Thursday, August 25, 2011

Entri No. 8 di Bulan Puasa

Gua dah selamat sampai di Bakau Tua. Cuaca agak tidak bagus. Hujan manjang. Kurang pahala puasa asyik tidur saja. Mandi pulak pukul 3pm. Memang terbaik untuk dijadikan contoh kepada gadis-gadis yang masih mencari-cari rahsia menjadi anggun dan jelita dalam sekelip mata.

Semalam jet gua tak buat hal. Sempat la gua lepak Marikh beli kuih raya barang pat lima tong. Biasala. Sana barang murah. Minyak pon tak naik harga. Gua tak pegi shopping mall yang hebat-hebat. Gua pegi kedai 1Marikh saja. Murah gila! Sebab tu gua mampu beli biskut raya bertong-tong dengan nilai RM10 sahaja. Ringgit Marikh gittu...

Ada sorang fan gua nama @tune. Dia punya riak dalam entri yang lepas macam alien dapat kapel dengan Pasha Sanda!. Konon shoping kat Pluto hebat sangat?? Eh gua sahur kat Musytari ok! Penat jugak keliling planet tu sebab besar sangat. Nak cari restoren yang halal lagi.. Syukurla jet gua pakai kuasa veto saja. Tidakla gua meroyan cari stesen minyak kat sana. Tapi gua tak berani lama-lama. Lepak setengah jam kat sana pon mekap gua cair sampai hujan seharian kat Bakau Tua ni. Kalau lama-lama lagi, alamat banjir terus lah Bakau Tua. Habis tenggelam airport mini!


Sesapa yang jeles dan rasa gua riak tak tentu pasal, sila muhasabah diri. Gua berjaya ni pon berkat usaha menulis blog yang penuh ilmu. Cukup time nanti, mungkin gua boleh jadi editor di Harian Metro ruangan sokseksoksek.

8 000 000 vote Jelina utk ABPH 2010:

Fina Fento said...

Selamat berbukak posa noo..kalau rajin singgah la Langkawi. kan jauh mana punnnn..nanti boleh belanja pizza hahaha

Nurul Aziz said...

gua tunggu lu balas komen gua yg kat berlambak kat entry bawah2 tuh.sila reply kalau xnak bakau tua tinggal nama je.

btw next year nak ikut pegi musytari.dengar cite kain langsir sane murah.

YUL said...

gua skrg nie kt planet nameck. lu tau kew? kalau ad mse lu dtg sini ok! hekhek

~najwa~ said...

kat bakau tua : tang mana hang parking jet veto hang?

cEro said...

ape niiii???
gi planet musytari tak bgtau aku...
aku ada buat rumah terbuka kat sana, sana raya awal sket...

.sweet-ants. said...

planet musytari tu tempat berak gua je

karatz said...

gila kalau layan orang gila macam lu.wakakaka.sebelum terlambat gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri la jelina.gua mintak maaf dari ujung rambut ke ujung kaki.gua peduli hapa kalau dalam kamus hidup lu tiada makna perkataan maaf bagimu.gua rilek je.tapi gua nk beraya jugak dengan lu.setel eyh.selamat menyambut hari raya.

JelinaJoli said...

@fina: pi langkawi naik cruise la... baru jelina

@nurul: ni ha gua reply.. tahun depan nak pi bulan

@YUL: gua punya GPS takleh detect

@najwa: kat airport yg baru dibina ketua kampung

@cero: patutla gua pegi semua dah pakat takbir raya

@ants: sana toilet lawa...

@karatz: gila lu buat ruangan komen jadi kad raya plak.. yelah2... gua dah bagi maaf. simpan dlm bank cepat.