Wednesday, December 29, 2010

Entri Pendek Ulasan Stail Ringkasan Sariberita Penting

Pertama-tamanya, tahniah player Malaysia. Esok gua belanja pizza hut sekotak. 

Keduanya, gua nak tau, sapa kameraman yang on duty tadi? Adoiyai.. Asyik pokus tang awek je. Gua tau lu olang cari julia perez kan? Ah, tak perlu la susah payah. Gua nak aim muka fahmi lama-lama pon tak sempat digest tau! Luna Maya muncul. Manohara muncul. Awek gigi besi muncul. Perez jugak tenggelam. Gua dah bagitau, try cek dalam jamban. Kemungkinan besar dia cirit birit amat lah tinggi. Tapi sapa pon tak layan. 

note: member fb bagitau, laser si jupe kena tahan pak polisi. emang benar ya pak??



Ok.
Gua rasa fahmi hebat. Macam cicak. Kadang-kadang macam keeper estet cintamanis filem estet pon ada jugak. Dan gua tau dia hebat sebab makan budu. Lu olang mampu??



Note lagi: Shabery Chik senyum nampak paling iklas. Gua soka!!



Nota lagi:  Gilak ah team malaysia nak lawan bola serupa nak pi berperang di Gaza. Dia punya ancaman lain macam. Boleh goyah iman dan taring!

Nota lagi: Gua tak nampak sorang pon pendukung Malaysia. Apakah??

Monday, December 6, 2010

Luahan Seorang Remaja yang Gaji Belum Cecah RM5k

1- Rakyat mesia makin kaya, termasuk gua yang hari-hari mengira wang. Takut hujung bulan terpaksa bungkus baju-baju jual secara bundle di pasar-pasar gelap. Barang kemas pon gua tak pakai. Takut kena ragut di tengah jalan. Itu akibat peragut-peragut tamak sebab sudah terlalu kaya dan mau kaya lagi. Ya, rakyat mesia MAKIN KAYA. Lu olang pon tau kan? Mak bapak gua bisnesman. Mentua gua pon bisnesman. Kerja sendiri. Untung 800 kali ganda. Itu semua orang tau. Lu olang pon kaya raya jugak. Setahun sekali nak brekfas kat hotel pon belum tentu, apatah lagi nak pekena candle light dinner. Itu harus kena tidur dulu lalu merasa dalam mimpi!



2- Emosi gua high lain macam. Minyak naik. Air naik [SYABAS buat SYABAS untuk plan menarik dan pintar ini]. Darah naik. Lepas tu kena admit hospital. Bayar bil hospital. Expenses gua naik lagi! Ya, gua rakyat marhaen yang kaya. Lu olang pon marhaen dan kaya jugak kan?



3- Hari-hari pi kerja merempit. Awek-awek macam gua menunggang yamaha zr dengan speed 100km/j, kadang-kadang dalam lalok tidur yang masih bersisa di federal highway tu kadang-kadang terjun lubang jugak! Bukan gua tak hati-hati. Tapi lu ingat pi kerja tu macam pi bersiar-siar menaiki kereta dipandu dreba?? Bawak 40km/j sambil edjas handle takmau bagi masuk lubang? Wey! Nak elak kejadah apa kalau gua elak  lubang, motor dari belakang hentam motor gua! Nak tak nak, kena jugak hentam lubang tuh! Jalan raya memang BAGUS GILA! Lubang sana sini. Motor baru keluar kedai tak sampai sebulan dah barai tertanggal skru! Nama saja naik motor, tapi feel macam prektis tunggang kuda! Gua syak bulan depan kena masuk workshop lagi motor tuh. Expenses menaik lagi. Takpa. Gua KAYA!



4- Tiap-tiap bulan gaji masuk akaun, gua langkahkan kaki ke kedai kereta. Proton. Produa. Nak masuk honda, toyota, gaji gua berkepuk sangat! Gua masuk tiap-tiap bulan. Bajet nak membeli. Tapi hell gua rasa kalau kereta paling murah pon gua kena hitung banyak kali takut tune akaun lari. Kereta nasional rega mengalahkan kereta import memang gua panas hati! Apajadah persona mahal berganda dari forte dan city! [gua kira rega asal kereta import kat negara depa la]. Lu tengok remaja-remaja seusia gua, yang kerja penuh semangat, last-last sambar viva jugak walaupon zaman sekolah rendah dulu tulis dalam biodata masing-masing ; KERETA IDAMAN: FERRARI! Dah itu je yang si KAYA mampu beli. Apa boleh buat??!



5-Belum lagi kira public transport. Konon kurangkan jemmm! Oh, lagi jemm otak gua layan komuter ulang alik kerja. Slow serupa naik keretapi zoo bersiar-siar dalam zoo negara! Belum lagi kira jadual perjalanan selang 30minit [abaikan tren shuttle yg memilih destinasi]. Dalam 30minit tu, orang yang menunggu next train dah boleh penuhkan 1 gerabak! LRT plak, kalau agak diri demam ke senggugut ke, gua lebih rela ambik MC. Komfem di pertengahan gua pengsan bersesak campo kena berdiri sepanjang jalan! Naik rapidKL plak, sama je jemm kat Federal highway tu. Baik gua drive kereta sendiri. At lis kereta gua tak payah berenti tiap kali orang tekan loceng. At lis gua boleh berenti betul-betul depan kondo gua. Kan?? 


6- Cerita pasal gaji, walau kerja gua ni macam neraka, tapi gua bertahan sebab gaji ok sikit. Nak pindah kerja, try ushar iklan sana sini, offer gaji basic rm1.7k?? Wey! Nak bayar PTPTN pon letih menghitung!  Pastu bising student tak bayar balik pinjaman. Nak bayar pakai apa! Kertas A4?? Nak simpan dalam bank pon tak mampu! Bagi mak bapak lagi. Nak sara minyak yang naik lain macam lagi. Makan pon mahal. Sapa yang gaji basic bole dapat RM2.5k with no experience, lu memang hebat! Gua doakan kampeni tu kaya sentiasa.







Now minyak plak naik. Air pon nak naik. Gula naik. Gua punya gaji tahap tu jugak. Liat bebeno nak naik. Gua tengah kumpul duit cantik-cantik. Bulan depan gua nak naik tongkang balik Indonesia. Dah kecewa sangat dah duduk Malaysia ni.










p.s: Ingat! Gua dah ada lesen mengundi. Jangan tekejut kalau result next PRU lain macam. Gua tak mengugut. Gua cuma meluahkan perasaan seorang remaja yg dah kerja setahun lebih tapi nak mengumpul aset susah yang hamat!!!  

nota: sori entri panjang macam gerabak ekspress sendumalam. gua emo sangat2 skang. gua rasa lu olang pon feel benda yang sama. dah serupa duduk di negara asing kerja cuci jamban!

Thursday, December 2, 2010

Cerai Taklik

Kepada yang arif pejabat kadi, mahkamah syariah dan pendaftar perkahwinan.

Gua nak ceraikan Pittrolium Charigarliy dengan talak 3!

Tersenarai di bawah adalah lafaz-lafaz iklas dari hati gua yakni sebab-sebab gua nak taklik dengan beliau.

1- Senin: Gua kata gua dah lambat nak masuk opis. Lu boleh berenti kat shell layan cirit birit sampai 15minit! Wey bai. Lu bukan tokey kampeni bodoh gua itu!

2- Selasa. Gua kata bunga konvo lu tu special dari gua dan paling mahal d UiTM tuh. Lu dengan selamba sewakan bunga konvo gua kat kedai gambar situ kan?

3- Rabu. Gua kata gua migrain. Rasa malas nak kerja. Lu sages gua turun level B1 beli sendiri panadol lalu naik level 14 sambung kerja dengan tekun. Bai! Lu ingat migren itu sejenis exercise anggota badan ke!

4- Khamis. Gua kata harini nak shoping hardware nak kukuhkan sistem keselamatan rumah. Lu dengan pantas demam panas bajet suspect denggi lagi skali!!!!!

5- Tadi. Gua nak makan nasi ayam sup utara. Lu boleh hentam tido dekat meja gua tengah melantak. Selera gua terencat ok!!! Lu ingat ini bilik hotel!!




Gua nak taklik. Boleh terus eddah. Lepas tu nak bercuti patplohpat bulan kat bulan. Gua dengar cerita ada pakej bercuti ke bulan untuk janda-janda hot macam gua sempena winter kat sana. Nak panaskan suhu bulan yang sejuk melampau. Lu olang dah try??

Wednesday, December 1, 2010

Pittrina Convocation!

Semalam adalah konvokasi gergasi gua, Pittrina Jofernandez Lose.


So, selamat belated konvokasi.

Gua dah bejaya bagi bunga untuk Pitt buat kali pertama. Tapi masih, gua tetap gagal dalam hal-hal teddy bear nih! Bila gua hulur je jambak bunga khas sempena konvokasi dia, gua kena sound tak hengat!!

"Wey!! Gua jantan ok! Lu awek! Bukan lu jantan gua awek! Malu gua wey nak angkut mendalah ni satu kampus diperati makbapak student lain! Gua JANTAN!!!! Lu ni kan...... dari dulu lagi fail!"


Sori la bai. Gua ingat teddy bear takdak jantina. Gua suruh je la bebudak tu bungkus teddy bear paling besar dan kiut. Gua taktau plak teddy bear ni pakai reben kat kepala!! Gua bajet wrapper warna hitam dah cukup jantan. Gua tak perasan ada awek dalam tu! Oh demmmmm!


 gua terpaksa pakaikan dia motarboard untuk tomboykan si marie nih...


 

Pat tahun lepas gua belikan bantal bentuk teddy bear. Gua ingat lembu. Gua suruh amoi kedai kat Pudu tu bungkus cantik-cantik. Gua hadiahkan kat Pittrina Joefernandez Lose yang masa tu cumalah peminat setia gua [yucks! stetmen bunuh diri Jelina yang bakal bikin gua kena lahar esok].

Malam tu jugak gua dapat kol maki hamun dati Pittrina Lose!


"Babi la lu! Bagi gua babi apahal!!!!! Tak suka gua cakap je la!!"











Ok. Sumpah! Gua taktau tu babi. Gua ingat lembu. Gua rasa hidung tu sama je.

 
 

nota: Tapi sampai skarang lu tido dengan babi tu lagi kan? Hahahahahahha!