Friday, September 23, 2011

Unsubscribe

Ramai yang meroyan sekarang ni lepas FB tukar layout baru. Gua okay ja. Gua kan memang minah stalker. Benda-benda macam ni tak mengkudiskan pon perasaan gua. Gua gigih belajar macam mana nak adapt dengan layout shocked fb yang selalu jadi tanpa notis awal. Alhamdulillah, sikit-sikit dah berjaya gua rasa. Mungkin disebabkan esok adalah majlis pernikahan pasangan idola gua. So, gua punya level kehadaman pembelajaran adalah sedikit lancar. Gua harap abg Normiang boleh lulus dengan sekali lafaz saja. Amin.


Gua dah rimas nak menegur status-status serupa dia sorang  saja ada boifren dalam dunia ni. Gua rimas dengan status manusia yang lupa dia punya status tu di-pos di wall orang lain jugak! Gua rimas nak jadi tukang PAKSA DIBACA masalah orang lain di fb! Gua meluat ok! Mana maruah lu orang sebagai pompuan melayu yang komfem2 bukan terakhir??


Gua lagi suka orang yang letak status biasa2 dan normal serta bertamadun, dan tiba-tiba gua tengok dia dah bertunang, kemudian invite gua pi kenduri dia. Itu baru bertamadun 2020! Bukan meroyan 24jam, sat single sat in relationship sat complicated,  pastu dok post video2 sedih konon si boifren gila-zalim-takdak hati bakal view video itu lalu jatuh kasihan kerana menyakiti hatimu.. Choii!. Orang yang pakai cawat zaman batu pon tau hal hati dan perasaan elok diam-diam dalam HATI. Sebab itu hal HATI! Lainla hal MATI. Berbeza ok!


Ok. Kepanasan hati gua membuak-buak pulak tiba-tiba. 
Gua sebenarnya nak bagitau, kepada insan-insan yang gua approve jadi friends, tapi degil nak letak status meroyan jugak walau berpuluh kali dah gua perli kat status gua, gua dah UNSUBSCRIBE uolss punya updates. Hahahahhahah! Harap lepas ni bila gua kelik HOME, nampak la status2 dan posts yang educated sikit... 


Lu orang bila lagi nak tamadunkan fb memasing???



nota: nak meroyan, pi twitter, pastu privatekan akaun lu. mudah!

9 000 000 vote Jelina utk ABPH 2010:

Fina Fento said...

Kwang kwang kwangggg..

~najwa~ said...

aku pon rimas dengan segala macam status sumpah seranah org, status merajuk yg tak sukat-sukat rajuknya..

adehh...penat!!

Miss Fireflies said...

lets continue this on twitter...hahaa

haha aku punya blog still on private mode.so takyah nak click2 kat nama aku ni.next week aku update!

.sweet-ants. said...

jelina moh join twitter...

Misshy Innz said...

terasa oi terasa . hahaa xD

ko dok semban ?

Waqheh said...

lu memang bertamadun..kalo bab fb..gua lama dah..naik meluat tgk...

Cik Ina Do Do Cheng said...

lepas ni sumpah cik ina nak letak status tunjuk-tunjuk cik ina mewah-mewah .ko approve tak?

Amanina said...

fb aku bertamadun ke idak ehh?

Rina (◕‿◕)✿ said...

hahaha..biarlah..merekakan kanak2 :P

nanti rina invite kawin (insyaAllah) wajib dtg k..atleast ade artisss (mata ke atas) dtg ke majlis rina hahaa