Friday, October 7, 2011

Bajet 2012

Gua dengar cerita bajet 2012 dah nak keluar kan? Haish. Saspen plak gua tunggu-tunggu nih. Yelah. Gua dah bagitau pak2 menteri bahawasanya gua nak kawen hujung tahun depan. Mana tau ada menteri2 yang prihatin dengan usaha gua yang mewarnai dunia blog tanpa jemu dan takbur, sudi nak masukkan bajet kawen gua dalam bajet 2012 tuh. Senang gua nak kawen penuh tajaan juta2. 

Bolehla impian gua nak kawen kat Hilton terlaksana disamping menjemput Paris Hilton menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru diiringi kugiran dari Kumpulan Search dan Wings. 

Bolehla gua jemput lu orang datang bawak rombongan bas sekampung makan free stail New York berlaukkan steak, ber-desertkan nasi minyak kuah dalca. Komfem makcik2 pakcik2 yang lu orang bawak dari kampung2 sekitar lu orang bakal cerita ke-gah-an majelis gua sampai keturunan gua yang ke-7 yang mana kala itu gua dah sedap2 lepak dalam kubur takpayah pikir hutang majelis yang ditanggung rakyat2 malaysia.



Dan gua harap di majelis jutaan ringgit gua tu ada la CEO kampeni besar macam MahSing ke, Glomac ke Gamuda ke sudi-sudi hadiahkan gua sebijik banggelo di kawasan urban bertanah tinggi dan boleh lihat sekitaran KL dengan riaknya. Dan semestinya gua akan check dulu struktur tanah. Mana tau baru angkut sofa masuk rumah dah arwah dimakan dek tanah tu kan.. Org riak selalu rugi. Bagai gua dan tanah tinggi.

Monday, October 3, 2011

Trend Baru

Hey Lu olllss! Gua bizi gila semenjak dua menjak ni. Biasalah salon baru bukak. Gua walaupon manager, tapi sebab nak jimat cermat macam haji bakhil, terpaksalah gua multitasking. Dari tugas cleaner membawak ke akauntan, gua bolot sorang.


Ada client gua gila binatang. Sebab dia la gua kena pokus hadap rambut dia sampai dah 4 hari tak makan. Minum pon tak basah tekak. Gua dah kata , gua buat rambut stail helmet je. Helmet yang disahkan sirim. Tapi ada jugak yang bebal bagi gua 12juta untuk design rambut dia stail paling rare. Yelah. Kenduri Nabil kan stail fantasi. Dia pon nak jugakla berfantasi.



Lantas gua design sefantasi boleh.












Amacam? Ni kalau nak kawen sesuai sangat la buat stail ni. Nampak la kelainan sikit. Dari lu tempek bonggol unta di kepala kan, baik lu try gaya baru dari gua sempena syawal tahun depan.