pun rase nak tikam 16 x24 pencurik itu....isk..isk..isk...gua ikut emo...pasal lu tgh hangin....isk..isk..isk....

shahirahkhairudin said...

ini memang babi. patutpun ko marah.

JelinaJoli said...

@kaklimah: lu seru hantu2 lu p tangkap babi 2 ekor ni! p kejar polis2 jugak suruh buat kerja check kes curi

@shahirah: memang babi la! lenkali curi bagi duit gantirugi sekali

fina fento said...

konghajo betoi.

RieNa said...

Ya Allah, kasihannya jelina yg comei...sampainya hati depa bt mcm ni kat adik kak..moga insaflah depa. amin.

jelina, meh akaun bank. kak nak derma kilat. wpun bkn 3 ribu, rm30 pun takpe kan..

takziah jelina.

*dr bekas penunggang motor selama 8 tahun. jd perasaan ini kak sgt faham.

ZairieHusin.com said...

marah betul nie.. hehehe... tak pe.. lepas nie lu kasi lock moto kaw kaw la.. :D

Waqheh said...

jolie...gua mmg kesian ngn nasib timpa lu...tapi gua mtk maaf mmg gua nak tergelak...ape punya dajei pencuri..sebat rim je....

JelinaJoli said...

@fina: kojaq gila!!!

@riena: jelina comei tu ramai bekenan. tak dapat jelina, dapat taya pon jadila

@zairie: gua ingat nak pakai beca je lepas ni

@waqheh: gua pon rasa lawak keadaan cacat moto tu. tp poket gua rabak lu kena simpati!

~najwa~ said...

lorr..kesian kat hang jelina....
kalau kena kat aku, memang kena carut juga lah **tapi sambil menangis..

JelinaJoli said...

@najwa: memang mau nanges woo tapi maco sket la

lotikus disarimankan said...

Humang ai..wa cukup pantang dengan spesen manusia yang nak kaya cepat dengan menyusah kan orang lain.ni kalau dapat, mau wa tikam berjemaah.

BTW,jelina. add fb baru wa:lotimukhtar@yahoo.com.
fb lama wa semak dengan drama industan.dah nak mcm tikam jantina itu.(jantan+betina=jantina)

@tune® said...

mak aih!
bukan babi jer tu
babi utan
babi itam
babi pink
babi ijau

hanaahmad said...

wowowowow. kesiannya dekat lu. haisyh. apa punya lahanat lah pencuri. wa doakan lu murah rezki dan jauh dari segala dugaan dunia ni jelina oi. gua bersimpati. haisyh.

iizza said...

adehh sadisnya...elok pi sebat pencuri tu kalau dpt..haisshh