Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia, Malaysia

Sepanjang 50 tahun gua hidup, ni kali pertama gua dengar ucapan piem sempena hari penting negara sampai habis. Ni semua gara-gara laptop gua hang tak agak sebab Lightroom gua kejang otot (lightroom sejenis sofwer edit gambar ye).


Hazab jugak tekak gua nak memaham semua butir pekataan. Gua dengar Suriafm online. Sekali laptop hang time ucapan tu kan.. Harusla gua tadah telinga dengar. Dapat jugakla gua tangkap ketersasulan piem kita tu. Takpa. Dimaafkan. Lu ingat senang ke nak baca teks berkajang-kajang penuh semangat? Gua pon tak mampu. Baca surat cinta yang cuma sehelai pon gua baca dalam hati, malas nak bukak mulut. Apatah membaca yang berkajang-kajang. Mau krem lidah!

Esok hari Malaysia. Gua lupa nak pasang bendera kat unit kondo mewah gua ni. Bukan apa. Gua pompuan. Jelita pulak tu. Tambahan pula, lemah lembut disukai ibu-ibu mertua. Kalau nak memasang bendera kat balkoni unit mewah ni, memerlukan sedikit kejantanan. Kalau nak lemah lembut sambil auw auw nak memanjat, baik terjun saja bunuh diri. Menggelikan telinga penduduk lain saja.


Oleh itu, gua wallpaperkan je hati gua dengan bendera Malaysia. Nampakla patriotik sikit hingga ke tangkai hati. 


Lu orang mampu?? Heh!

5 000 000 vote Jelina utk ABPH 2010:

teha said...

hahhaa ! patriotik sungguh.. ade dalam hati gitu... sengal jee..

hanaahmad said...

style! aku memang tak mampu laaa....hari cuti aku ingat tido jeleee..hahahaa

Waqheh said...

semalam gua kat kl sempat lalu dataran merdeka nasib tak jem..gua dah raptai utk naikkan bendera

~najwa~ said...

kalau takdak, cakap takdak, aku leh tolong beli, haha..

tangkai hati i hanya ada bendera cinta,boleh gitu....?

JelinaJoli said...

@Teha: lu ada di mana?? jantung?

@hana: lu rakyat yang lupa pada jasa negara

@waqheh: hari ni lu p naikkan bendera dak??

@najwa: bendera cinta negeri mana tu?