Sunday, February 28, 2010

Al-Fatihah Syafia Humaira

Belum sempat gua tutup buku pasal kes buang bayi, sumbat bayi dalam tangki tandas, bakar bayi, datangla lagi kes pasal bayi ni. Dunia sekarang makin kejam. 

Gua nak mengulas kes arwah  Syafia Humaira, budak 3 tahun kena dera dengan bopren mak dia. Gua menamakan laki tesebut sebagai iblis. Gua nak kata binatang, tapi burung pon pandai cari makan kat anak dia. So, iblis lebih layak dan sesuai dengan pengalaman yg dia ada.

Gua ada rujuk sana sini jgak before karang berita ni. 
Ada sumber kata:

1- Budak tu main air then iblis ni marah-marah, pukul-pukul dia. 
2- Budak tu dibawak pi padang. Iblis tu main bola ke tengok orang main bola pon gua tak pasti. Banyak siri sangat.

Tapi yang pasti, saksi kat tempat kejadian [gua rujuk metro kot ni], budak tu pegang bola kat muka dia. Then iblis ni pi tendang. Dengan budak-budak tu terbang. Lepas tu dia buat budak tu macam bola. Tendang. Pastu siap pijak-pijak kepala budak tu dengan kasut dia. Memang iblis tahap lahanat!

Budak 3 tahun. Gua yang dah 20 lebih ni bole rasa tehantuk dinding, ni kan pulak di sepak terajang. Allah saja yang tau.

Tapi yang gua lagi kecewa dan sangat marah, bila saksi-saksi tu kata depa tak berani masuk campur sebab diugut iblis tu. Gua rasa yang kat padang bola tu, dok pakat ligan bola bukan pompuan mengandung! Paling kurang berjantina lelaki. Muscle besar mana belakang kira. Nak main bola bukan macam main chess yang pakai 2 org player je. Ni BOLA SEPAK ok! Mesti ramai kat sana. Tempat kejadian pon terang-terang nampak tiang gol. Takkan semua tengok saja? Tak kesian ke kat budak yang dok tanggung sakit tu? Or mungkin budak-budak semua, apsal takdak yang pi panggil yang lebih tua?

Kalo saksi-saksi ni tengok scene ni dalam drama, pandai pulak dok bagi arahan suruh orang yang tengok tu pi katok kepala orang jahat yang pukul orang baik. Dah jadi kat diri sendiri, kenapa tak menolong? Kenapa??

Yes, ppl can make their own assumption. Depa takut sebab iblis tu dah mengamok. Tapi budak kecik kot yang kena pukul. Depa ramai OK! Gua tak paham!

Dan yang paling gua tak tahan, masyarakat kurang prihatin. Bila dah jadi macam ni, ramai dok claim nampak budak tu kena dera secara teruk. Nasi dah jadi bubur, baru nak bagitau tivi? Masa nampak arwah kena dera, awat tak telefon polis ke, kebajikan masyarakat ke.. Tolong budak tu! Bukan muncul bila kes dah masuk tivi. Dah tak boleh selamatkan budak tu. Dan dah jadi kes besar negara?


Tapi gua rasa, kematian arwah ada hikmah jugak. 
Dengan kematian arwah, banyak pihak bukak mata. Perbuatan sumbang mak dia pon dah diketahui ramai. Dan mungkin akan diambik tindakan undang-undang syariah. At lis, dia dah tolong mak dia berhenti berzina secara tak langsung. Wallahu'alam.
Dan kalo arwah hidup pon, masa depan dia belum tentu. Dengan famili yang macam tu. Belum tentu dia membesar dengan didikan yang sempurna.

Setiap yang jadi, ada sebabnya. Ada hikmahnya.


Bagi gua, sifat jaga tepi kain tu perlu. Kes-kes dera ni libatkan budak-budak kecik. Takkan takde simpati sikit pon? Dulu zaman gua kecik-kecik, siap ada lagu dera lagi. Sedih gua tengok walau masa tu gua baru sekolah rendah. Masa tu ada budak laki kena dera dengan ayah dia. Femes kes ni. Budak tu koma. Gua taktau la hidup lagi ke tidak. Tapi kalo hidup pon tak normal.



UPDATE:
Menurut utusan hari ni, si iblis tu pakai kasut bola. Masa dia sepak-sepak dan pijak budak tu, dia pakai boot bola. Zalim yang amat! Saksi bagitau, dia angkat arwah dengan sebelah tangan then campak budak tu. Tapi arwah tak nangis dan cuba bangun. Tapi tak berdaya. So, jatuh semula.  Sedih sangat. Buah pinggang arwah rosak teruk. Apa pon, moga arwah tenang di sana.


 p.s: Laki macam tu layak di buang dari bumi saja!



TANGAN YANG MENGGAPAI



Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah

Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang
Peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan



Saturday, February 27, 2010

Saat Bulan Nak Mengambang, Jangan Cari Pasal!

Mood gua sekarang agak kemarahan! Ya, gua sangat marah. Gua penuh rasa solehah memasak kentang masak kicap untuk perut gua dan perut pato gua. Sangat girang hati. Masak dengan penuh tawaduk dan behati-hati. Gua menumis, gua memotong, menghiris, menggoreng dan sebagainya. 

Beberapa minit kemudian, tehasilla masak kicap gua yang gua rasa boleh mendorong gua makan penuh selera lagi hari ini.


Trut..Trut.. Henpon gua bebuyi. Lambang mesej masuk. 

"Gua on the way"

Oh, Pitt dah on the way pungut cukai dia setiap hari. [read: lauk tengahari]
OK. Gua pon pulun cari kunci rumah. Gua godek sana sini. Bawah bantal, dalam sarung bantal, bawah cadar, dalam seluar, semua gua godek! Takdak! Gua yakin gua sangkut tang tempat kunci. Tapi memang takdak. Gua sangat tensen. Gua sakit hati. Gua benci barang gua diubah suka-suka hati. Gua benci barang gua diambek masa gua nak guna. Gua benci bila gua taktau sapa ambik barang gua!! 

Gua lupa nak beristighfar! Gua lupa nak berzikir. 

Sebab sakit hati punya pasal, gua asyik menyeru nama khinzir saja. Gua sangat marah!




Las-las gua jumpa kunci gua dalam kasut, kat luar rumah. Oh! Gua rasa bersyukur berbaur gembira. Bolehla gua keluar petang nanti menghirup udara nyaman di taman tasik, sambil melihat anak-anak muda berperasan dengan dslr memasing. Ah, gua nyampah tengok makluk-makluk penggalas kamera gemok tu ke hulu ke hilir denga gajet saiz giant tuh. Tak habis-habis nak mempotoshut kat taman. Cuba pi posing tengah hiway ka, ambik view real sket! Barula sesuai dengan taraf dslr lu olang tuh! Setakat nak poyo saja, sambil mengekek-ngekek gedik lambang lu olang sangat kaya raya dan stylo dengan slr tuh, baik mintak tolong gua je. Gua bole campak terus dalam kolam sambil menunggu ikan-ikan di dasar berposing sesama sendiri.


p.s: kepada pemilik dslr, dari lu olang bizi amek view taman yang sedia ada cantek, baik lu pegi ambik view tempat pembuangan sampah ke, masalah sosial ke, lepas tu kasi pablish kat aduan metro, kosmo dan sebagainya. barula nampak bermanafaat sikit.

Entri Pendek Versi Gua

Ni gua nak buat pengumuman. Gua sangat bizi dan perlu menumpukan kepada rumah tangga gua yang sedang dipengaruhi unsur-unsur luar. Gua syak, pembacaan gua tentang kemasalahan rumah tangga maya karin dan ali sedikit sebanyak telah menyebarkan virus yang padu dalam rumah tangga gua. Gua dan Pit sedang bergelut untuk menyelesaikan masalah ini sebelum Isnin ini. Ada 2 hari lagi untuk gua menumpukan sepenuh perhatian dan cita-cita dalam memartabakan seni kerumah tanggaan yang harmoni. Gua ada mohon Dr. Rais Yatim mengulas bekenaan masalah gua di front page Utusan seperti beliau mengulas kes maya karin dan ali. Tapi beliau menolak dengan alasan, gua bukan berwajah pan asia. Takpa. Tunggu saja gua buat plastik sejeri nanti! Oh ya, masalah rumah tangga ini bukan perang saudara antara gua dan Pitt. Tidak berkait sama sekali. Gua cuma dirudung kerja yang melampau banyak.


Gua juga sedang kemarau idea. Ni semua gara-gara lawatan singkat gua ke gurun sehara sempena chap goh mei. Gua rasa gua perlu ke pusat cuaca negara untuk memintak jasa baik mereka menanam awan idea dalam kepala gua. Jadi, tidaklah lagi gua mengalami kemarau berpanjangan. Oh, bukan penanaman. Gua rasa term yang lebih sesuai adalah pembenihan awan. Gua tak ambik kos kimia awanan semasa menuntut dahulu, sebab tu gua kurang pasih tentang term yang sesuai dan kurang sesuai.


Akhir sekali, gua memohon jasa baik lu olang untuk menterjemahkan persoalan gua kepada ruang lingkup yang lebih jelas dan cenderung ke arah pemahaman yang jitu.

1- Sapakah manusia pertama yang membela kutu atas kepalanya? Dan kemudian menyebarkan ke merata-rata kepala orang lain? Dari mana asal usul kutu tersebut?? Gua terpikir hal ni masa gua bizi mensyampu rambut gua semalam.

2- Kenapa bila nak bagitau lu student UiTM, lu akan tambah "belajar kat UiTM JE". Kepala hotak lu! gua bangga je cakap gua belajar kat UiTM. Tak perlu tambah JE kat belakang. Apa UiTM tu low class ke? Sebab dia semua bumi + melayu, lu rasa macam dia low standard?? Masa sekolah dulu, lu sekolah kebangsaan, semua pakat-pakat melayu, pesal lu takmau malu-malu ngaku lu sekolah situ?? Takyah la jadi macam penyanyi tu yang kata Uitm so melayu. Orang yang tak pijak tanah Malaysia memang riak tak hengat! MRSM dulu semua Melayu, bangga je budak-budak MRSM dengan maktab depa. Melayu-melayu UiTM pon, situ jugak lu belajar. Lepas tu dapat kerja. Bodoh la orang macam ni. Tak reti bersyukur.


Sekian. Gua kembali bila masalah gua dah setel. Gua perlu pokus kerana dengan pokus la kerja gua cepat siap. Sayonara.


Gua yang jelita tahap jesika alba. Hahahahaha

Friday, February 26, 2010

BIODATA JELINA

BIODATA SAYA

nama penuh
NUR JELINA BINTI JOLIE

nama samaran
JEL [kawan-kawan 1 lokap masa gua kena tahan atas kesalahan memandu tanpa lesen panggil ]
LINA [kawan-kawan kat fesbuk panggil]
LIN [Pitt panggil]
JOLI [orang yang konpius nama gua dan bapak gua]

d.o.b
17 OGOS 1987, 6.50pm [jangan lupa bagi hadiah yang besar-besar dan mahal]

p.o.b
HOSPITAL DAERAH BUTTERWORTH

hadiah impian tahun ini
SEBIJIK HONDA STREAM DAN SENASKAH KOMIK KAWAN

cita-cita
SEORANG SURI RUMAH BERKELULUSAN PHD YANG ADA 7 ORANG ANAK YANG COMEL-COMEL BELAKA DAN BIJAK-BIJAK.

sekolah
TABIKA KEMAS BAKAU TUA
SK PULAU MERTAJAM
SMKA AL IRSHAD [bukan sekolah yg pakai kain kale hijau OK!]
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
UiTM MALAYSIA

makanan kegemaran
NASI GORENG AYAM PAK LAN [tapi ayam dia selalu habis bila gua order. so, dia ganti dengan telur goreng. pon sedap. tak penah gua jumpa nasi goreng ayam sesedap nasi goreng pak lan. dah 4 tahun tak makan. macam mengidam jugak. tapi member gua kata kedai pak lan dah kena reban sebab depa nak buat jalan kat area kedai dia. gua rasa nak book pak lan jadi katerer masa gua kawen nanti la.. ]

minuman kegemaran
KOPI AIS KEDAI MINUMAN CT. [gua pow pitt punya sebenarnya. terus jatuh cinta. abisla pitt. ada penyaing dalam merebut cinta gua yg tulus dan jelita ini]

warna kulit
 HITAM [gua malas nak taip manis. takut nanti ada yang pertikaikan]



UCAPAN:
pecah kaca, pecah cermin,
lepas baca, harap komen.





nota: Gua dah tak berapa ingat cara-cara membuat biodata. kalo ada sesapa nak tau pasai gua secara detail, gua ofer 1 job untuk lu, iaitu menghasilkan autobiografi pasal gua. budak bijak, jinies yang tiba-tiba sangkut time matrik. betol! gua membaca masa umur 4 tahun. gua dah layan cerita cina, omputeh masa umur 4 tahun lagi. tapi sebab otak gua pesen tak hadam nombor, gua kantoi matrik. kahkahkah! tapi takpe, bagi gua, gua belajar banyak untuk jadi rajin dan tak ambik ringan pasal exam. sesapa yg nak buat autobiografi pasal gua, sila kol PA gua. gua dengar cerita, ada org nak sponsor untuk projek biografi poyo gua. bayaran boleh tahan. setakat nak downpayment sebijik honda, takdak hal. tapi honda ex5 second hand je lah ye. hahahahahha!

Entri Ini Bosan. Gua Marah Seseorang.

Gua punya laptop dah umur 3 tahun lebih sikit-sikit. Gua beli masa gua kurang arif pasal laptop. So gua belasah beli saja dengan perasaan girang sebab lepas ni takyah angkut pc besar-besar pi kolej lagi. Selain itu, tak perlu gua nak mengadap monitor yang saiz sebesar tivi mengandung! Dan gua rasa memiliki laptop merupakan satu ciri-ciri seorang yang jelita. Hukhuk! [gua terbatuk terbahak-bahak]

Tapi masa laptop gua baru nak jengah umur setahun, baru nak belajar meniarap, laptop DIA dah mula nazak. Dah kena hantar pi hospital Low Yatt. Jumpa doktor cina. Kena tahan ward. Gua takdak la nak susah hati sangat. Bukan anak gua. Anak dia. Lepas 3 hari, budak tu dah boleh keluar hospital. Gua pegi dengan eksaitednya sambil menjijit stroller [read: beg] untuk mengisi anak dia nanti. Gila apa nak dukung bogel macam tu je. Kalo kena culik sapa yang susah??? Gua jugak! 

Kemudian, sambil dia bizi menanya doktor apa sakit sebenar anak dia, gua rilek-rilek main wifi kat situ. Masa tu gua tak kenal facebook lagi.So gua main-main google saja. Gila ilmiah sungguh gua saat tersebut. 

Selang beberapa 15minit kemudian, gua tengok dia mengusung sayu anak dia. Gua malas nak tanya banyak. Silap haribulan, gua sekali kena bungkus dalam kain kapan tu. Muka dia jelas menunjukkan kesedihan diselangi kemarahan. Kalo lu susah nak imejin, lu bayang je muka rimau tengah sedih. Macam tu la lebih kurang.

Kemudian, dia ambik stroller yang gua heret ke hulu ke hilir tu, dia isi anak dia dalam tu. Ganas dan rakus. Masa tu gua rasa macam nak lempang je dia skali dua. Tak boleh ke nak bubuh elok-elok? Gua marah betol bila orang kehilangan anak nak lepas kemarahan kat gua! Bukan gua bunuh pon!

Lepas dah siap simpan anak dia dalam stroller tu, dia hulur ke gua untuk usung stroller berisi anak dia keliling hospital pakar komputer low yatt tuh. Gua pon bawak je la sebab malas nak kena marah secara percuma tanpa bayaran ansuran. Berat OK! Bateri brapa tan pon gua taktau.



Lama jugak gua tak bertegur dia. Gua diam-diam saja. Gua ubi. So, gua kena diam. Kalo gua dah berisi sapa pon taktau. Macam tu la kaedah pemikiran manusia bijak macam gua. Kalo gua bising-bising, gua bukan ubi lagi dah. Gua akan masuk dalam kategori ayam pulak. Tak jelita langsung!


Kemudian, dia memecah keheningan suasana. "Laptop gua dah rosak. Lu ar ni. Suka hempas-hempas laptop gua. Gua dah bagitau, masa galas beg tu, biar sopan santun. Tapi lu tak penah nak bejaga-jaga dalam pembawakan. Now laptop gua dah rosak. Motherboard dah tak bole guna. Semua salah lu!"


Oh, gua disalahkan!
Disebabkan gua ubi, gua diam saja lagi. Malas gua nak bedebat di kalayak. Kot ajak gua pi mahkamah ke, barula gua tunjukkan skil seorang peguam handalan macam karpal singh! Setakat betekak atas escalator, buat menjejaskan kesihatan anak tekak gua je. Dahla musim kemarau. Lelangit gua pon tak lembab sangat. Awan takdak. Kalo kena tibi, gua jugak yang susah. Baik gua besabar dan berzikir di dalam hati banyak-banyak.

Gua syak sampai sekarang dia dok salahkan gua atas kematian laptop dia. Gua sedarla gua ni memang taktau jaga barang. Laptop gua pon dulu penah terkopek kulit luar sampai kena tukar baru. Keyboard masuk habuk-habuk biskut, benang jahit mak gua, dan pasir-pasir tu, normal la bagi gua. Nanti gua cabut la mana-mana hurup yang tersekat takleh nak berfungsi dengan baik tu. Lepas gua buang bendasing yang kaco fungsi hurup tu, gua lekatla balik nombo dia. Cover laptop gua memang dah calar balar dah. Takyah cerita la. Memang jelita habis dah! Belom kira charger lagi. Dah 3 kali bertukar. Cukup 4, memang sah laptop gua laki.

TAPI LAPTOP GUA BELOM PENAH ROSAK ISI PERUT DIA!! SETAKAT DISERANG VIRUS SELSEMA TU, NORMAL LA. IMUNISASI TAK BAGUS!


Harini PC dia rosak. Gua taktau sebab apa. Gua malas nak bersoal jawab. Tapi gua dah siap sedia. Kalo dia tuduh gua punca PC dia rosak, memang gua campak je CPU tu dalam tong alam flora!! PC dia tu gua tak penah tengok rupa macam mana! LCD yg gua beli kat dia pon gua dah lupa rupa macam mana! Dia ingat gua stok asas untuk tuduhan tak berasas ke? Kalo macam tu, sesapa yang tengah bicara kes bunuh, sila salahkan gua penyebab lu membunuh. GUa cas RM1juta. Lepas tu gua nak p buat plastik sejeri. Tukar rupa jadi Jesika alba plak.



p.s: harini Jumaat ye? Gua lupa sebab harini cuti. Hahahahah




lagi p.s: sapo dari ipoh n loqstaq yang mai blog gua selalu dengan cara mengklik link kat facebook? ngaku cepat!

Thursday, February 25, 2010

Peningkan Kepala Sambil Hantok Ke Dinding

Gua kopipes je ni. Lu baca dengan penuh kesyukuran OK. Latih diri lu besabar. Ini namanya teknik mengingat huruf besar huruf kecil. Mari mengenal abjad kaedahnya.  Agak rasa juling bijik mata, kasi hantok kepala ke dinding dulu. Kalo agak dizzy, lu cari orang bedekatan dan lepaskan ketensenan di sana. Gua tak jamin lu olang bakal sihat walafiat lepas baca ni. Tapi gua harap, lu olang bole buat iktibar ajar anak-anak lu olang sepeti nawal dan sebagainya cara-cara menggunakan caps lock dengan betol. Kalo keyboard rosak sampai tekan huruf tak keluar-keluar, sila beli keyboard baru.


Gua dah kasi besar punya font ni. Harap lu lebih jelas untuk membaca sambil mengeja dengan gagapnya. Hahahaha! Kepala gua dah bekecai ni sebab stres nak memaham mendalah ni.

nK tWU tNtg kuWh..AQ fAtIn AinAA..uMO aQ nX mcOk 15..2010 t..HahA..EREmmM..bDaY aQ 30/11/1995..HaHa...sO wiSh mE k...eRm bEst pWen aQ iZah..mUs..nIniE..dIelA..tEyA..n aTyn..HUhU..eRmmM..dOwAnk sUme SuDh bPuNyE..sO dIAm2X..MY lOvE..tAuFiq..AiEyOl..kQ bEe..dYk nUrUl..n dYk eCah..eRm..lOvE dOwAnk kEtAt2X..hUhU..k If X sKew nan pAgE aQ..silE dletE ea.. n aQ poWn x IngIn nK kowAnK jDi pWen Aq k..hAhA..aQ nIe oPn mIndEn..pRiAng n crIa..So PnDAi2x lA pWen nAn Aq k..huhu..erm k la..pNjg Da Aq tLz.erm..So Add Aq k..SaLam..



Sekian. Terima kasih.


nota: mesti meraung cikgu BM budak ni kalo tengok gaya penulisan tidak normal macam ni. Kalo gua jadi cikgu BM pon, gua kasi tendang keluar budak ni. Masuk kelas darjah 1 semula.

Tiada Motif, Jadi Cerita Macam Sayur Campur

Gua dah lupa berapa lama gua berjinak dengan dunia bloging ni. Gua malas nak belek entri lama-lama gua yang macam kanak-kanak tabika KEMAS Bakau Tua belajar mengenal abjad. Gua rasa macam nak sorok muka dalam bontot kasawari je bila baca balik. Terasa jugak nak delete, tapi gua rasa kaedah tersebut seperti menyembunyikan kejelitaan gua dari pandangan orang ramai. Takpelah. Gua biarkan saja. Itu buktinya gua melatih diri membuat esei dengan teknik pemayaan di blogspot. Cikgu BM gua masa form 5 yang bernama Rashidah Abu mesti suka bila tau gua dah pandai buat karangan cereka.


Gua baru sedar, gua tak folo ramai folllowers gua. Patutla bila gua nak membaca blog depa [blog lu olang la], gua rasa susah sebab taktau bila diapdet. Gua taktau semut mana terjun dalam air teh cap boh yang gua minum semalam ni. Kalo spisis ratu, memang layak la gua jadi pelupa sebegini rupa. Gua patut folo utk gua diapdetkan dengan isu-isu semasa lu olang.  Tidak la jadi kes sebegini: gua pegi 4 hari beturut-turut pon macam membazir minyak kereta maya gua je. Takdak apdet jugak. Dok cerita besenam di hutan lipur paya bakau jugak. Gua dah komen, takkan gua nak komen lagi. Nampak sangat gua ni pesen murai tecabut bulu.

So, kepada yang datang blog gua, nanti gua follow. Gua nak sambung tido ni. Gua ada interview tadi. Tapi di saat akhir, gua batalkan sebab gua tengok macam ada yg tak kena. Macam kena buat sales sbb job spesifikasi dia kata kena pujuk  org  masa buat sales. Gila pa. Gua ni dah la alah dalam kerja memujuk. Gua jual gula-gula sebijik pon tak penah laku! Dahla kat Masjid Jamek sana nuuu. Kalo kat Masjid Sultan Azlan Shah ke, gua memang sudi la pegi walopon cuma mengambik pengalaman berinterview. Bejalan kaki pon gua sanggup. Haha!Lepas seratus meter, gua kol Pitt datang hantar gua p sana. Bukannya gua malas ataupon stamina kurang ataupon gedik macam lena jasmay. Gua cuma tak suka bila ada keling bawak lori hon-hon ngorat gua!! Gua benci! Gua tau gua hitam. Tapi gua Melayu!!!! Cara depa memerli gua sangat jiwang. Gua tak suka!!! 



Sapa-sapa ada duit lebih sampai melimpah ruah ke pesisiran longkang bank, sila rojer gua. Gua nak mintak lu sponsor gua pi Korea sekarang. Gua nak kol doktor yg bole repair warna kulit gua jadi sehebat Beyonce. Kasi kilat-kilat sikit. Lepas tu gua jamin, gua bakal keluar dengan album bertajuk Jika Saya Lelaki, yakni If I were a boy versi melayu. Tapi kave album nanti, lu olang tak payah menanam impian mau tengok gua buat rambut terbang-terbang dan rambut yg berkarat disebabkan tededah kepada air dan udara. Tudung macam Tokti pon lu olang tak payah behasrat nak menonton gua pakai. Tu bukan tudung, tapi alas mesin jahit mak gua yg antik tuh. Tudung Bienda pon takmo. Tu anak tudung! Bukan tudung. Mak dengan anak pon tak kenai. 


mesin jahit antik mak gua yg gua gugel. mak gua suka alas atas mesin ni dengan selendang nenek gua yang belambak-lambak.


Gua nak pakai macam bini Akhil Hayyi. Berpurdah! So kalo gua nak miming pon takdak sapa tau kan. Haha! Ye. Sora itu aurat. So gua bole upah tokti nyanyi untuk gua. Kemudian gua letak copyright nama gua. Jelinati. Sedap!  Gua suruh tokti diam-diam pasal khidmata sora dia untuk projek album sulung gua. Sebab imej islamik gua yang mungkin memberikan aura yg hebat kepada gua, mungkin lepas tu gua boleh serta merta menjadi mawi versi wanita. Lepas tu menang anugerah bintang popular [takdo adegan peluk-peluk dgn bopren OK].  Gua jugak takmau jadi Ratu SMS. Gua nak jadi Ratu Blog. Semua blog cerita pasal gua. Hari-hari ada cerita psal gua dalam blog semua orang. Lepas tu gua pemes. Lepas tu, gua jadi duta aiskrem dan KFC. Lepas tu bole beli banglo mahai-mahai kan? So, blog gua nanti pon bole la cerita pasal duit je. Biar terleleh air mata lu olang. Dan lepas tu baru la projek RM1k 1 komen kat blog jelina dilaksanakan. 



Dah. gua nak sambung tido. Nak create angan-angan lain pulak. tadi gua mimpi pitt tido dalam akuarium ikan dia. lepas tu dia tertindih ikan dia. mati! gua juga berkesempatan untuk melihat cara ikan tidur!! lu olang penah tengok ikan tido?? gua penah! dalam mimpi gua lepas subuh tadi. Jeles la kat gua cepat-cepat!

Wednesday, February 24, 2010

Login Facebook Setiap Hari, Masyuk Poket RM100

Gua nak promo. Sapa mau RM100 setiap kali login fesbuk??? Gua mau! Lu olang mau dak? Kalo takmo, takpa. Gua tak paksa. Hahahah! Bengong! Gua tak promo apa-apa. Gua benci amalan macam ni. 

Memula gua dengar pasai login dapat RM100, gua rasa macam hampir cair jugak la. Tambahan pulak, la ni musim kemarau berpanjangan. Lagi la memangkinkan daya kecairan hati gua. So, gua pon PM la orang yang bizi mengiklan tuh. Gua tanya dia penuh semangat sebab gua memang teringin gila kaya secara maya. Lu ingat senang ke nak kaya raya sambil berhibur di fesbuk sambil layan status-status orang yang putus cinta dan kelaparan sebab member takdak nak teman makan? Bill Gate yang bilionwan tu pon tak rilek masa mula-mula nak bejaya dulu. Tapi depa ni ramai je jadi kaya tanpa perah otak dengan spinner mesin basuh.


Gua tak join pon. Gua betanya je dulu. Gua tau dah. Pesen duit masyuk secara tiba-tiba dalam akaun ni, memang ada masalah tang mana-mana. Tapi yang pesbuk ni sebab dia masih segar, fresh, begetah dan bayi, gua pon tak syak apa-apa la. Terus gua tanya orang tu. Laju je dia nak tolong gua. Nak uruskan. Gua dengar dia nak setelkan semua, lagi la gua besemangat. Tapi bila gua tanya macam mana mau join, dia kata bayar RM100 dalam akaun dia. Eh eh. Gua lagi rela bayar USD6 kat fesbuk tetiap  bulan dari bagi buat amal jariah secara tak sedar kat orang lain.

Lu olang paham ke apa gua cerita ni???

Gua dah kaji benda ni. Gua tak tau la pesen MLM ka downline ka, tapi gua bagi nama khas untuk aktiviti macam ni. - SEDEKAH SECARA MAYA. Mengikut perkiraan dan perhitungan gua secara ilmiah dan lojik akal seorang pengedekut, kalo gua bayar dia RM100, untuk dapat modal gua balik, gua kena cari orang lain untuk bank in dalam akaun RM100. Kalo gua dapat 2 orang, so gua dah dapat untung RM100. Itu je cerita dia.Tapi bagi gua, benda ni macam tak elok la. Ambik duit orang lagu tu. HALAL KE???? Gua nak tau ni. Benda ni bukan jual barang ke hape. Katakan gua join, gua bayar RM100, then gua cari orang-orang lain utk bayar gua RM100, kalo gua tak jumpa orang yang bongok macam gua yg nak derma free-free RM100 kat gua, gua untung ke?? Rugi wey! Gua harap lu olang boleh pikir benda ni secara hukum dan lojik akal. Bukan lojik duit. 


Lagi 1 pasai bio-aura tuh. Itu pon pesen tak bagus jugak. Depa tolong buat loan utk kita, lepas tu depa suruh kita beli mesin air tuh, lepas tu kena jual. Gua ni dok Bakau Tua. Rakyat jelata kampung gua minum air masak ja. Jerang air guna cerek wisel ja. Nak filter-filter ni, anak depa kat KL ja pakai. Kalo gua join, kot mana gua nak dapat untung?? Yang untung tokey besaq depa la. Tak dan apa-apa, 4 tong filter dah orang beli. Sapa yang beli? Usahawan hi-o macam gua ni la! Lepas tu tak laku, gua tanggung hutang. Depa? Pakat-pakat pakai alphard la, caldina la. Heh! Iklan depa kat tivi dulu pon gua tak paham maksud dia. Apa jadah minum bio-aura jadi kaya. Rupa-rupanya meniaga ka.. Hish. Tapi kalo yang untung tu baguslah. Yang kesiannya yang dok usung tong yang takdak orang nak beli lagi. Nak nak pulak la ni banyak dah filter yang keluar. Yang islamik pon ada. Mak gua kata, depa yang stat awal-awal bole la nak syukur alhamdulillah, keluarga kami mencipta sejarah. Yang baru nak stat enjin dan buat loan?? Semua dah pakat pakai bio-aura, sapa nak beli lagi?? Takpala. Gua sarankan depa yang baru stat dan tak laku tuh, eksport saja la ke negara-negara luar. Mungkin lebih untung.



Gua tengok, yang join menatang ni semua orang Melayu. Pasaipa??? Penah tak lu olang bejalan-jalan di taman firefox, kemudia terjumpa "sambil makan pon bole buat duit'', ataupon ''sambil bercuti pon duit masuk", yang creator dia adalah cina atau india? Ada ka?? Melayu jugak ada! 


Majlis Syariah, sila kaji hukum akiviti ni. Kalo halal, gua nak buat jugak 1 program sespisis dengan ni dengan nama





"drop komen kat blog gua, hari-hari masyuk RM1k.". 









INTERESTED??
PM GUA KAT FESBUK. NATI GUA BAGI NOMBOR AKAUN. TAPI GUA TAK PAKAI MAYBANK2U. GUA TAK CUKUP MODAL LAGI NAK BUKAK AKAUN KAT BANK RIMAU.


Gua Hitam. So What??

Tadi ada orang puji gua. Bukan jelita. Dia kata gua comey. Ah, gua girang tak terkata. Hahaha! Sudah lama takdak orang puji gua sebegini rupa. Beberapa kali jugak gua pi belek cermin saiz 4x cermin pandang belakang kereta. Sambil senyum-senyum, sambil paksa lesung pipit yang tak berapa nak ada ni muncul. Gua pelik pasaipa adik-adik gua semua ada lesung pipit, tapi gua punya macam ada samar-samar sikit. Pesen muncul segan, sembunyi takmau. Takpela. Gua pasrah dengan ciptaanNya.

Berbalik kepada cerita ada org puji gua comey, gua cerita kat Pitt. OK. Gua sangat eksaited ok! Dia tak penah puji gua lawa ka, comey ka, jelita ka, kiut ka. Yang positip memang tak penah keluar dari mulut dia. Bila gua kata gua jelita, dia sepantas kilat menafikan dengan mimik muka seorang pembangkang dalam pertandingan bahas ala parlimen peringkat negeri. Nasib baik takdak mic. Kalo tak, memang gua lari sembunyi muka dalam longkang la. Gua malas nak betekak panjang, gua diam je lah. Gua ingat dia punya hujah berakhir kat situ. Bagi gua, kalo nak bangkang, bangkang dengan 1 pekataan dahla. TIDAK. So, gua pahamla, gua memang tak jelita maupon kiut. Tapi dia mula bagi isi-isi penting seperti "LU HITAM", "LU HIDUNG PENYET", "GIGI DEPAN LU BOLE BUAT POTONG KAYU API" dan "BULU MATA LU PENDEK MACAM SARAH RAISUDIN". Padat gila hujah sokongan dia. Kalo insan lain mesti dah sentap dan melarikan diri ke Korea untuk rawatan plastik. Tapi tidak bagi gua. Gua insan yang tabah dan boleh menerima cercaan sekecil zarah tersebut demi kebaikan diri sendiri. Gua terima saja. Gua kan Jelina Joli. Gua hot OK! Pitt je jeles dengan gua. Tu yang suka bagi kata nista nestapa tuh. Ingat gua ambik port sangat?? Gua buat post mortem OK! Post mortem bertajuk KENAPA GUA HITAM SEDANGKAN GUA DULU TAKDELA HITAM SANGAT.


Gua rasa gua ada reasons untuk KEHITAMAN gua. Gua benci dipanggil hitam. Nurul janda Ajai tu pon takdak orang kata dia hitam. Hitam manis ada la. Gua ni yang kurang hitam dipanggil hitam. Dia ingat gua tugu negara gamaknya??? Sehitam-hitam tugu negara, berjuta dah orang bergambar dengan depa. Gua??? Lu bole cek henpon Pitt. Gambar ikan dia lagi banyak dari gambar gua. Syukur bukan gambar anak ikan versi manusia. Mau gua sembelih dia buat korban sempena deepavali nanti! Kemudian buat human chop with black pepper sos. Pehh.. Western gila ah. Nanti gua jemput lu orang. [Gua sembelih anak ikan tu. Bukan Pitt. Kalo tak, sia-sia gua punya wedding plan yang havoc gila mengalah sheikh muszaphar tuh]

Nenek sedara gua kata, keturunan Tok Rejab yakni moyang gua memang bakal gelap sampai keturunan ke-7. Kira famili gua ni ada versi mahsuri sikit la. Tapi pasaipa nak main-main sampai keturunan ke-7 tu, gua belom siasat. Mungkin sebab moyang gua dulu minat lagu langit ke tujuh. Tu yang jadi macam ni nih. Tapi ada jugak sedara mara gua yang putih macam cina. Nenek sedara gua yang sorang tu kawen dengan Sharifah. Tapi anak semua hidung rendah-rendah macam gua jugak. Gua ingat depa pakat-pakat mancung macam Kak Pah Aini ka. Tapi nan hado!

Yang lagi gua hangin, Pitt kata nanti anak gua pon hitam. Amboi. Dia tak cek ka Shiloh kulit warna apa? Malam ka siang?? Knox Leon dan Vivienne Marcheline tuh, hitam ka?? Melampau bagi hipotesis awal macam tu kat gua. Nanti teori tak betoi, baru nak salahkan diri sendiri sebab tak kaji dengan betol percantuman kromosom X dan Y. Dan lagi 1, dia taktau ka adik gua rupa dah macam anak jepun? Dia still nak bagi persepsi awal yang menjatuhkan imej gua macam tu? Hish! 

 lagu ni pon dia kata hitam jugak ke?? sebelah mak gua mix jepun tuh! fazura pon takleh lawan. Hahahah [gua poyo. takyah muntah-muntah. gua paham]




Takpalah. Member gua kata minum soya boleh jadi putih. Gua dok pulun minum la ni. Tapi gua kompius. Kicap pon dibuat dari kacang soya. Awat depa kata makan kicap jadi hitam plak??? 
Sila bagitau gua, ni SAPA PUNYA TEORI NIH??????


Tuesday, February 23, 2010

Gua Malu

Ini untuk tetamu-tetamu Jelina..
Gua nak bagitau ni, lu olang janganla puji gua lebih-lebih. Gua tak kelakar. Gua cuma bercerita penuh imosi dan dan imajinasi yang tinggi saja. 

Gua tak biasa kena puji. Pitt pon dalam sejuta kata-kata dia, 1.5 dari kata-kata tu pon belom tentu merujuk kepada pujian yang iklas dan telus untuk gua. Sumpah! Tiba-tiba gua rasa gua macam anak dara sunti yang pemalu dan sopan santun yang bersinggul-singgulan. Gua malu tau! Gua tersipu-sipu bila lu olang  puji gua. Gua tau gua kecik. Gua tak besar-besar walopon gua telan nasi 1 tapeware aiskrim walls yang saiz besar tu setiap hari [ini fakta. sila masukkan dalam buku biodata masing-masing di bawah tajuk BIOGRAFI JELINA].  Bila ada yang puji gua, bukan badan gua yang mengembang. Tapi gua rasa pipi gua yang kembang  lain macam. Gua rasa pipi gua kemerah-merahan macam cabai hidup. Gua syak akibat pengembangan di struktur muka menghasilkan haba yang cukup kuat untuk memerahkan muka gua yang hitam manis, sekale dengan bunga lawang. So, gua berharap janganla memuji gua yang bukan-bukan. Gua takut nanti gua punya pipi je kembang, tapi badan tak naik-naik. Tak pasal-pasal gua dikata mengidap penyakit kepala besar. Lu olang nak betanggungjawab ke??Saiz seluar gua 26 je. Takkan songkok gua saiz 30?? Bayangkan? Ada rupa alien workshop tak??


nota: gua sedang belajar mengenal lengkuas dan halia muda. tadi gua dah bikin pitt malu sehingga menyorokkan muka dalam troli barang sebab gua jerit "INI LENGKUAS!! CEPAT BELI!!". Tapi sebenarnya itu adalah halia muda. OK. Gua rasa makcik belakang tu ushar gua dengan pandangan pelik. Elleh. Macam la masa dia muda belia macam gua dia dah kenai mana 1 lengkuas dan halia. Entah-entah bawang putih pon dia panggil tumeric. Tapi gua bersyukur jugak sebab mak mertua gua bukan pekerja pasaraya Tesco. Alhamdulillah. Peluang gua masih cerah untuk terus memberikan kejutan kepada bakal mertua gua bahawa gua sangat kenal segala barang-barang dapur termasuk jenama dapur gas yang paling bagus dan sudip yang paling sesuai untuk menggoreng ikan kering. Tidak ketinggalan penapis air yang paling bermutu untuk kesihatan sekeluarga iaitu bio-aura. Syukur alhamdulillah! Diri gua mencipta sejarah. [time gua sebut dialog ni, ni gua pakai tudung merah ang sambil mengucap syukur dan menadah tangan berdoa -- rujuk iklan bio-aura, syukur alhamdulillah]

ni halia muda. bukan salah gua. rupa depa lebih kurang

 
ni lengkuas. macam adik beradik halia kan??



Untuk Pitt, ellleh.....lu ingat lu terer ke sebab kenal lengkuas? lu buttercup dengan cheese pon lu tak kenal. Lagi haru! sekurang-kurangnya gua silap paham antara dua benda yang takde wrapper bercop "LENGKUAS CAP BUTTERCUP" atau "HALIA MUDA CAP PLANTA". Kalo buttercup lepa susu istimewa tu pon lu kata cheese buat pizza, apa kes? memang benkrap la pizza hut kalo ambik lu jadi cef separuh masa.


 
 sah-sah ada tulis lepa susu istimewa. susu lembu OK! LEMBU!! [abaikan telur tuh. gua gugel, jumpa yang ini je. tak pemes ke lepa susu ni??]


ni cheese ye. maskot dia adalah tikus. tikus takdo susu. harap maklum.



AMARAN:
INI BUKAN BLOG MARI MEMASAK BERSAMA MINYAK MASAK SRI MURNI

Gua dan Honda EX5

Gua dari dulu sampai sekarang ada ikatan kimia yang sangat kuat dengan honda ex5. Walaupon kimia gua gred B3 masa SPM, tapi disebabkan honda ex5 tidak termasuk dalam silibus subjek kimia SPM, kami punya ikatan tidak menjadi lemah seperti sebatian ionik di dalam kloroflorokarbon. Ah, gua tak paham pasaipa terms kimia sangat menyerabutkan kepala otak. Kalo namanya sedap, mungkin gua boleh terima sebab otak gua mesti mudah menghadam punya istilah-istilah tersebut. Sebagai contoh, naftalena. Gua dah chop nama ni buat nama anak sulung gua nanti. Nur Naftalena. Mesti terer kimia budak ni nanti! Tapi kalo nama yang pelik seperti niacinamide, 4-hydroxy-3-methoxycinnamic, dan Ubiquinone, Terms ni la mendorong pelajar-pelajar kena histeria time nak dekat-dekat exam. Bukan hantu ke jin ke yang kaco, tapi jalan raya otak dah jem tahap kritikal. Tak leh nak pikir. Tak boleh nak hapal. Exam dah dekat. Nak tak nak, kena belakon histeria. Kalo fail pon, cikgu-cikgu tak marah sebab dia kena kaco dengan hantu sebelum exam. So tak dapat pokus stadi.

Cuba la bagi term yang mudah seperti ganja, syabu dan candu. Gua confirm semua student malaysia yang ambik kimia akan dapat A1 dalam SPM. Setakat syabu + ganja = syaja. Semua orang bole kira dengan mudah. Tak payah nak lukis bonding sana sini, bagi alamat rumah kat ikatan kimia macam 4-hydroxy-3-methoxycinnamic. Gua punya alamat rumah kat Bakau Tua lagi simple. 5764, Bakau Tua. Setel. Poskod. Nama pon nama melayu. Dekat di hati sikit.



Oh, gua dah tersilap destinasi. Gua nak cerita pasai ex5. Bukan nak cerita sabjek kimia.
Gua rasa dalam banyak-banyak moto, gua paling trauma dengan ex5. Bila dengar enjin ex5 je, serta merta impuls saraf janakuasa otak gua menghasilkan rangsangan yang jitu ke pemahaman gua yang bunyi tesebut berbahaya. Gua dah buat post mortem tentang ikatan gua yang sangat close dengan ex5 ni dan kenapa gua mesti rasa dekat di hati bila dengar bunyi ex5 ni.

Faktor-faktornya adalah.... [sila baca dengan nada penyampai anugerah pelakon lelaki popular.. "calon-calonnya adalah.............anuar jen!!]


1- Warden sekolah gua naik ex5. Gua dan rakan-rakan selalu ponteng prep petang. Warden gua ni pulak suka je cek bilik cari mangsa buat denda petang nanti. Dia cek dengan menunggang moto sambil hon hon dengan girang hati macam hon moto dia pakai bateri energizer! [Bagi gua, kaedah hon bertalu-talu macam ni tak elok untuk deria telinga pelajar-pelajar.] So, kalo gua ponteng, gua kena prepare tempat pesembunyian. awal-awal. Kena merancang dengan team ponteng yang lain supaya nanti tak clash tempat  nak sorokkan diri sendiri.  Kalo dengar je bunyi moto Pak Sabri ni, memang gua lari bukak loker dan tutup semula la. Kadang-kadang gua sanggup dimangga dari luar untuk membuktikan dalam loker gua sembunyi tu memang tak wujud manusia. Syukur gua tak mati kelemasan.


Bunyi motor ni jugak la yang selalu kejutkan gua dari tidur masa kat kelas time prep. Gua memalam memang pulun tido. Dari mula prep sampai setengah jam sebelum prep habis. Yelah. Petang-petang gua pulun katok bola hoki. Bila malam menjelang, gua letih la banyak. So, bila je dengar enjin moto ex5 ni, gua memang otocas bangun dan hadap buku kekonon dah sejam setengah gua memulun. Prep kat sekolah gua, laki kat asrama, pompuan kat kelas. So, sebab takdak laki, memang gua susun kerus cantik-cantik ala-ala katil, kemudia ngua tido la. Tido dengan kaedah ni lebih feel dan nyenyak dari tido dan letak kepala atas meja. Tak elok untuk peredaran darah dalam otak. Tengkuk pon bole hang. Tulang belakang, esofagus dan sistem limpa mungkin boleh terjejas. Sebab tu gua memilih kaedah yang lebih jitu dan berkesan. Bukan luak pon kerusi dalam kelas tu kalo ak bina katil ekspress macam gua. [pelajar-pelajar sekalian boleh tiru cara cikgu jelina ni ye]


Walo macam manapon, gua tetap banyak kali kantoi bila Pak Sabri datang cek dengan jalan kaki. Ah, small matter la tu. Gua ponteng prep je. Gua tido time prep je. Bukan gua bunuh orang pon kan? Hahaha! Ya, berfikiran positip seperti gua itu wajib untuk menjadi pelajar cemerlang.

-- sampai sekarang kalo gua dengar enjin ex5, gua jadi gelabah sebab ingat Pak Sabri datang cek lagi. Gilak ah.



Selalunya kalo dengar bunyi ex5 ni, bila gua jenguk ke lobi kondo gua, gua nampak ex5 merah jek. Pahamla gua. Ada la tu sapa-sapa yang tak moden lagi dok pakai surat-menyurat buat mengutus berita.




nota: naftalena tu adalah sejenis ubat gegat. sian anak gua kalo gua namakan sebegitu. mesti dibahankan masa kelas kimia ketika melakukan eksperimen menguji takat lebur naftalena.

Monday, February 22, 2010

Majlis Perkahwinan Gua

Pakcik pesbuk kata gua bakal kawen 13/09/2013.


Hari Jumaat. Gua dah cek kalendar doremon gua dah. Afdal la tu bina masjid di hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, boleh terus langsung. Kenduri kecik-kecik dah la. Buat kenduri pisang kat masjid saja. Tak payah nak riak pasang kemah sampai 10 bijik sampai kaco jalan raya orang nak lalu lalang. Sekurang-kurangnya takdak yang maki gua dan mak bapak gua sebab nak buat upacara besar-besaran sampai menyusahkan penduduk sekitar nak paking kereta dekat porch kereta masing-masing. Semua tepaksa paking tepi jalan besar sebab laluan nak masuk rumah sendiri kena block dengan kerusi meja dan kemah yang macam rumah panjang.

Tapi kalo hantaran gua sampai juta-juta dollar amerika, gua nak la jugak memulakan proses pengimajinasian sempena majlis pekawenan gua yang bakal glam seantero mesia dan bakau tua. Gua malas nak catat dalam buku diari kehidupan gua. Gua rasa mencatatkan secara maya dalam blog lebih jelita dan selamat. Sekurang-kurangnya kalo laptop gua rosak, gua boleh pi cc berdekatan untuk merefer balik apa yang gua rancangkan untuk pekawenan gua. Yelah. 3 tahun lagi. Diari tu mungkin mak gua bakar saja kalo gua letak merata-rata. Mungkin juga tikus gigit-gigit sampai belubang sana sini. Lagi parah kalo tikus gigit tang term-term penting seperti tarikh patut gua kawen dan nama bakal suami gua. Nama bakal suami gua BredPitt. Kalo tang bred tu hilang, mesti gua tecaricari apa pangkal nama bakal suami gua itu. Kalo gua membuat andaian sendiri mungkin menjadi MadRemPitt. Haa.. Kan naya gua kalo menggunakan buku diari buat catatan peristiwa penting dalam hidup gua.So, gua nasihatkan, terutamanya buat Yanie, lu tak payah pakai diari zaman tok nenek tuh. Tak selamat!



Ok. berbalik kepada perancangan sempena pekawenan gua. Berikut disenaraikan apa yang patut gua laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini:

1- Gua nak tempah gaun pengantin yang diameter skirt nya adalah lebih kurang 50km. Gua nak majlis gua masuk dalam world record. So, gaun tu kalo bole biar panjang-panjang tang kembang dia. Gua rasa idea bernas gua ini bakal memudahkan sahabat dan sedara mara gua menjejak di mana Bakau Tua, tempat majlis kenduri belangsung. Tak payah dah nak pakai signboard tulis "JELINA & PITT, kona kanan". Membazir kertas dan mengabiskan kulit-kulit pokok untuk penghasilan kertas bagi kenduri yang seterusnya. Kawan-kawan dan sedara mara cuma perlu folo saja kekembangan gaun gua. InsyaAllah akan selamat sampai dengan selamatnya. Selain itu, ketenangan gua masa besanding dan memulun senyum depan dslr potografer upahan pon tidaklah teganggu dengan kol-kol dan mesej-mesej yang bizi tanya kena masuk jalan mana, tol mana, lorong mana, kona mana dan sebagainya. Kalo ada jugak peristiwa lagu ni, gua tepaksa pakai bluetooth di telinga untuk memudahkan gua memegang jambangan bunya sambil menjawab panggilan telepon tetamu yang sesat di pejalanan. 


2- Lauk pauk pula, gua merancang untuk tempah dari cef wan saja. Gua nak masakan itali dan arab sempena majlis gua nanti. Sebab musabab kenapa gua pilih masakan arab sebab abah gua tak lalu makan spageti. So, gua kena sediakan makanan yg spesel untuk abah gua iaitu daging panggang tekangkang dengan nasi bukhari dagang. Mesti enak. Oh ya. Sebagai pelengkap 1Malaysia, gua juga turut mengupah nasi kandar pelita sebagai katerer jemputan dengan hidangan istimewa tosei dan ayam tandori, di samping Pak Li kopitiam untuk makanan ala cina.


3-Air pulak, gua bagi air kelapa fresh kait punya. Sekali mau minum, sekali jolok pokok. Oleh itu, gua tepaksa memulakan usaha mencari anak benih express pokok kelapa supaya pada tarikh berkenaan, semua pokok kelapa sudah menghasilkan buah-buah yang segar dan muda dan enak. Kalo ada yang tua sebelum majlis belangsung, gua boleh simpan buat stok santan untuk pelita nasi kandar. Depa mungkin memerlukan kelapa tua untuk memasak kari buat dicicah bersama tosei dan roti canai. Pemilihan air kelapa sebagai sumber minuman adalah kerana bumi makin panas. Global warming di mana-mana. Tu la. Arkitek buat bangunan asyik pikir cantik je. Pasang cermin banyak-banyak. Depa taktau ka pantulan cahaya cermin tu bikin bumi makin hot!! Dahla suit pekawenan gua nanti kale itam. Kalo kena panahan matahari belebihan, mau gua mati kepanasan di situ saja. Lagipon, mak gua kata, air kelapa menyejukkan badan. Taktau la betoi ke tidak. Kalo tak betoi, lu olang jangan risau. Gua dah order selori air cap badak dan kaki tiga buat penyejuk badan. InsyaAllah, lu olang takkan panas-panas bila ke kenduri gua nanti.


4- Gua tengok ada orang besanding atas trektor la, beca la, rakit la, macam-macam la. Gua rasa tu semua tak menakjubkan sangat. Gua nak semua tetamu impress sampai ternganga dengan pesandingan gua. Gua nak besanding atas sayap kapal terbang. Amacam? Gah gile kan?? So, gua tak perlukan pengapit sebab angin di atmosfera pon dah cukup kuat. Gua cuma perlukan seat belt untuk keselamatan. Oh ya. Untuk upacara tepung tawar, mereka-mereka yang berkenaan akan di bawa naik ke angkasa dengan belon panas. Di belon tu tertera "PERKAHWINAN LANGIT KE-7, PITT & JELINA". Mesti dasat gile! Oh ya. Gua rasa belom penah tejadi lagi dalam dunia ni pekawenan sebegini. So, gua jemput Guinness World of Record datang ke kenduri gua untuk mengadili samada gua layak tesenarai dalam buku depa atau tidak. Depa datang naik firefly jek. Takpayah parking mana-mana. Jumpa gua kat atmosfera sudah la. Lepas check kelayakan, depa boleh terus blah balik Australia ka, Amerika ka, London ka, untuk laporan mutakhir. 




Dah. Gua nak hebahkan yang 4 tu je. Lain-lain, gua save dalam draft. Gua takut ada yang bizi nak lawan gua, terus curi semua idea gua. Lagi naya!

Sunday, February 21, 2010

Hutan Hutang Hutam

Kondo gua dekat dengan dewan serbaguna kawasan perumahan elit nih. Gua level 3. Tingkap bilik gua memang hadap dewan tu. Dan gua syak speaker dewan tu tala ke rumah gua jugak. Sangat jelas sekarang lagu-lagu tamil berkumandang sehingga menenggelamkan lagu Taman Astakona yang berlegar-legar di corong speaker laptop gua nih. Ya, memang kepala otak gua agak pening dan jem dengan lagu-lagu yang bukan dari bahasa ibunda gua, dan bukanlah zikir dan nasyid yang mak gua perdengarkan masa gua dalam perut dulu kala. Gua terpaksa adapt dengan keadaan mengejut seperti ini. Gua gelarkan hal ini sebagai music shock, bukan culture shock. Takpala, demi semangat 1Malaysia, gua kebahkan saja anggota saraf gua sambil menyabarkan koklea telinga untuk menerima apa saja jenis muzik yang berkumandang. Mungkin gua perlu rujuk kamus tamil-melayu jugak. Bila paham lirik, baru gua boleh feel, seperti mau berjoget ataupon mengenang kisah pecintaan dengan pak pandir. 

Gua memang rungsing ni. Gua tak boleh nak layan lagu yang gua tak paham. Dulu masa matrik gua layan S.H.E. Rumet gua chinese. Hong nama dia. Dia ada CD player dan banyak gila cd lagu-lagu cina. Gua pulak nak pinjam player dia, tepaksa buat-buat takjub dan jatuh cinta dengan lagu cina. Padahal gua nak layan cd lagu Blue yang gua pinjam dari sumet gua yg sorang lagi. Sebab dia nak latih gua cinta sama lagu cina, Hong slalu bagi gua pinjam player dia sambil buat latihan tutor. Bila Hong tido, gua pon stat tukar cd lagu omputih. Kadang-kadang gua layan jugak lagu Farah Af2 yang baru keluar album time tu. Tapi banyak masa gua digunakan untuk layan lagu cina la. Lepas tu gua memang betol-betol jatuh cinta dengan lagu S.H.E. Michael pon gua layan. Gua sampai hapal lagu S.H.E tuh yang bertajuk tahaibudong dan tong kuan cin ai tong kuan ci dong tong kuan ci shendai.. Ya, gua hapal dengan gerak pahaman otak gua sendiri. Bukan hadap lirik. Janji macam kena sebutan, gua tak kesah. Et lis, gua memberikan riaksi yang impress dari kawan-kawan Melayu gua yang lain. Disebabkan Hong seorang yang supportive dan menggalakkan, dia ajar gua tulis cina, belajar bahasa mandarin, kantonis, dan juga menghadiahkan gua sehelai kertas berisi lagu tahaibudong dengan terjemahannya sekali.


she


Dan yang paling gua hargai kebaikan hong adalah bila dia selalu ofer gua megi mahal-mahal seperti megi pama berperisa tomyam dan megi ruski perisa tomyam. 

Dan paling bes, setiap minggu Hong bagi gua copy kerja tutor math dia sebab gua malas pikir dan tekan kakuletor. 



Dan gua tak rasa gua patut behutang budi dengan dia dengan sifat dermawan Hong yang dengan tulus bagi gua copy sebijk-sebijik tutor dia. Sebab sekarang, gua dah lupa terus pasal konsep add math.


Takpala. 
Sekurang-kurangnya gua masih ingat macam mana mengira kepingan-kepingan duit Ringgit Malaysia. Alhamdulillah. Gua masih pegang konsep ilmu hisab darjah 2 gua.


nota: konsert depa ni tak abis-abis lagi. kepala gua macam dah mengalami kekejangan saraf.

hits blog gua harini sampai 100. tapi gua taktau sapa yg mai. komen ada 2 je. heh!

Saturday, February 20, 2010

Dunia Batinku Menipu Perasaan Air Mata Gua

Gua tak kira. Mau apdet jugak. Gua harap tak panjang sangat. Gua pon bizi nih. Nak masak untuk pi site esok dan jugak memulun esaimen yang pending saja setiap masa.

Dah lama gua tak layan cerekarama. Tapi malam ni gua layan tahap feel yang maksima. Cerita Dunia Batinku. Kalo yang dok medan, jakarta, melbourne dan luar dari Mesia ni, gua harap lu olang rajin la nak pi cari drama ni dan layan sampai hujan negara yang lu olang menetap sekarang. Yeah, mesia sedang kemarau sekarang. 

Gua nak bagitau, cerita tadi sangat-sangat menyentuh hati gua yang merah hati ni. Gua tak hisap rokok.Sebab tu hati gua masih warna asli. Pato gua pon tak smoking walo muka dia sangat samseng macam dreba caldina dalam evolusi KL drift. 

Gua layan cerita tadi di port yang paling belakang, yet cukup clear untuk gua lihat kejelasan jalan kerja drama tesebut. Cerita dah sedih ni, gua takleh tahan empangan air mata gua yang bak air mineral semulajadi ni. Tu yang gua cari port paling belakang. Gua nak meleleh hidung pon takdak sapa tengok. Depa kat depan. Buat apa nak pusing belakang telek muka gua. Baik layan Shafie yang makin hensem pulak sekarang ni. Sedih tak hengat la cerita ni. Gua bukan boleh tengok cerita famili-famili yang penuh kasih sayang ni. Abis tisu cap guardian sekotak gua buat sejat air mata gua. 2 jam kot gua hadap cerita tuh. 

Tapi bila tang ending dia, paip air mata gua oto-cas stop. Gua pulun nangis pon takmo keluar. Kemarau tiba-tiba. Sel air mata gua bagitau, dia rasa menyesal membazir air mata untuk cerita yang ending dia, watak budak pompuan yang tacing abis tu membesar menjadi memey suhaiza. Oh, gua rasa kepala otak gua jem. Gua secara otomatis mereverse perasaan sedih kepada perasaan meluat dan terus melangkah masuk ke bilik dan mengadap blog. Gua nak mengadu. Gua rasa usaha perasaan sedih gua sia-sia. Gua benci! Cuba la ambik gua belakon watak budak tu masa dia dewasa. Ada jugak pekdah. Gua lagi jelita kottttttttttttttt..

Lintas Langsung Dari Rumah Nobita

Tadi masa lepak-lepak sambil menunggu doremon korek salji mencari charger Pitt yg hilang, gua ada berforum dengan Pitt. Yelah,tidak la membuang masa saja. Nama pon salji. Sel badan gua mana boleh terima secara mengejut kejutan budaya pada suhu semasa. Terpaksala gua melatih otot-otot mulut gua bergerak, lantas menghasilkan cas yang padu bagi membekalkan haba. Gua ada belajar dulu, geseran menghasilkan haba. Dengan itu, bila bercakap akan menggeser otot-otot muka sesama otot, lidah dan lelangit, gig dan gusi, maka haba banyak terhasil dari proses-proses berkenaan. Gua borak-borak sambil makan nasik lauk sambal ikan bilis buatan diri sendiri. Ya,, gua memang terer masak secara hangus dan kurang masin dan kadangkala terlebih masin. Itu keunikan gua yang paling nyata dan menambat hati suami yang jelita.

Pitt sambil makan sambil komplen sambal gua tak jitu dan persis sambal mak dia. Oh, gua bukan mak dia. Kalo nak macam sambal mak dia, gua kena hantar surat permohonan sewa tangan mak dia dari ayah dia. Kalo boleh, gua nak pinjam sistem peluh mak dia sekali. Mungkin dengan cara itu, air tangan mak dia boleh masuk dalam makanan gua. Masa tu, gua rasa mesti persis dan jitu sekali. Tapi kalo cara yang gua pikirkan ni tidak mustahil untuk dilaksanakan, gua merancang untuk pinjam sistem peluh cef wan sekali la. Dengan itu, kemungkinan besar gua boleh melancong ke negara-negara luar sambil mengacarakan rancangan ole ole cef jelina. Pehh. gua mesti betambah top selepas peristiwa bersejarah tersebut. Lu olang takmo try ke?? Jangan lupa tonton tivisembilan setiap kali gua ke udara okkeyyy! -- sila okkey style nyah dan lemah gemalai utk rasa lebih jelita.

Selain komplenan berkenaan sambal gua dan bilis gua yang cenderung ke arah hangus, Pitt jugak memerli gua tentang entri gua pasal gred bopren. Eh, eh, dia terasa pulak. Sambil mengutuk-ngutuk sambal gua yang tak sepekat ketulan salji, dia memerli dengan nada sedih bahwasanya dia adalah bopren gred C. Gua malas nak pujuk banyak-banyak. Gua rasa kalo lu olang jumpa dia pon, takkan kategorikan dia gred C. Telur ayam gred A pon lagi kecik dari dia. So, kalo gua gredkan dia sebagai C, gua memang mengalami masalah daya penglihatan yang kurang pengkantaan cembung. Bagi gua, dia type R. Perhh. Gua rasa dengan gred Type R, dia memang maco habis macam civic type R. Setakat ex5, gua bye bye saja. Kalo honda cup 60, gua boleh bagi peluang kedua lagi. Tapi mungkin perlu melalui beberapa stage seperti ujian tilawah al-quran dan jugak kursus solat jenazah.


Pitt dah lulus semua ujian tuh. Lu olang punya bopren/ laki bila lagi?? hikhik. 


Sekian.
Gua baru bangun tido.So gua taip tanpa backspace sebab nak kejar magrib dan mandi.

Sekian sekali lagi,
Gua,
Rumah Nobita,
Jepun

Friday, February 19, 2010

Nikah Koboi. Mau? Gua Mau!

Memula, gua jemput lu pi ke sini

Gua taktau pulak zaman sekarang nak nikah ada jenama maggie, ruski dan mamie. Pesen segera. Tak payah nak panaskan minyak, tumis bawang dan tunggu naik bau. Ada megi, ada air panas, dah boleh jalan. 

Macam tu la jugak nikah koboi ni. Segera yang amat! Gua taktau mazhab mana depa pakai. Tak payah nak wali-wali. Para daddy boleh rilek-rilek di rumah sambil menonton rancangan kegemaran. Jangan risau pasal nak saksi penikahan anak-anak. Depa pandai setelkan sendiri. Bongok je gua rasa.

Gua tak kesah kalo nak buat majlis menikah kat asrama. Macam gua punya entri sebelum ni, gua pon nak buat majlis akad nikah kat surau sekolah. Sebelah asrama gua jugak. Tapi tidakla sampai rakus dan maju sangat sampai tok kadi pon pakai member-member sekuliah jek. Kot nanti gamak bini nak beranak, panggil je lah kawan sekuliah lu jadi bidan. Kalo anak laki lu nak bersunat pulak, panggil je teman sekuliah lu jadi tok mudim. Mudah. Kan? Semua nak kawan-kawan yang tolong setelkan. Yelah. Gua paham. Lu punya member punya cita-cita mau jadi kadi kan. Tu yang buat part time jadi kadi tak bertauliah. Gua syorkan lu ofer job sebagai bidan part time plak. Mesti kawan-kawan lu sayang lu lebih. 

Mangkuk la! Gua rasa manusia yang nikah koboi ni pesen dipandu nafsu. Gatal punya pasai, sanggup nikah tak tau hujung pangkal. Nak pi siam kan mahai sikit. Safety pon tak berapa terjamin. Kot nanti tengah akad, narathiwat kena bom, kan dah jadi duda/ janda sekelip mata. Nikah kat asrama senang sikit. Aman. Tenteram. Tak payah nak panggil saksi-saksi luar dah. 1 bilik tu gua rasa dah cukup bilangan saksi. 

Bai, nasihat gua satu je la. Semua berbalik pada si laki. Gua bukan nak 100% salahkan laki. Bagi gua sama je laki pompuan. Dua-dua ada nafsu. Cuma gua rasa laki tu sebagai pemimpin, hati kena kuat. Iman kena teguh. Agama kena bagus. Kalo tak cukup ilmu, tu yang selalu nampak bini orang pakai baju tayang segala. Kalo nak jadi suami, guide bini. Bukan galakkan bini dengan penuh perasaan galak untuk pakai baju rabak sana sini. Dayyus ok! Tak cium syurga lah lu.

Kalo agak dah takleh kawal nafsu, bagitau parents. Pi mengaji sekolah pondok balik ka. Boleh kot nak kontrol nafsu yang meronta-ronta bak air masak mendidih pada suhu 100 darjah selsiyes. 

Kalo parents lu kata duit tak cukup, nasihat gua senang je. Lu kumpul loan belajar lu tiap-tiap sem. Kalo lu belajar 3 tahun, lu kumpul duit PTPTN lu tanpa makan, campo dengan duit PTPTN awek lu sebanyak RM21k jugak, lu olang dah ada RM42k. Dah lepas dah nak nikah, hantaran, dan kenduri pisang di masjid. Baju kawen pakai je lah yang kakak abang lu dulu punya. Cari kadi. Nikah secara sah. 

Tapi tu la. Bebudak zaman sekarang memang ramai gedik nak kawen awal. Tapi sebab sekarang banyak sangat pe'el dengan adat yang entah apa-apa, buat membantutkan niat suci budak-budak jek. Hantaran nak mahai-mahai. Mas kawen lagi. Kenduri tak boleh lekeh-lekeh. Nanti orang kampung mengata. Kalo tak cukup RM50k dalam buku bank, jangan mimpila nak kawen. Tu yang jadi macam-macam. Kes buang bayi, bakar bayi la. Kadang-kadang takleh nak salahkan budak-budak ni 100%. Sebab pe'el-pe'el ni la yang buat masalah makin rumit. Depa nak kawen, mak bapak tak bagi. Alasa:n duit takdak, muda lagi. Awat duit takdak? Nuu nak buat kenduri la, hantaran la. Semua pakai duit.  Sebenarnya nikah ni tak susah. Nak halalkan dan nak elakkan maksiat. Tapi kekadang karenah biokrasi masyarakat la yang buat misi delayed. 

Tapi budak-budak tu pon mangkuk ayun jugak! Kalo rasa tangan luka kena pisau, makan la nasi dengan sudu. Jangan hentam pi makan dengan tangan jugak. Kalo merebak kuman dan virus dalam mulut, jadi ulser, baru la sibuk nak telan garam bagai. [ni pepatah melayu gua untuk memperumpamaankan kes pasangan terlanjur. hikhik] Gua malas nak komen banyak. Gua rasa lu pon mesti paham kan apa yang gua ceramahkan.


Sila komen dengan riak serius dan penuh ilmiah. Ini entri ilmiah dari bakal duta qaseh adinda dan qaseh kekanda.

Thursday, February 18, 2010

Perampas, Madu dan Kawen

Ni entri las buat hari ni. Gua ada esaimen yg perlu disubmit esok. Tak penyabar langsung boz gua! Pesen mendesak dan suka marah bila gua lengah-lengah kerja. Tapi bila pi site, tak malu pulak mintak gua kira berapa banyak kilang haram wujud sepanjang jalan tuh. Belom lagi bila pi majlis perbandaran, dia angkut gua join apoime dengan pegawai kat situ. Pehh.. Gua rasa macam sangat berharga bak delima kasturi kat ladang pak mail je. 

Gua punya entri ni susulan kepada entri cik noin yang hangin dengan pompuan perampas.
Let me tell you. Perampas ada dua jenis. 

1- perampas yang memang dia mencari peluang untuk merampas.
2- perampas yang rezeki muncul depan mata. 

Jenis pertama, kalo jadi kat gua, memang gua pi serang pompuan tuh. Sapa berani dekat dengan Pitt? Gua bagi penerajang power renjes pink duatiga das. Bukan pompuan tu je gua bagi servis percuma, dengan Pitt pon gua tak segan silu maki hamun dia patlima puluh ayat disusuli lempang namtujuh round. Biar bengkak pipi dan gusi. Gua dah tak peduli. Kalo boleh, tumbuk tang perut lagi bergaya dan jelita. Memang sah dia senak sampai rasa nak mati. Baru dia insaf kot time tuh. Gua penah kena tumbuk tang perut dengan budak laki masa darjah 5, memang dalam hati gua maki dia kawkaw. Babi punya budak! Gua rasa ajal dah depan mata. Syukur gua panjang umur lagi. Tah jadi apa kat budak tu sekarang pon gua taktau. Jadi peninju negara bagus jugak. Tapi until now senak dan benak tu still gua rasa. Bole bayang feeling pada detik tersebut. Putus nyawa weyh!! Kalo tak pecaya, try mintak sapa-sapa tumbuk perut lu. Oh! Jantung lu krem terus gua rasa.

Jenis kedua pulak, rezeki muncul sendiri. Dia tak merampas. Dia cuma dicari. Lama-lama jadi hati bertaut. Bukan salah sapa-sapa.Hati memang takdak otak. Pesen tak bole pikir. Kalo ada stereng, boleh jugak kita kontrol kan. Nak kona kiri ka, kona kanan ka. Sebab takdak tu la kita tak boleh nak agak apa yang dia nak. Contoh, gua dulu nak cari laki yang sedang-sedang saja tinggi dia. Sekali gua dapat yang tinggi sungguh! Ibarat pokok kelapa dan pokok pelam epal. Sila imejin! 

Contoh untuk jenis kedua ni, biar gua bagi contoh diri sendiri. Gua dulu before kenal Pitt ada kawan dengan sorang mamat. Pendek, bulat dan gemok. Hahaha! Takyah imejin. Buat loya esofagus saja. Tapi gua rasa dia bukan taste gua. Pesen bizi dengan diri sendiri dan susah sangat nak contact. Kemudian gua kenal Pitt. Gua nampak dia sangat prihatin pasal gua walaupon dia dok bizi tekel pompuan lain. [pompuan yang dia nak tekel cun-cun belaka]. Tapi dia ada instinct gua dalam masalah. So, gua rasa dia lebih bagus dan sesuai jadi bopren gua. So, gua singlekan diri gua dan bekawan dengan Pitt. Gua yang pi cari dia. Dan gua tinggalkan mamat pendek tu. Bukan salah Pitt. Tapi gua sendiri yang pi cari dia. See. He's not perampas. Kadang-kadang keputusan untuk ke arah yang lebih baik tu yang buat seseorang berubah hati. 

Tapi cerita gua ni tak berkait dengan kawen. Takdak watak suami dan isteri. Bukan si single yang pi rampas awek ni. Awek ni yang nak cari yang lebih baik. So, gua rasa nothing bad with it. Nak mencari yang lebih baik buat suami dan perkahwinan yang bahagia. So masing-masing ada hak untuk cari yang lain if tak bahagia.

Cuma kalo dari formula perkahwinan, tak payahla kot nak curang-curang atau rampas merampas. Gua tak sanggup bermadu dan gua tak mungkin bole berkongsi suami. Itu gua. Gua takmo cerita pasal payung emas. Masa becinta, cari yang betol-betol. Jangan dah kawen sebok nak komplen tak puas hati dengan bini. Macam la lu dah cukup perfect! Kalo rasa diri tu perfect, memang sah la lu bukan manusia. Nobody's perfect. Kan? Pompuan pon, jangan bizi nak kaco laki orang. Macam dah pupus semua laki dalam dunia ni je. Laki orang jugak nak pi kaco. Agak nak harta sangat tu, rajin-rajin la belek majalah korporat. Cari datok mana yang bini dia baru mati. Pi approach cepat-cepat. Tak payah nak kaco laki orang. Lagi tua datok tu, lagi cepat jadi kaya. Kot umur dia tak panjang, bole jugak lu jadi pewaris. Lagi 1, laki yang dah ada bini tu, kalo tergerak nak cari yang nombor dua, pikir panjang-panjang sikit. Kalo lu ada madu, lu sanggup tak kongsi bini lu dengan madu-madu lu yang lain?? Laki lain pandang bini lu pon dah kalut tanggal kasut nak punggal kepala orang tu, ni kan pulak bermadu............Lu sanggup ke?




nota: gua dah warning Pitt. kalo dia nak madukan gua, gua sudi sunatkan dia buat kali kedua secara manual dengan pisau rambo.