Sunday, January 31, 2010

Press Konferen

Salam

Gua sedang bertapa di gurun sahara manjalara ni. So, gua perlukan sikit masa buat mencari ilham untuk entri seterusnya. Gua nak jumpa cikgu bahasa kat sini. Gua nak belajar cara membuat rumusan dengan ringkas dan padat. Gua takmau buat isu meleret-leret lagi macam entri sebelum ni. Gua nak cari short cut yang paling pendek, so that gua bole menjimatkan petrol enjin tangan dan tak gua. 1 entri gua bajet ada dalam 5 gelen minyak gua habiskan buat mengarang 1 entri. Dahla kelajuan tangan menaip sangat laju. Pastu guna jalan jauh pulak. Pastu gua karang bagai nak rak, lu olang baca intro dengan penutup je. Lagi sadis, lu olang baca nota kat bawah jek. Sebab tu gua skarang di pondok kecik cikgu bahasa yang gua tempah khas dari swiden buat mengubah tabiat karangan panjang gua.

So, dengan penerangan gua yang ringkas ni, gua harap lu olang ternanti-nanti isu seterusnya. Nanti gua dah balik bertapa, gua muncul semula membawa isu yang lebih panas dan menggegarkan jiwa. Gua plan nak cerita gosip hiburan plak. Gua tengok cerita hiburan kat tivi bosan amat. Hari-hari gosip pasai orang tu je. So, gua dah fedap.

Ok OK. Gua dah meleret. Gua behenti di sini. Doakan gua sakses sebagai perumus terhebat di asia tenggara. Hahaha!

nota: gua tengok gambar anak sedara Pitt tadi kat wanita terbaru. comey plak. macam muka daddy dia. agak-agak lu nak jumpa bapak sedara budak tu yg betol, nanti gua kawen kat n9, lu olang datang la ok? untung sabut, bole lu begambar dengan dia. kahkahakah! gua membuat propaganda beganda-ganda ini hari.


Wassalam.

 





Saturday, January 30, 2010

Say NO to 1Bau

Gua dari meeting tergempar besama geng pengembaraan bermula untuk kajian ilmiah, pulang ke rumah dengan seketul kuih udang. Oh, sungguh tak unik nama kuih udang tesebut. Gua rasa cucur udang lebih komesial namanya. Pelik sungguh Pitt memanggil cucur udang sebagai kuih udang. Dia ingat bahulu ke nak ada bentuk udang, ikan dan sebagainya. 

Disebabkan perut gua jenis tak-lapar-pon-nak-melantak, gua pon menggendong pulang cucur udang seketul tu hingga ke tingkat tiga kondo mewah gua. Walaupon seketul, gua tetap gigih nak bawak balik. Bagi gua, rezeki tu berbagai bentuk dan bilangan. Walaupon seketul, ia tetap rezeki buat tubuh badan gua yang jelita ini. 

Untuk pengetahuan, gua menggalas beg penuh buku dan laptop yang berat lebih dari sekilogrem. Di tangan gua ada lagi 6 buah buku yang tebal lebih kurang buku talipon pakcik mohtar yang tinggal di tepi sungai muda tuh. Tak cukup dengan tu, gua gigih menggendong sebungkus air sirap yg dibeli di kedai lot ten. Dan tak ketinggalan, seketul cucur udang. Kehkeh. Tangan gua masih ada dua. Usaha gua untuk meng-auto-pop-up tangan ekstra bila keadaan kritikal seperti tadi belaku tidak menjadi. Puas gua menekan-nekan butang yang bekenaan. Tiada hasil positif. Akibat kecewa, gua melangkah pelahan-lahan menaiki tangga kondo gua dengan dua tangan sahaja. Oh ya. Lupa nak tambah beban pikiran anda. Kepala gua ada helmet jugak sebijik. Bukan sebab protection, tapi sebab tangan gua dah maksimum kapasiti. Gua rasa dengan berhelmet turun naik kondo, lelaki-lelaki yang pandang gua rasa lebih tercabar kot. Yelah. Gua lebih maco dari mereka yang cuma membimbit helmet. Bagi gua, memakai helmet itu lambang hot dan tampan, macam fahrin ahmad. Hikhik.

OK. Kembali ke isi penting.
Sebab gua merupakan kenderaan berat yang lebih muatan, gua tak bole la nak speed kelajuan gua kan. So gua slo-slo begerak menuju ke tangga sebelum gua mendaki penuh gigih. Tapi belom sempat gua sampai anak tangga petama, ada 4 orang laki bukanwarganegara potong jalan gua. Nak tak nak, tepaksa gua mengalah. Kalo gua tak mengalah kang, gua plak kena amok kot. Dahla kenderaan berat, bawak slo-slo di tengah jalan. Mau nak kena hon?? Sebab memikirkan risiko berada di hadapan kenderaan yang lebih laju dan ringan, gua menderma la laluan gua. [gua memang baik hati]

Bila agak dah sedepa depa begerak, gua pon mula stat injin. Slo-slo gua begerak mendaki tangga kondo. Memang gua kawal kenderaan dengan baguslah sebab takmau ada yang tecicir. Nak dijadikan cerita, gua rasa kawalan gua agak goyah tiba-tiba. Tangan gua masih kuat walau tak berotot macam sazali samad. Tapi hidung gua memang takleh tahan nak mengempis. Bau badan 4 orang bukanwarganegara tadi memang mengundang gua semput di tengah tangga. Memang hazab gila gua rasa. Bau depa lebih dari bau bau bacang! Gua syak bau daki sebulan setengah pesen kumpul buat karbon pensel mekanikal. Tepaksa otot hidung gua bekerja keras, seperti menahan napas yang tecungap-cungap sebab penat, menapis udara sebab takmo oksigen yang masuk dalam kapilari darah gua tercemar, dan juga mengawal jelita akibat pengembangan dan pengempisan hidung gua  yang tak sekata akibat pengepaman injap vena dan aorta dalam tubuh badan yang kurang seimbang. Ha. Hazab! Ni dah cukup azab. Datang lagi azab  lain. Tapi lagi gua sangat hangin bila teringat gua tepaksa berusaha kave cucur udang gua yang seketul tuh dengan sebelah tangan!! Kalo tercemar, gua syak memang gua bakal masuk sepital malam ni sebab keracunan makanan!

Gua memang geram manusia pesen malas nak mandi. Kucing kat kedai minuman CT kat seksyen 2 tu lagi wangi kot. Bukan 1 bau gua tepaksa betahan. Tapi hidung gua dicemari dengan 4 jenis bau yang bersatu menjadi satu! 
Gua sokong je 1Malaysia. Tapi gua bantah terang-terangan usaha untuk mensatukan bau  hamis badan. 



nota: Gua syak depa tak melanggan air dengan mana-mana pihak termasuk Syabas. Syabas kepada depa dengan usaha penjimatan berterusan begitu. Gua langsung tak takjub!




Kecewa Ditipu

Tadi gua lepak dalam bilik penuh santai sambil melayan fesbuk yang makin boring hari demi hari. Gua ni pesen ushar fesbuk untuk tau gosip terkini je. Gua pi cek wall Pitt. Ada tak mana-mana spisis kromoson XX pi menggatai. Bila takdak, gua pon senang hati la. Bila ada, otak gua oto-cas untuk ledakkan bom dua tiga butir. Memang gua jenis yang tak reti kontrol panas hati. Gua masa sekolah mana ada masuk kelas pertahanan emosi. Kelas tekwando pon gua tak join. Gua lebih rela goyang kaki atas katil sambil layan novel ahadiat akasyah yang ending dia macam haram. Hero asyik frust je kat page last. Tak puas hati sungguh. Gua dah hantar resume mintak jadi penulis ending cerita ahadiat akasyah. Mukadimah dan isi biar dia yang karang. Ending serah kat gua. Gua nak buat yang super happy ending. Bukan yang sedih macam Pilot Kafe tuh. Sumpah, seminggu gua dok pikir kat hero dia yang keciwa tak hengat tuh. Gua tak boleh terima. 


Ah, gua dah melalut. Gua nak cerita pasai cerita melayu kat tv2 tadi. Apa tah nama tajuk dia. Gua lupa. Yang si balqis belakon dengan isaac tuh. Huh! Nama tak bole blah. Nak jugak mengabdikan nama sir isaac newton. Mesti fizik SPM A1 nih. 

OK. Gua melencong lagi. Sori. Gua tekan minyak sampai rapat ke lantai. Tu yg telajak. Now U turn semula. Hikhik.
Masa hosmet gua dok layan cerita tu, gua tak ambik port pon. Gua dok bizi layan laptop gua yang macam rumah baru lepas cat. Langsir tak pasang lagi. Lampu pon takdak lagi. Lebih kurang la. Gua cuma memperumpamaankan saja. Lu olang tak paham takpe. Sok gua eksplen dalam harian metro ok?
Tengah kusyuk gua instol macam-macam dalam leptop gua yang veteran nih, gua dengar sayupsayup soundtrek full house. Itu drama feveret gua. Terus bendalir-bendalir dan impuls dalam badan gua bergerak laju, dan menggerakkan kaki gua ke hall untuk menjenguk cerita fullhouse tuh.
Tapi gua keciwa! Bukan cerita korea. Tapi Melayu! Hampeh. Sia-sia kudrat gua begerak ke luar bilik. Dahla gua baru cas tenaga kat kedai mad saad tadi. Huh! 

Tak paham sungguh gua bila semua lagu dalam fullhouse tu dia nak pakai dalam drama tu. Apa lagu menatap wajahmu nyanyian aril tu tak cukup jambu ke untuk drama cinta macam tu? Kenapa nak jugak tempek lagu drama luar kegemaran gua? Rasa tetipu je. Dahla gua tak suka ditipu terang-terangan macam ni. 

Gua geram sangat. Dah rasa macam sad ending novel ahadiat akasyah. Gua la hero tu. Lu olang pembaca novel tu. So, sila masing-masing kecewa dengan entri kali ni. Gua tepaksa cerita kat sini sebab gua punya kekecewaan tak boleh nak pablish kat fesbuk. Gua punya status setiap minit berapdet kat fesbuk tu. Gua syak mesti ramai orang yang add gua kat fesbuk tu hide gua punya status. Tak menyemak wall depa. Kan? Kalo tak mau skrol sampai bawah baru jumpa status orang lain. Hahahaha! Gua memang suka buat sampah la.

Takpa. Gua terima. Nasib badan. Gua pasrah. Lu olang tak payah tolong nangis. Gua dah bakar tivi tu macam bakar mercun, bermula dari wayar yang bertindak sebagai sumbu.  Lain-lain, lu olang imejin sendiri apa jadi kat tivi comel yang dibeli sempena AJL ke 24 yang lepas.

Sekian. 




Friday, January 29, 2010

Letak Nama Pendek-pendek Sudah

Gua dok pikir-pikir nak suruh orang panggil gua apa. Yelah. Gua tengok zaman sekarang, nama lain, panggilnya lain. Terus glemer gila jadinya. Nama yang asalnya tak sedap, terus jadi boom dan hot. Macam gua ni, dok maintain kat lina je la. Jelina tu panjang sangat. Takut ada yang terjelir lidah kot. Tapi gua rilek je. Panggil la gua apa pon. Kalo gua tak marah tu, gua terima la. Kalo gua marah, baek lu bodek gua cepat-cepat dengan memberikan gua nama yang lebih gah. Untuk tujuan tersebut, gua rasa baik lu olang prepare satu buku nama-nama glemer untuk jelina. Mesti gua tehutang budi sampai kena pakinson. Kihkihkih. 

Gua dok dengar jugak nama-nama pompuan keluar dari mulut Pitt. Sedap-sedap belaka. Nama gua ni pesen sekali harung dah setel. Takde dua tiga kerat macam nama orang lain. Mak bapak gua pesen tepat ringkas dan padat. At lis bakal laki gua nanti tak tesemput-semput hilang napas bagai sebab nak menyebut nama gua full pakej sekali nama bapak masa akad. Gila kejam sape nama panjang-panjang. Lepas tu dera si laki masa akad nikah. Nak pulak time tu si kadi ada masalah pendengaran, dok suruh ulang pat lima kali. Dahla mas kawen letak nombor banyak-banyak, seperti lima ribu empat ratus sembilan puluh tujuh ringgit lapan puluh tiga sen tunaaaaiiiiiiiiiiiiiiiii. Nama pengantin pompuan dahla panjang bejela. Nama bapak dah tiga kerat. Campur mas kawen lagi yang semua digit dari 1-10 dia nak konker. Gila punya tamak nombor! Kalo gua la pengantin laki tu, gua bundar nama dia ke huruf terdekat. Mas kawen pulak gua bundar ke digit terkecil. Barula gua rasa bijak dan maco dengan tindakan penuh jinies dan tawaduk. Amacam? Lelaki di luar sana ada brani?? Gua bukannya apa. Macam menyiksa pengantin laki la pulak kan. Dahla dia nebes. Seumo hidup tak penah pakai sampin kain songket sewa kat kedai pengantin d'bridal, lepas tu terjerut perut sebab nak kave perut yang serupa taya baru pam, kemudian kena plak buli time akad. Kalo kena kat laki yang dari sekolah rendah membawak ke sekolah menengah sampai zaman kerja tak penah present depan kelas, gua rasa lagi betambah hazab dia. Gua simpati sungguh!

Gua ada baca kat blog seseorang. Pasal akad nikah ni. Mana datang mazhab tah suruh bagi full ayat macam kita buat la ni. Pesen kalo lupa satu pekataan kena ulang semula. Dah serupa pasword nak cucuk duit kat ATM. Dah tu pulak, kalo nak berakad, mesti senapas je. Kalo kena kat laki yang ada semput, bakal bini pulak nama panjang sampai 2km, agak-agak lu, mau tak nikah tu betangguh sampai si laki pi hospital buat rawatan sedut kahak dulu? [ni gua baca kat blog yang bole gua pecaya. gua taknak gebang sini sebab adik-adik beliau ada baca blog gua. hikhik. u know who u r mengkuangites. hahahah]

Ah, gua dah berletiaq semula. Tu la. Gua malas nak menaip. Bila gua stat, intro gua lain, isi penting gua lain, penutup gua pon lain. Gua sebenarnya nak cerita nama-nama samaran. Now gua dah cerita bab nikah pulak. Patutlah BM gua zaman sekolah jarang nak A bila tang karangan. Gua memang tak pokus. Now, gua harap lu olang ambik iktibar dari pengalaman gua. Dengar cakap cikgu BM lu olang. Nak buat karangan, plan betol-betol. Listkan pendahuluan, isi penting dan penutup. Jangan terus karang. Nanti lari tajuk. Sapa yang susah? Lu jugak. Gua takpe. Gua dah tak ambik SPM lagi dah. Gua sekarang bizi nak repeat trial fizik SPM. Gua nak jumpa cikgu maheran gua yang cun melecun tuh. Hihihi. Tapi baju sekolah gua ada kat dapur rumah. Mak gua buat kain buruk. Gua tengah plan nak rendam dalam klorox kemudian celup nila cap ujala sebotol. Mesti putih macam biozip! 

Akhir kalam, biozip boleh!











Thursday, January 28, 2010

Gua Nak Kool

Hari-hari ada je orang tego gua. Bukan tego hai ataupon assalamualaikum. Itu gua je dok tego orang. Memang gua pesen tego orang sana sini pon. Orang baru bangun tido pon gua tego jugak. Gila peramah tak hengat! Kalo gua baru bangun tido je gua malas nak tego orang. Nanti orang kata gua tengah ngigau. Sia-sia je sikap keramahan gua terbazir di situ.

Gua rasa dari minggu lepas ramai dok tego gua. Depa kata gua asyik panas je. Tu la. Gua pon pelik. Semua benda gua tak puas hati. Tadi gua cari hair band tak jumpa pon gua dah mengamok. Entah kat sapa gua amok pon taktau. Tadi bunyi grail rumah depan gegar-gegar pon, gua dah rasa nak keluar angkut kapak sekali. Biar barai terus grail tu. Tak payah bising-bising dah. Tak kira lagi pekerja restoren kota anggerik depan tu tarik tong sampah, bunyi roda tong sampah tu buat gua nak turun dari tingkat 4 ni dan terus bakar sampah kat situ.

Gua syak hati gua lebih cool bila mat kool sponsor gua se-peti ais eskrem mat kool  penuh dengan eskrem-eskrem bernama mat kool pelangi, mat kool lidah buaya maupon mat kool trafiklite. Memang gua terus cool sampai akhir hayat lah.

Ataupon, malaysia turun salji. Masa tu memang gua takde masa nak mengamok kat sapa-sapa. Time tu gua bajet, uncle raju punya anak pon takdak dah press minyak moto ekzos tak lawas dia. Rumah depan ni pon terus renovate rumah jadi igloo. Grail tu jual kat lori besi buruk. Moto yang dok bingit-bingit koklea gua dengan bunyi brek pesen wisel cerek bila mendidih pon gua rasa terus hilang ditelan salji. Time tu memang semua dok dalam rumah diam-diam. Besembunyi di balik toto. Takde lagi dah pencemaran bunyi. Kot ada yang nak buat aktiviti outdoor, semua pilih ski. Takpon hoki ais. Rempit-rempit semua takdak. Jalan penuh salji. Moto takleh jalan. Mungkin time tu, rempit-rempit semua berubah stail. Pakat buat wheely dengan ski. Perhh.. Takjub orang amerika dan niuzilen dengan bakat rakyat malaysia. Time tu jugak, takdak dah bunyi mesin ais kacang. Semua tokey ABC ambik salji ja buat meniaga. Kemudian tambah sirap dan kacang sket. Siap. Tak payah membazir letrik nak mesin ais segala. Dan time tu jugak, gua rasa rakyat malaysia pakat iron baju kat badan. tak pakai iron board dah. Nak panaskan badan secara direct lah katakan. Di samping baju hilang kedut, badan pon dapat haba. Tak gitu??










Wednesday, January 27, 2010

Kampung Gua

Gua punya kampung Bakau Tua, bukan calang-calang kampung. Pitt selalu cakap gua punya kampung dah masuk Kedah. Hangin betol hati gua ni. Dia taktau ke sebelah rumah gua ada Sungai Muda, kemudian baru jumpa tanah negeri Kedah. Hish! Tak reti geografi betoi! Gua pon mula-mula tumpah darah kat hospital Butterworth. So gua memang orang Seberang Perai. Bukan Kedah. Gua sanjung TYT Tun Abdul Rahman Abbas. Selalu je gua bediri tegak tepi jalan tengok TYT gua main golf kat Penang Golf Resort. Gua siap kerling-kerling lagi Tun Abdul Rahman masa dia dok minum-minum kat kafe PGR bersama-sama rakan sebuggy. Gua memang orang Penang tulin. Lu bole tes darah gua. Memang cap B. Maksudnya, Bakau Tua. OK?

Gua punya kampung agak unik banyak. Kalo sorang nak betunang, 1 kampung pulun decorate hantaran. Modal bukan orang yang nak betunang kena keluarkan. Sendiri-sendiri punya. Tu yang bila warga kampung gua betunang ke, benikah ke, memang hantaran mau 40++ dulang. Kalah golongan VVIP. Kalo eskot pi rumah pengantin tu, memang bederu-deru kereta folo. Semua bonet kreta mesti penuh hantaran. Orang penuh ke tak penuh, belakang kira. Janji ada transpot buat angkut dulang-dulang tuh. Belom lagi kira yang kena riba dalam pejalanan. Memang hazab jugak la!

Gua dah cerita kat Pitt pasal ni. Gua taktau la dia dah transfer maklumat yg gua bagi ni kat mak dia ke belom. Gua harap, dia bole la telegram maklumat ni dengan segera. Almaklumla, nak prepare 40++ hantaran tu bukan mudah. Perlukan team yang besar sebesar Kampung Bakau Tua dan di sekitarnya. 

Lu olang kot nak merasai kehangatan betunang hantaran bedulang-dulang, sila rojer gua. Nanti gua try mintak kebenaran ketua kampung bagi lu dan keluarga menumpang homstay kat kampung gua barang beberapa hari. 

Oh ya. Lupa gua nak kabarkan. Kot lu bajet orang kampung nak sponsor kemeja cap d'urban, beg tangan rm40k macam tokkey bagi kat tokti, dan yang semahal dengannya, baik lupakan je. Bagi warga kampung gua, kasut terompah dan baju kain cotton semeter rm7 dah cukup heaven dan grand. Tak perlu masuk butik mahal-mahal bagai. Buang masa!




Sekian, 
laporan khas dari karamsingjelina,
tv10,
bakau tua.

Trauma

Gua bangun pagi ni secara mengejut. Tak perlu alarm clock. Gua oto-cas untuk bangun. Ni semua gara-gara mimpi gua bekapel dengan boifren ayu raudah. Gila ah. Gua memang trauma sampai sekarang. Apa la menariknya gua sampai cik wan tu nak syok kat gua. Gua trauma ni! Gua menaip sambil menyembunyikan diri di balik selimut. Ada lagak sikozofrinia. Ah, gua taktau eja term medik macam aminah. Gua mintak lu olang sendiri paham hokkey!

Tu lah. Gua dah buat pos-mortem mengejut sempena mimpi tak masuk akal gua tadi. Gua syak, ni semua gara-gara gua ushar-ushar gambar kenduri kawan Pitt yang cik wan datang la. Cik wan adha tu kawan Pitt satu skola. Tu yg ada tetempek muka dia kat banyak-banyak gambar. Terer betol potoshuter tu. Gamba dia sebijik mcm dalam megezin URTV maupon pancaindera. Tak berubah bentuk langsung!

Gua harap malam ni gua tak diserang mimpi macam tu dah. Rasa besalah pulak curang dalam mimpi. Gua harap pato gua tak jeles membabi buta. Dia perlu paham. Gua tak mintak semua ini terjadi. Dan gua pon di luar sedar.


nota: kalo betol mimpi gua dengan cik wan adha tu, gua syak pato gua mesti girang tak terkira. Yelah. Dia tolak gua, dia dapat ayu raudah. ye dak?








Tuesday, January 26, 2010

Ekzos Tak Lawas

Semenjak dua menjak ni, hormon gua jenis tak stabil. Balancing sungguh kritikal. Semua orang gua rasa nak marah. Gua memang tengah panas ni. Memang Shah Alam sekarang hujan. Baru ja berenti. Tapi langsung tak berkesan nak buat gua sejuk. PANAS!

Tadi ada moto dok press press minyak. Pesen ekzos gaya bazuka. Bising tak hengat. Dahla bunyi jenis tak lawas. Memang buat koklea gua pecah la. Hati gua secara tiba-tiba jadi nak mengamok. Hormon gua terus menuju puncak. Gua rasa nak maki je mamat yang dok try moto tu. Bangang! Dia taktau ka ni kawasan flet? Bukan rumah dalam hutan. Kot tinggal kat kawasan pedalaman jenis rumah seketul-ketul, gua tak kesah. Bunyi kuat macam bom atom pon gua tak peduli. Bukan sampai kat rumah flet gua ni. Lagi satu, orang macam tu dalam hutan simpanan pon dia tak layak hidup. Pesen menghalau binatang-binatang terancam keluar dari hutan. Bila dah jadi kes gajah mengamok dalam kampung, baru sebok nak menyalahkan renjer buat pagar tak kukuh! Dia tak sedar ekzos moto dia tu yang buat pencemaran bunyi. 

Time-time hormon gua tak stabil ni, tak payahla dok dorong jiwa gua memberontak. Kang gua tak dapat tahan marah, ada yang moto naik atas bumbung ala-ala do re mi kot. Masa tu baru sebok nak call bomba pinjam kren kot. Nyampah!

Monday, January 25, 2010

Pengumuman: Azam Gua Diwartakan

Dah nak masuk bulan 2. Gua punya azam baru nak direncanakan. Gua bukan lewat dan tidak serius tentang masa depan. Gua cuma mengatur perjalanan masa dengan lebih teliti. Perancangan bagi gua perlukan masa yang cukup. Lagipun, awal bulan 1 hari tu, gua banyak lakukakn post mortem untuk azam tahun lepas gua. Tapi sumpah. 1 azam pon gua takde tahun lepas. Terus gua rasa gua kurang kacak seperti orang lain yang ada azam masing-masing.

Disebabkan itu, tahun ni gua ada beberapa azam yang patut gua capai untuk menjadi normal macam orang lain.

Azam gua yang pertama, gua nak lempang pipi sorang mamat ni. Moga gua bejaya laksanakan misi ni sebelum akhir 2010 nanti. Kalo tak, memang gua perlu bersara dari menjadi seorang jelitawan.

Yang kedua, dah. Gua dah malas nak azam banyak-banyak. Tu je azam gua. Lama jugak gua ambik masa untuk mewartakan azam gua ni. Tapi gua percaya, perancangan yang betul akan melahirkan hasil yang betul.

Oh ya, gua harap pipi mamat tu bengkak dua tiga bulan sampai dia tak boleh menyanyikan lagu isabella dan di ambang wati lagi. Lepas tu, mesti gua puas hati. Post mortem gua untuk tahun 2010 yang akan gua jalankan pada 2011 nanti, mungkin memberikan keputusan yang cemerlang dengan markah 100% dan bintang beberapa ketul.



Ini Bukan Entri Wajib Baca

Gua bukan teruk sangat. Gua pon manusia biasa. Mana ada gua perfect kan.
Tapi gua tak tahan dengan manusia yang pesen tak reti nak appreciate pertolongan orang lain. Gua rasa macam nak bagi lempang je dia. Biar tercabut gusi, gua tak peduli. Nanti pandai-pandai la beli gigi palsu. Family dia kaya. Apa yang gua nak susahkan? Setakat gigi palsu, 10 pasang bole beli kot.

Gua dah tolong tu pon dah kira bagus. Gua bukan buat cincai-cincai. Gua tolong dia penuh kosentrasi. Makan tidur gua semua kucar-kacir. Bilik gua tak payah cakapla. Memang pesen perpustakaan sekolah rendah. Penuh buku saja.

Manusia jenis ni memang mintak gua lempang, kemudian kasi bom bikin labu sayung. Manusia kan dibuat dari tanah. Boleh la gua guna tubuh badan dia buat bahan-bahan perhiasan. seperti tembikar dan sebagainya. OK. Tang ni gua cuma hiperbolakan. Jangan pulak ambik serius. Gua agak emo skarang. Jangan nanti ada yang bikin repot kata gua plan nak bunuh orang. Tidak. Gua cuma tensen dan marah.

Tu la. Gua dah tak tahan. Dahla kuat marah. Orang tolong pon nak marah jugak.  Terima kasih langung tak ada. Buku-buku dia ni gua plan nak buang je dalam tong sampah besar biar alam flora datang kutip. Puas hati gua. Kalo agak dia nak sangat buku-buku tu, pegila kejar sampai ke tempat pembuangan sampah utama. Gua malas nak folo.

Dah. Gua dah ambik keputusan memutuskan tali persahabatan dengan dia. Gua dah mesej mak dia mintak tengok-tengokkan anak dia sikit. Mungkin mak dia agak sentap dengan mesej gua yang agak direct. Tapi gua rasa tu je jalan yang ada. Gua tak pandai kave, buat ayat cantik-cantik yang manis. Kalo nak harap gua nasihat, jangan harapla. Gua bukan ada tauliahan dari mana-mana kementerian. Lainlah mak dia. Ada tauliahan dari institusi keluarga dan kementerian pembangunan keluarga dan masyarakat.

Gua dah off henpon. Gua malas nak layan call sapa-sapa. Mak dia kalo nak dapatkan kepastian,  call je anak dia. Gua takdak mood nak becakap dengan sapa-sapa. Hati gua sakit. Semua orang pikir dia sangat baik. Tapi gua bekawan dengan dia dah lama. Susah payah sama-sama. Gua tau macam mana perangai dia.

Ucapan akhir dari gua untuk dia [gua tau dia baca blog gua] ;

"Lu boleh cakap sopan-sopan, baik-baik dengan orang lain. Tapi dengan gua, gua lambat makan pon lu dah tinggi suara. Dengan orang lain lu bole buat lawak bagi diorang gelak. Tapi bila gua gelak, lu marah gua. Call orang lain lu bole jawab dengan cepatnya. Tapi call gua lu bole suka-suka nka jawab ke tak. Lu siap reject call gua kadang-kadang. Tapi bila lu susah, lu rasa nak nangis, gua jugak yang lu cari. Bila lu marah kat orang lain, gua jugak jadi lapang sasar lu. Takpe. Gua pecaya pada karma. Satu hari nanti lu mesti sedar. Gua tak cakap gua baik. Tapi gua dengan lu dah kawan baik dah lama. Gua harap ada orang lain yang bole ganti tempat gua jadi rakan baik lu sampai bila-bila."


Sekian,
Gua yang emo.





Aku, Awek dan Dia

Tadi gua jumpa awek cun gila. Gua nak makan pon macam susah nak pokus kat nasi. 
 
Gua punya port sebelah kaunter bayaran air. Gua saja ambik port kat situ. Ada kipas besar. Takde la nanti merembes peluh gua keluar time sedap melantak. Hilang jelita disitu. Gua makan kat kedai tepi jalan je. Mana nak ada ekon. Ekon bas rapid ada la. Tapi takkan gua nak angkut pinggan nasi gua masuk dalam bas. Haritu gua bawak air kotak cap rebina pon dreba bas dah usha gua tajam macam mata pensel buncho 0.5! Dah, gua serik dipandang hina begitu.
 
Berbalik ke cerita awek cun tadi. Rambutnya perang tapi masih belum berkarat. Earing diamond. Berkilat-kilat. Kasut boya kale putih. Kening lebat macam Sheikh Muszaphar. Lemah lembut. Sopan santun belum lagi gua lihat. Yang ni gua perlukan lebih masa untuk pemerhatian.
 
Kemudian datang sorang mamat nak bayar air. Berjeans londeh pesen tayang boxer kat dalam. Gua tengok awek tu ushar mamat tu tak lepas. Sah, dia dah gila bayang! Tak reti kave langsung bila nampak laki kurang hensem! Janji seluar londeh, terus bergelora jiwa.

Gua malas nak layan. Terus gua teruskan suapan.
 
Gua tengok Pitt pon tesenyum-senyum. Ah, Pitt pon dok ushar jugak awek tu. Sambil suap nasi, sambil tesenyum lebar. Walaupon masa tu gua rasa hujan dah stat rintik-rintik, Pitt maintain senyum sambil mengerling awek tu beberapa kilas.

Sungguh dia sangat comel! Lawa pon mungkin lah.
Tapi gua pelik. Gua rasa ada tak kena tang mulut dia. Terus gua keluarkan teropong dari kocek doremon gua. [ok. yg ni gua hiperbolakan]. Terus gua zoom retina mata gua tepat ke atas mulut awek tu. 

Bodoh! Ada misai!
Patutla lembut dia pesen sotong! Terus pinggan nasi gua tolak ke tepi.


Sunday, January 24, 2010

Bersin Berduet

Hari tu hari Rabu. Hari cef hotel masak nasi lemak buat sarapan penghuni-penghuni hotel. Hari tu jugak pehimpunan hotel. Gua dan bebudak suite gua besiap awal hari tu. Kalo lambat, gua dapat tengok pinggan plastik kale biru tu je lah. Tak pasal-pasal gua kena sabarkan perut untuk tunggu nasi lemak rabu minggu depannya.

Hari ni rezeki memang terbuka untuk gua. Dapatlah gua menikmati nasi lemak yang sedap disamping sambal dan ikan bilis lebih. Juga tak terkecuali, telur rebus beberapa potongan.

Selepas itu, gua dan taulan pegi beratur sempena pertitahan warden gua, Cikgu Sabri Shafie. Dengan kemeja kemas ber'iron oleh Kak Na, yakni wife tercinta, perlahan-perlahan Cikgu Sabri mengangkat hailer dan membunyikan siren tanda istiadat bakal bermula.

Selepas upacara membacakan doa dari wakil lelaki, nyanyian negaraku berkumandang. Tiada lagu Negeriku dinyanyikan kerana bukan perhimpunan rasmi hari Isnin.

Tiba-tiba, gua tengok member sebelah gua berkerut-kerut hidung. Gua syak sambal nasi lemak tadi ada belacan berlebihan. Tu yang member gua diserang resdung secara mengejut. Gua pandang dia sekali imbas je la. Gua nak pokus pada butir-butir titah perintah Cikgu Sabri. Kot ada peraturan baru, tidak la gua terlanggar tiba-tiba.

Gua dengar Cikgu Sabri bagi salam. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Salam penuh. Studen semua pakat menjawab dalam rentak yang tak senada. Ni bukan zaman sekolah rendah yang semua menjawab salam dalam tempo yang sama dan berima cemerlang.

Pumpangpungpang Cikgu Sabri memberi nasihat dan tunjuk ajar termasuk memanggil beberapa penghuni suite yang kreatif. Menurut laporan, mereka-mereka yang dipanggil merupakan pemilik dobi yang menjadikan kipas angin sebagai ampaian untuk dry cleaning baju-baju hapak mereka. Tidak terkecuali perenang amatur yang meng'convert kolah air sebagai pool untuk tujuan latihan renang. Gua salute budak-budak yang punya imajinasi luar biasa.

Kemudian, majlis hampir bersurai. Pengerusi majlis memintak hadirin membaca surah al-asr dan tasbih kifarah sebagai penutup tirai. Tapi belom sempat tirai ditarik, gua terdengar member gua yang kemut-kemut hidung akibat resdung tadi terbersin. Bersin dia bukan bersin versi solo. Tapi berduet. Gua rasa nak gelak sangat-sangat. Tapi gua tahan. Yelah, gua kena tutup tirai majlis dulu.

Masa nak berjalan masuk kelas, gua gelak berdekah-dekah. Member gua yang bersin tadi pulak dari tadi pucat je muka dia. Senyuman dia pon gua tengok tawar semacam. Gua tak peduli. Gua nakkan jugak kepastian.

Lalu gua tanya dia masa takde orang berdekatan gua dan member gua tu,

"Beb, lu bersin sambil kentut ka tadi? Gua dengar irama dia lain macam. Ada sound efek berturut-turut"

Member gua yang pucat tadi, terus merah padam muka dia. Laju sungguh sistem darah dia bereaksi dengan ayat provokasi gua. Lantas dia menafikan.

"Mana ada. Gua bersin ja. Lu ni...."

Lepas tu gua tengok laju je dia pegi jalan dengan orang lain, meninggalkan gua terkontang kanting mencari jawapan. Ah, gua yakin. Gua punya teori tak salah. Gua gunakan teknik pendengaran yang jitu. Desible bunyi tu agak memberangsangkan kornea telinga gua.


Kalau jadi kat gua pon gua taknak ngaku! Jatuh air muka di khalayak ramai. Pehimpunan OK!











Gua Menyesal Sebab Tidur

Gua sama rakan-rakan masa zaman sekolah menengah memang mempunyai persamaan yang ketara. Tak mengira kelas mahupun dorm. Memang pesen kuat tido walau di mana berada.

Gua menginap di hotel sekolah bersama sahabat taulan sesekolah. Sekolah gua memang takde hostel. Pesen anak orang kaya. Asrama ke hostel ke, memang bebudak sekolah gua tak layan. Tak stail. Cuma rumah warden agak ketinggalan senibina. Gua dengar cerita proposal gua untuk convert rumah warden versi rumah estet ke banglo ala holiwud bakal dilaksanakan secepat mungkin. Gua bersyukur. Sekurang-kurangnya standard hotel sekolah dan mansion warden bergerak seiring. Jadi lebih adil dan saksama. Sekurang-kurangnya warden-warden lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas seperti menghantar pelajar-pelajar yang sakit ke klinik Taman Koskam, atau menolong pengawas asrama ke kedai borong pukal membeli jajan-jajan buat stok jualan di koperasi hotel.

Sepanjang 5 tahun gua menetap di hotel dengan bayaran pendahuluan dibayar setiap hujung bulan ke pejabat hotel di blok lelaki, gua perasan beberapa perkara yang nyata di penglihatan.

Gua dan member-member seangkatan yang menginap di hotel memang ada tebiat yang tak elok dalam kelas. Pesen tido sampai separuh masa kedua setiap subjek. Paling obvious lepas rehat la. Gua syak makanan kat kantin sekolah ada ura-ura ubat tido la. Tu yang hentam lena tak hengat. 

Gua memang dah register jadi fan kelab tido sekolah. Gua ahli lelap semua kelab dan persatuan termasuk persatuan puteri islam semalaysia. Tapi kelab tido ni gua ahli aktif. Gua bukan pengerusi. Tapi memang gua aktif la. Hari-hari gua tido dalam kelas. Tapi masa gua form 3, agak susah jugakla gua nak aktif. Sebab bebudak kelas gua ramai outsider. Pesen cukup time mak suruh masuk bilik dan tido. Tu yang bila masuk kelas je, mata dah stanby celik sampai 2.15pm. Tapi budak-budak hotel macam gua, kitorang begerak secara indipenden. Memang peraturan hotel dah tetapkan tepat 11.45pm semua lampu mesti padam. Tapi setakat tutup lampu dorm saja memang takde hal la. Lampu koridor banyak. Bole buat nur untuk sesi meeting tak formal. Agak-agak masing-masing dah selesai berhujah, baru majlis bersurai. Mana ada warden nak jengah muka halau masuk bilik  tengah-tengah malam? Baik dok rumah buat qiamullail ke hape kan. 

Tu la. Gua pon taktau pasaipa gua selalu lelap dalam kelas. Cikgu tu suara lantang macam mana pon, mata gua mesti stim punya. Tetambah time sejarah. Gua rasa mimpi gua lebih bersejarah dari melayan cerita parameswara yang cikgu kajian tempatan gua cerita masa gua darjah 5. Gua dah hapal cerita tu. 

Gua paling suka time exam. Selalu exam start pukul 8. Gua masuk kelas pukul 7.20 macam tu. Memang skolah gua pesen early bird. Dalam kelas, orang lain bizi ngadap nota. Gua hentam tido. Nikmat gila dapat sambung tido. Gua tak malu apa dah. Janji mata gua puas. Tapi kadang-kadang gua malu jugak. Bebudak kelas gua bijak-bijak belaka. Semua yang bolot nombor 1-29 dalam tingkatan.

Tengah exam, gua paling tak menyempat nak siapkan jawapan. Soalan yang gua taktau, gua tembak. Gua malas nak bulat-bulat, nanti cek semula. Tidak! Gua nak siapkan sekali harung je. Pastu gua susun kertas cantik-cantik kat penjuru kanan. Alat-alat tulis gua susun kemas-kemas kat penjuru meja kiri. Lepas tu gua kasi landing kepala atas meja. Gua tido. Memang nikmat lah! Tapi penah gua tido, kemudian mimpi yang mengejutkan. Terus berselerak kertas soalan dan alat-alat tulis gua akibat tindakan refleks tubuh badan gua. Memang malu sungguh! Ah, bebudak lain pokus tak hengat. Diorang memang tak perasan pon. Kalo gua kentut pon, belom tentu ada yang dengar, kecuali gua. Hikhik.

Lagi satu yang gua suka bila tido time exam, gua selalu mimpi jawapan. Kalau yang soalan objektif tu, lagi la kacang bagi gua. Gua tido bila gua dah buntu memikir. Nanti ada la yang datang bagi jawapan dalam mimpi tu. Atok gua pon penah datang dalam mimpi kasi jawapan. Terus gua bangun dan hitamkan jawapan berkenaan. Betol ke salah, gua taruk belakang.

Tapi gua agak kecewa dengan sifat tido gua ni. Masa form 5 gua tetido time kelas syariah. Time tu ustazah niswati ajar bab nikah. Gua miss tajuk yang gua tunggu sejak 5 tahun di sekolah tu. Gua rasa sangat marah dengan diri sendiri. Nak bertanya rakan sekelas, gua segan. Lantas, gua pendamkan rasa hingga sekarang. Nanti-nantilah gua call ustazah ba'ayah dalam semanis kurma.

Saturday, January 23, 2010

Derma Darah

Derma darah bagi gua merupakan satu ketakutan yang menyeramkan. Masa gua kat PLKN, ada la program derma darah. Ramai budak-budak kompeni gua nak pi join derma. Yelah, boleh keluar kem. Dengar cerita dapat McD sorang sekotak. Tu yang nafsu nak menderma tu bemaharajalela. Tak iklas langsung! Gua rilek je. Gua baru insaf lepas kena ambik darah untuk test denggi. Gua sepak tukang ambik darah tu dengan boot kawat. Mungkin betis pekerja tu mengalami sedikit lebam. Atau mungkin dia resign selepas lawatan ke kem gua berakhir.

Kemudian masa gua kat matrik, ada lagi program derma darah. Masa tu badan gua memang agak besar. Tiga bulan gua kumpul berat sampai lebih 7 kilo. Tu yang gua rasa bersalah kalau tak menderma. Gua pegi dengan member gua nama sarah. Gua sanggup curi masa lunch gua untuk berbakti kepada yang memerlukan.

Memula nurse tu timbang berat gua. Pass. Kemudian dia ambik darah. Part ni memang gua agak gerun. Gua tengok nurse tu titik-titik darah gua dalam gelas isi air berkale. Gua lupa kale apa. Gua tunggu penuh sabar. Dalam hati, gua rasa macam bangga sangat-sangat sebab gua bejaya melepasi sesi cucuk jari tanpa aksi frontkick. Gua tunggu sambil senyum-senyum kat nurse tu. Gua tau dia setakat cek dan kumpul darah orang je. Dia tak berani derma darah punya. Dalam hati gua mengutuk-ngutuk nurse tu sambil kembang kempis hidung tanda berbangga dengan kemacoan gua menderma darah.

Selepas beberapa saat, nurse tu pandang gua. Dia membuka mulut perlahan-lahan untuk menyampaikan sesuatu kat gua.

"darah adik tak cukupla. cukup untuk adik je. tak boleh derma"

Loooo.. Terus hilang senyum gua. Hidung otomatik kempis. Tak kembang dah. Gua kecewa. Jari gua yang kena cucuk pasal ambik darah tadi tiba-tiba rasa pedih. Hati gua pon turut sama luluh. Gua sangat sedih. Niat baik gua dipersia-siakan oleh darah gua sendiri. Lantas gua berjalan perlahan ke pintu keluar.

Tiba-tiba gua dengar nama gua dipanggil sayup-sayup di pendengaran. Ah, gua lupa. Gua datang dengan sarah tadi. Terus gua menuju ke katil tempat sarah berbaring sambil menderma. Gua harap Sarah iklas menderma.

Sambil menunggu sarah menghabiskan darah dia, mata gua memerhati sekitar tempat menderma tu. Mata gua tertumpu pada kotak-kotak berisi makanan. Eh, itu je ke? Apsal hari tu member gua kat PLKN kata dapat mekdi? Gua tanya sarah,dia dapat hadiah apa. Sarah tunjuk air kotak. Lepas tu mata gua tertancap pada lengan sarah. Mak aih! Besarnya jarum! Terus isipadu darah dalam badan gua menurun, dan mengundang riak pucat di wajah mulus gua.

Habis je sarah menderma, gua laju-laju pergi kafe mentelaah nasik. Tenaga gua dah habis bertahan dari collapse masa teman sarah tadi. Gua tak sangka jarum nak sedut darah tu lebih besar dari sauh kapal!



Friday, January 22, 2010

Mencari Cinta Sejati

Tadi ada member gua post status dia kat facebook.

"Sukarnya mencari cinta sejati"

Gua ni beminat nak bagi tips-tips doktor cinta nih. Lu olang tanya je pape. Gua mesti jawab versi emo tak hengat. Tapi jangan susah hati. Gua mesti bagi jalan keluar yang straight takdak kona-kona. Memang takkan jumpa jalan mati punya la. Mesti lu olang puas hati dengan tips dari gua. Lagi puas hati kalo lu olang bagi tips dan not-not kale biru barang dua tiga keping kat gua. 

Member gua tadi tu, gua tak cas apa-apa. Dengan member-member, gua memang bagi free saja. Nanti gua kawen, gua demand la hadiah yang mahal-mahal. Masa tu gua ungkit la jasa gua bagi solution buat masalah mencari cinta sejati dia tu.


Lantas, tanpa membuang masa gua bagi sagesyen yang paling mudah, ringkas dan tepat. Budak kecik dajah 1 pon boleh praktiskan. Sape tak mau cinta sejati kan? Gua pon nak. Gua becakap ni bedasarkan pengalaman. Tu la, pengalaman tu kan cikgu paling mudah dan mahal. Gua tilik dia punya status pat lima puloh kali. MENCARI CINTA SEJATI.  Dia tengah mencari la tu kan?


Gua penuh yakin, menaip dengan berhati-hati, satu persatu perkataan. Gua yakin gua punya cadangan agak bernas dan memberangsangkan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Lu try cari kat google. Gua tengok banyak je cinta sejati kat sana. Senang je. Sape cakap susah?"




nota: Gua harap member gua tak sumpah gua jadi ninja turtle kale pink.


20 Perkara Buat Lu (Lelaki) Dari Gua (Girl).

Khas buat lu lu dan lu yang dalam hati cuma ada taman memorial, bukan taman bunga. Diolah ke versi bahasa melayu tanpa daftaran copyright.



Sajak ini bertajuk, Buat Lu Dari Gua.


#1 Bila lu sakitkan hati gua: Lu memang kejam. Gua pasti balas satu hari nanti. Wait aaa.

#2 Bila gua rindu lu: Gua call tu jawab la!! Agak-agak r nak pupuk rasa rindu pon.

#3 Bila gua kata lu dan gua dah takde pape: Gua acah je nak kasi perut lu kecut. Lu mesti cuak sambil nyanyi lagu cintaku putus di tengah malam. Kan?

#4 Bila gua blah tiba-tiba dengan rasa marah: Lu jangan nak menempik melolong panggil gua pulak. Nanti semua orang tengok, gua jugak hilang jelita. Lagi betambah marah gua karang.

#5 Bila gua ushar tajam bibir lu: Tu bukan bemaksud gua nak cium lu. Lu makan gelojoh! Ada nasi parking kat bibir lu! Macam budak-budak!

#6 Bila gua pukul lu: Tak payah nak mengerang sakit. Tangan gua berapa gram je kalo nak compare dengan otot lu yang bertan-tan metrik! Tak kacak langsung mengerang sakit kena pukul dengan gefren!

#7 Bila gua dah sumpah seranah lu: Better lu ngaku je silap lu dari gua sumpah yang teruk-teruk seperti menjadi seekor gagak hitam dan sebagainya.

#8 Bila gua buat taktau dekat lu: Tu memang gua nak balas dendam. Apa lu ingat lu je boleh ignore gua? Mana keadilan sejagat? Gua pon bole buat-buat tido dan buat-buat tak dengar henpon gua bunyi.

#9 Bila penampilan gua teruk gila: Tak payah lu nak komplen baju gua pesen baju tido zaman anita serawak ke hape. Bagi gua sepersalinan lengkap. Gua mesti jelita kembali punya.

#10 Bila lu nampak gua nangis: Jangan dok ugut-ugut gua time ni dengan ayat skema lu tu, "lu nangis, gua tinggal lu kat sini. balik jalan kaki". Tu memang mendorong gua sumpah lu jadi burung kasawari la!

#11 Bila lu nampak gua bejalan: Lu jangan press minyak tak hengat sampai gua makan asap. At least bagi salam. Ajak gua tumpang lu.

#12 Bila gua curi jaket kesayangan lu: Jangan lu mengamok tak tentu pasal. Gua bukan nak pegi jual kat bundle pon! Gua nak spray minyak wangi sket je pon. Busuk!


#13 Bila gua geletek lu: Tak payahla nak tahan napas sampai bekerut-kerut urat sebab nak kawal maco. Gua bukan nak siksa deria geli lu.


#14 Bila gua tak jawab call lu: Tak payahla membazir minyak kenderaan lu datang ketuk pintu rumah gua. Memang la gua bangun tido tengahari setiap hari. 


#15 Bila gua pandang lu kecik besar kecik besar de: Gua tak pakai lense. Spek gua patah. Gua nak cek ada najis mata tak kat mata lu. Tu je pon. 


#16 Bila gua cakap gua suka lu: Lu jangan tukar telinga lu jadi spisis badak. Lu ingat ada siaran ulangan ke bila menyentuh hal hati dan perasaan?


#17 Bila gua kasitau lu rahsia: Jangan pulak lu balik rumah gebang satu rumah dua tingkat lu tu. Kalo macam tu, baik gua pasang speaker je. Gua buat pengumuman direct dari rumah gua terus ke rumah lu. Senang. 


#18 Bila lu puji gua konon gua cantik dan jelita dan gojes: Lu memang nak makan pelempang gua. Cerita lu pasal liyana jasmay hot dan seksi dengan skinny leg dia tu macam mana pulak??

#19 Bila gua kata gua sakit: Jangan pulak lu jawab lu pon sakit kepala dan sakit bontot sebab sembelit beberapa jam yang lalu. 


#20 Bila lu baca ni: Gua harap lu tak mengamok dan hantar mesej berintonasi merajuk seperti; "sampai hati lu buat entri macam tu. kecik hati gua tau!"




nota: pengarang memohon maaf atas bahasa kebangsaan yang bersifat 1Malaysia.  






Sekian,
Jelinajoli,
Holiwud


Senior dan Lelaki

Tadi gua pegi bodigadkan Pitt. Ada program jabatan dia kat fakulti. Gua folo je. Orang demam perlu banyak jalan. Baru keluar peluh. Lagipon gua tak pecaya sangat kalo kes-kes macam ni. Kang ada pulak kata Pitt single. Masa pitt jalan-jalan dengan gua pon, ada lagi pompuan nak pegang-pegang lengan dia, apa lagi kalo gua takde kan?

Ada konset wondergirl tak betauliah. Gua rasa terhibur gila bila wonderman yang menari. Dia gelek kalah mas idayu. Gua syak dia ada menuntut dengan m.daud kilau. Tu yang lain macam je cara dia goyang bumper. Gua gelak tebahak-bahak tanpa rasa segan dan malu. Kesian budak-budak baru ni. Kes kena induction dari senior. Gua tak suka kes-kes anaya macam ni. Simpati gua meluap-luap macam lava gunung berapi. Pato gua pon poyo je dok bagi arahan. Gua rasa nak bagi lempang je sedas dua. Bebudak ni bukan suka senior yg lagak diktator. Contoh terbaik, junior macam gua la. Hikhik.

Gua memula masuk uni dah kena panjat pagar kolej sebab lewat balik. Ni kes induction la. Kekonon nak kenal-kenal junior. Pegi mampos la! Dahla gua orang petama kena keluar depan present pasal diri gua. Masa tu gua tak kenal sape Bredpit. Memang gua tak ushar dia pon. Time tu kat leher gua ada earphone. Gua layan lagu masa bosan. Tu yang gua sangkut earphone setiap masa. Nampak la sikit macam doctor sangkut stetoskop kan?

Lepas tu si senior ni, gua ingat lagi nama dia. Faiz latif. Dia suruh gua nyanyi sebab gua kata gua suka dengar radio. Ada patut suruh gua nyanyi. Taktau ke suara gua aurat?? Memang mendorong hati gua mengutuk dia la. Orang lain tesengih-sengih gelak.

Tu belom lagi senior-senior ni komplen bedak orang lebih tebal la, pendek la. Macam la diorang bagus sangat. Gua memang menyampah kes macam ni. Gua boleh je nak gurau-gurau. Tapi kalo pesen nak mengutuk orang, gua memang prefer angkat kaki kasi sepenerajang dua kat muka. Ingat hebat sangat ke jadi senior yang kutuk junior depan orang ramai?

Lagi satu, senior laki ni memang pesen bagus macam mana pon, kalo dah laki, laki jugak. Masuk studio konon-konon nak tengok junior buat kerja. Tapi macam haram bila pokus tang budak cun je. Memang gua sumpah seranah jugak la. Gua memang anti laki pesen ni. Macam depa tu hensem sangat. Inul Darastita pon tak bekenan tau! Gua tau la muka gua memang takde ciri-ciri jelita. Tapi yang semua segerombolan pi tuju tang budak cun saja konon-konon nak menolong apa cerita?? Lu ingat dia lawa, dia bengap ke tak reti buat kerja sampai semua nak pi tanya? Lu ingat gua kurang jelita, gua jinies gila la nak siapkan kerja? Stupid man! Agak-agak la kalo dah meleleh air hidung syok kat pompuan lawa pon, jangan nak obvious sangat sampai gua rasa nak bagi sidekick. [kes macam ni dari zaman skola lagi gua dah perasan]


Ah, gua emo tiba-tiba. Maaf. Gua bukan boleh recall kes-kes kemalangan macam ni. Gua terbakar!


Gua benci buli-buli. Gua benci laki yang diskriminasi gadis kurang jelita macam gua!



ps: harapnya takde lagi ano yang hot dengan entri gua dan cakap gua bajet hebat.

Thursday, January 21, 2010

Anak Ikan Pitt

Tadi Ika tanya gua pasal kesihatan anak-anak tiri gua. Ala, yang 10 beradik baru lahir semalam tuh. Gua dah suruh Pitt bagi nama. Isi borang surat beranak. Dia kata mak ikan tu beranak keluar 10 ekor. So, gua rasa dia wajib pegi daftar surat beranak budak-budak tu. Kot dia bertelur, barula tak wajib kan? Gila apa nak ada surat bertelur.

Semalam selepas beberapa jam adik beradik tu lahir, memang jelas terserlah la betapa gembiranya pato gua. Lebih eksaited dari dengar cerita gua beli kereta baru. Tak sudah-sudah cerita anak-anak ikan tu. Sayang sungguh! Lu orang yang baca pon entri gua before ni pon mesti tau tahap hepi dia tu macam mana kan. Dah serupa orang tak penah jumpa ikan.

Pagi-pagi buta semalam adala gua borak-borak secara maya dengan Pitt. Gua tanya kabar anak-anak tiri gua. Dengan nada sayu dan hiba, Pitt bagitau 3 ekor dah mati. Gua rasa nak gelak. Tapi orang tengah kehilangan kan. Takkan gua nak bedekah-dekah macam tak punya perasaan. Lantas gua cuma memujuk dengan alasan-alasan versi medik tak profesional. Contoh, persaingan sengit antara adik beradik ikan tu buat 3 ekor tu lemah dan terus mati. Tak kurang juga gua bagi teori asas zarah iaitu saiz yang kecil tak memungkinkan anak-anak itu hidup lama dalam dunia yang luas ini. Nak compare dengan perut mak diorang, memang la bejuta-juta ganda saiz kebesarannya kan? Syukur Pitt paham dan pasrah terima kenyataan.

Tadi tengahari gua pegi lunch dengan Pitt. Gua lihat riak wajah dia tak seperti sorang daddy yang baru dapat anak. Masam dan mencuka. Gua tak tegur apa-apa la. Kang silap tanya soalan, lain pulak jadinya. Mood lelaki bila tengah bulan bukan boleh dijangka dengan tepat. So gua biarkan persoalan gua merewang-rewang dalam kepala otak gua saja. 

Dah lama lepas tu, baru dia bukak mulut untuk becerita. Tadi dia bukak untuk makan saja. Jelas, dia memang fokus ketika makan walau gua tak tau hati dia tengah hiba sangat. Dia susun pekataan cantik-cantik. Sambil telan air liur dua tiga kali. Kering tekak barangkali.

"Ikan semua dah mati. Taktau pegi mana. Hilang!"


Gua lagi sekali tepaksa tahan rasa nak gelak. Baru semalam gua plan nak culik anak-anak tiri gua tu. Belom sempat gua susun plan, dah hilang budak-budak tu. Gua pon bagi sebab yang paling munasabah untuk kes kehilangan mengejut bayi-bayi ikan tesebut.

Gua tanya dia;
"Lu penah main insane aquarium??"

Pitt jawab dalam nada lemah;
"Penah"

Gua membalas penuh yakin,
"Itu lah yang jadi kat anak-anak lu. Mak diorang yang makan diorang. Sape suruh lu tak stanby makanan yang cukup buat ibu ikan yang dalam pantang. Kan dia dah meroyan telan anak sendiri. Ikan besar mesti makan ikan kecik. Sebab tu lu kena asingkan anak-anak ikan dari ibu dia. Binatang dalam pantang ni memang kita taktau sifat kebinatangan dia kat level berapa."

Pitt diam sambil berfikir, berkerut-kerut kening dia nak memikir hujahan balas;
"Mak ikan tu bukan macam tu! Memang anak-anak ikan tu hilang tiba-tiba. Gua dah cuci akuarium tu. Memang tak jumpa sekor pon! Lu memang suka fitnah ikan gua!"


Gua terus ambil tindakan drastik mendiamkan diri. 
Gua ingat ibu ikan tu yang meroyan, rupanya bapaknya lagi tak boleh terima hakikat. 
Sesapa yang jumpa anak-anak tiri gua, sila pulangkan. 

Reject Shop

Tadi lepas makan gua pegi jalan-jalan kat plaza shah alam. Saja nak masuk Guardian kat situ. Lip balm gua dah abis. Adala ofer 15%. Pastu gua test lipstik free kat situ. Huh, tak mengancam! Bibir gua dah la pesen tebal lain macam. Kalo letak lipstik, lagi lain macam gua rasa. Pato gelak bedekah-dekah. Gila apa. Bibir gua memang  style lagu ni. Sexy bak kata orang arab. Sebab tu gua prefer lip balm. Tak plastik sangat! Bibir gua pon takde la nampak kembang semacam. [bayangkan bibir kena gigit nyamuk. Ha. Lagu tu la bibir gua secara normalnya.]

Gua jalan-jalan masuk reject shop. Lawa-lawa jugak blouse kat situ. Boleh la gua terjah nanti bila gua dah besedia masuk ke alam wanita begaya style rozita che wan. Time tu, memang bulu mata palsu pon gua nak borong pukal kat hot market Plaza Alam Sentral. Gua jugak sedang menimbang-nimbang untuk mengorder beberapa set kanta lekap kaleful dari England Optical. Mungkin gua dapat diskaun lebih kot. Masa tu spek plastik gua ni memang gua wakafkan kat arkib negara la. Yela. Gua pon dah tak larat nak besabar dengan kerenah spek ni yang tiap-tiap minggu nak patah. Gua tehantuk dinding pon nak patah. Gua tehempas pon nak patah. Manja gila. Tau la gua tak mampu nak beli baru lagi. Tapi tak payahla dia dok perli gua dengan cara patah selalu. Habisla duit gua beli gam gajah nak lekatkan balik tangkai dia.
 
Lu olang, 
Gua ada satu hot news nak kasitau.
Lately gua memang asyik tangkap layan je dengan lagu zaman 80-an, 90-an. Lagu yang pesen slow tutur katanya sampai boleh salin lirik sebijik-sebijik. Gua memang tebuai-buai je bila layan lagu macam ni. Gua nak kongsi dengan semua orang yang gua minat lagu jiwang. Tapi gua malu nanti orang kata gua spisis kolot layan lagu leleh. Diorang taktau ke lagu awie pon zaman tu jugak? Gua layan oo lagu tragedi oktober dan bara. Terus gua terkenang zaman pecintaan gua dengan pak pandir. Ah, nostalgia... Kekasihku dirampas mak andih. T_T

Gua Maafkan

Harini gua nak cerita kes zaman uni gua yang spoil gila.
Dahla gua kena tukar kos sebab result matrik gua macam tengkorak bernyawa. Takpela. Sekurang-kurangnya takde la gua bekapel dengan budak satu kelas. Kalau tak, mau hari-hari gua tangkap angau dalam kelas. Masa gua syok kat pitt dulu pon gua dah ambik port paling clear nak skodeng dia dalam kelas. PM Wan yang dok berbumbangbumbang cerita pasal teori planning, gua bole layan ushar pitt yang masa tu sibuk nak ushar member baik gua time tu. Pehh. Berasap hidung gua time tu tahan jeles!
Lepas gua kena tukar kos, gua jadi jakun gila sebab gua masuk lambat sebulan.
Festaim masuk kelas, bebudak pandang gua kecik besar kecik besar je... 
Nasib baik gua punya roommate sama kos. Ada jugak member. Tapi dia layan gua macam nak tak nak je.
Ah, gua memang bukan jenis kisah kalo orang malas kisah hal gua.

Sepanjang 1 sem gua dalam kos tu, gua pelik. Semua orang pandang gua pelik.
Pelik macam gua ni spisis gorila masuk uni.
Kawan-kawan gua boleh kira dengan jari tangan je. Tak perlu jari kaki.
Memang gila pelik lah. Gua ni ramah tamah jugak. Jenis tak malu pon ya jugak.
Sampai bila ada grouping, takde orang nak buat gua jadi groupmate.
Sudahnya, gua miss satu projek yang carry mark dia gila punya banyak.

Dahla ada 1 subjek gua kena ambik gambar pokok-pokok bunga buat album. Subjek tu takde final exam. Semua markah ikut esaimen je. Album tu tinggi jugak markahnya.
Gua tau pasal benda tu last minute.
Dahla gua jenis tak minat pokok-pokok dan bunga-bunga nih. Lagi la gua tak ambik port.
Roomate gua pulak memang buat tak peduli je bila gua tanya.
Terus gua malas nak ambik peduli pasal benda tu.
Las-las gua ambik keputusan repeat paper tu. Mana sempat dah gua nak cari bahan!
Gua rasa tu keputusan paling bijak gua penah buat.
Bila cek semula markah untuk subjek tu, gua dapat kosong.
Padahal gua ada je hantar esaimen yang beberapa kerat tuh.
Lantaklah. Gua memang dah azam nak repeat paper tu pon. Gua dah tak peduli sangat dah.
Sampaila gua masuk part 02.
Member baik gua cerita kat gua. Ada orang kasi repot sama lecturer sabjek tu, gua copypaste esaimen dia masa part 01.
Patutla gua punya carrymark zero.
Memangla gua ada refer esaimen dia sebab dia lagi senior dari gua. Yela. Gua kan masuk lewat sebulan dari orang lain. Confirmla ilmu gua pon kurang sebulan jugak.
Tapi gua rasa gua takde la sangap sangat nak curi bulat-bulat. Esaimen tu dalam english. Kalo gua tiru bulat-bulat, sia-sia la gua ambik muet sampai dua kali. Rugi la SPM gua dapat A1.
Gua refer je sebab gua memang tak kenal pokok!

Sebab cerita gua copypaste tu la, orang semua pandang gua sinis gila. Nak buat group member pon tak berani.
Masa tu la gua rasa pedih gila bila gua pecaya kau-kau kat roommate gua tuh. Tapi rupanya ada cerita tak baek pasal gua disebarkan sampai ke mulut lecturer.
The whole semester gua masa part 01, memang gua tak tau apa-apa. 
Masa tu result gua 2.75. Result yang memang tahap bodoh gila bagi budak jinies macam gua. Memang affect the whole CGPA gua la. Tiap-tiap sem memang gua kena pulun gila-gila sebab nak bagi cantik CGPA bila grad. Las-las bole la gua bolot 3.47. Gua kecewa. Tapi apa boleh buat. Stating gua lembab. Banyak gua kena kejar kalau nak cecah 3.5. Tapi gua besyukur la.

Alhamdulillah, gua dikurniakan otak yang cepat pikap. So, ada la rezeki gua dapat dean list untuk beberapa sem. Masa tu ada jugak riak tekejut kat beberapa orang. Ah, gua dah tak peduli time ni. Gua bukan bengap sangat pon.
Gua besyukur jugak sebab gua boleh present depan kelas walau kekadang presentation gua beterabo jugak. At least orang tau gua bole bediri atas kaki gua sendiri.

Walaupon orang pandang gua sinis gila buat beberapa sem kat uni, tapi gua still bole grad and gua bole buktikan gua tak macam yang orang lain pikirkan.
Biasalah, first impression tu memainkan peranan yang penting. Reputasi gua awal-awal lagi dah rosak. Sampai sudahla gua tak penah pegang jawatan apa-apa dalam kelas. Sekarang gua dah jadi jelina joli, so gua dah tak ambik port kegagalan gua dalam pilihanraya kelas.

Gua buat esaimen, gua memang elakkan salin sebijik-bijik dari reference gua. Even pato gua punya esaimen pon gua cek. Gua marah dia kalau ada ayat yang cenderung ke arah copy paste. Gua serik dituduh copy kerja orang.


Until now orang tu takde mintak maaf kat gua. Tapi gua dah maafkan.


To pato gua, sara, piza, gua memang beterima kasih sangat-sangat [gua nangis nih]. Korang la yang selalu sapot gua. Tq pato sebab selalu bawak gua lari bila gua tensen. Tq sara sebab kutip gua join group art & design dan yakinkan diaorang yg gua boleh buat kerja. To syahid n the gang, tq jemput gua join group boys over flower site planning lu orang. Kalo tak, memang gua fail lagi 2 subjek.



Gua cerita ni bukan nak mintak simpati. Apa lagi nak mengungkit. Tapi sebagai manusia, apa-apa cerita pon, biar la dapat kesahihan dulu. Baru pecaya. Benda bukan remeh. Benda bekait masa depan orang. Jangan nak memandai-mandai gebang satu dunia. Memang reputasi gua hancur kaw-kaw. Sampai pato gua marah gua gila-gila sebab ada orang tanya dia pasal cerita copypaste tu. Syukur dia paham. Bayangkanla, pato gua bukan 1 kos dengan gua. Cerita tersebar sampai ke kos lain. Dan yang bertanya pato gua tu pulak budak kos lain! Masa tu gua bukan artis lagi. Tapi pablisiti gua dapat gila punya banyak. TQ la.

Gua cuma pelik, kenapa manusia kalo kes-kes macam ni laju je dia nak kecoh. Apasal tak tanya kat tuan punya badan?
Gua memang suka bagi orang puas hati.
So, gua tak hantar esaimen gua sampai abis sem. Gua tak hantar projek. Gua tak attend test. Gua rasa tu dah cukup bagus untuk gua bagi orang puas hati.Gua pon taknak nanti bila gua lulus, ada lagi repot ke lecturer yang bukan-bukan pasal gua.


Benda ni dah 4 tahun belalu. Tapi gua harap, takkan berulang kat orang lain lagi.
Gua tak anggap ni fitnah, tapi gua rasa benda ni hampir-hampir rosakkan masa depan gua.

Kepada pembuat cerita, gua terima kasih banyak-banyak kat lu/lu orang sebab dengan cerita ni la gua dapat kawan baik.
Kepada penyebar cerita, next time if ada lagi cerita macam ni, better dapatkan kepastian. Tuduhan bukan kenyataan. So, jangan mudah pecaya untuk disebarkan. Not good.
Kepada pembaca sekalian; maaf gua cerita hal ni. Gua cuma rasa nak bekongsi. Mungkin boleh bagi pengajaran.




Wednesday, January 20, 2010

Kisah Ikan Yang Tak Seberapa

Gua sekarang tengah panas hati. Tengah tahan marah. Gua taktau nak hentam sapa.
Mungkin sebab suhu badan gua yang agak panas diserang demam biasa-biasa.


Gua rasa nak marah je skarang. Nak marah sapa pon tak tau.
Gua nak borak, sape pon takdak.
Pato gua? Dia lebih seronok main dengan ikan dia yang baru beranak tadi.
Kalo macam tu, baik dia becinta dengan ikan je. Tak payah dah gua susah payah nak beratkan hati gua isi nama dia. Bukan senang nak ke hulu ke hilir dengan nama dia dalam hati gua.
Semalam pegi timbang berat pon, dah 66kg.
Memang la naik mendadak. Pitt letak sebelah kaki dia atas misin penimbang. Memang la melampau-lampau berat si keding macam gua ni.
Tu baru kaki dia. Dah lebih 20kg berat gua.
Dia belom lagi kira berat nama dia dalam hati gua. Mau tujuh lapan puluh paun jugak.
Dia tak sedar tu.


Dok seronok dengan ikan dia yang sampai sekarang nak sebut mommy pon tegagap-gagap. Gua syak ikan tu kena penyakit susah pronoun pekataan la.
Punya la tangkap cintan dia dengan ikan tu, sampai ikan beranak pon post kat fesbuk.
Kalo gua yang beranak? Nak post kad tahniah pon belom tentu sudi.
Tu la. Lelaki.
Gua bukan nak cop semua laki sama. Nanti ada pulak anonimus datang komen konon gua poyo lebih. 
Tapi kalau dah nama pon laki, mesti la jantinanya sama. Kan?
Kalo sayang moto, berabih beribu hengget kat moto pon takde masalah. Janji tiptop katanya. Tapi kalo gefren? Dia komen sana sini tak kena. Seluar gedabak macam plasitk sampah la, baju macam baju sukan sekolah rendah la., kasut macam terompah nyonya la.. Tapi nak tolong belikan? Berat ke arah mintak maki je. Komplen boleh. Nak belikan, tunggu bila seru tiba. Alasan!


Sama la macam kes pato gua ni. Ikan beranak punya la eksaited. Dia lupa kot gua demam. Kalo suhu ikan bole sukat, gua syak dia mesti beli termometer test suhu ikan dia tiap-tiap pagi dan malam. Menjamin kesihatan yang walafiat kononnya.
Tu belom kira lagi ada anjing nak kejar gua masa tengah jalan-jalan. Berani gua nak tarik baju dia? Mau dia kasi gua ceramah free dua tiga jam. Baju kembang katanya. Rosak baju!
Dah dah. Gua cuma marah dengan ikan dia je. Beranak 10 ekor. Gebang satu dunia.
Kot gua kawen dengan dia nanti, kalau gua beranak dia tak gebang macam ni, memang gua kasi dia lempang pat lima puluh round.




pesanan buat pitt gua:
lu jangan marah-marah. Nati gua takmau promo filem tebaru lu dalam belog gua. Anak ikan dari pekongsian hidup lu dengan mak dorang tu pon gua culik skali. Ada bran??

Sekian,
Gua.
Bersiaran langsung dari hospital sakit jiwa,
tanjung rambutan


nota: ni entri berbaur peribadi. sila jangan baca kalo rasa lu bakal bosan atau cop gua poyo cerita pasal kekasih 4 5 jela. sekian.




Anti Perokok

Tadi siang gua makan nasi kat kedai kat ruby. Ah, bukan kak lagi dah. Gua panggil makcik saja. Mak gua yang lagi muda pon gua panggil MAK, bukan KAK.

Gua makan la penuh sopan santun sebab tekak gua pedih-pedih, tanda nak demam. Dahla nasi tu lauk sadin dia pedas gila. Kenala gua kawal ayu takut nanti tesedak dan tebahak-bahak. Buatnya nanti tesedak pastu cili masuk ke hidung, mau azab gua nanti. 

Pato gua makan style orang korporat. Belom air sampai dia dah bantai setengah pinggan. Memang ramai laki jenis macam ni. Tak menyempat-nyempat. Pastu bila tercekik, dia marah tokey air sebab lambat hantar air. Ish, tak belajar etika sabar betol! 

Tengah gua kusyuk makan sambil kawal ayu depan pato gua, ada mamat meja sebelah yang slanga kelantan dok bakar-bakar rokok. Dahla sebelum gua makan ada makluk perosak mana tah bakar mercun. Mau melatah kak ruby time tuh. Astaghfirullah. Gua makan sambil menhidu bau nasi lauk sadin gua yang agak heaven. Sekali gua rasa hidung senak. Lu tau la orang nak demam ni tekak pesen sensitif tak hengat tehadap alam sekitar. Rasa kering je tekak gua. Hilang rasa sadin. Datang pulak rasa karbon monoksida, ammonia, naphtalene, polonium-201, hydrogen cyanide dan sebagainya. Masa tu gua dah hangin. Gua bagi isyarat tangan halau asap-asap rokok diorang. Tapi tak jalan. Lagi bekepul-kepul karbon monoksida datang kat gua ada la. Memang buta gamaknya makluk perosak ni. Terus gua berenti makan. Gua irup air slow-slow. Tenangkan perasaan. Kalo ikutkan hati, memang gua nak je bangun kasi lempang sekor-sekor. Tapi gua risau batal pulak air semayang gua. 

Terus gua batalkan niat sambil terus menghirup teh o ais yang masih bersisa.
Esok kalo gua jumpa lagi mamat-mamat yang merokok tak ingat orang sebelah, memang gua bakar baju sekor-sekor. Biar diorang pulak rasa azab menghidu asap hasil bakaran orang lain.

Sekian.

To penghisap rokok, watch out man!


Tuesday, January 19, 2010

Tetamu Kalo Biadap, Memang Mintak Lempang Gua La

Gua layan semua yang jenguk blog gua, macam bidadari dari kayangan. Gua terima kasih banyak-banyak ada jugak orang jengah blog gua, even tak tinggal komen. Gua tau keybod lu orang rosak. Bole skrol up skrol down dengan mouse je. Takpe. Gua hargai jugak. Takde masalah.

Tapi gua sangat hangin bila ada manusia datang blog gua tapi bikin gua panas. Siap ajak gua menembak kepala memasing dengan m16. Gua tau la zaman gua plkn dulu tak main senapang canggih tu. Gua pakai tombak je buat perisai. Tapi janganla lu perasan lu hebat sangat.




Lu nak sentap apa pasal? Gua compare kem tu dengan kem gua. Biasalah. Kem gua kem baru. Pokok pon tak sempat tumbuh lagi. Tak payahla lu nak poyo walaupon lu ketua platun. Lu bangga dengan kem lu. Gua bangga dengan kem gua. Dan lagi satu. Normal ar orang komplen drama melayu. Lu ingat lu ketua platun, surat dari plkn special ke? Lu ingat surat lu dengan surat gua dapat berbeza ke? Helo bai, time cerita tu tayang, adik gua pon kat kem jugak. Dia tak sentap pon. Lu apahal nak cari gado??



Gua bajet lu direktor tu kot. Aiseyh. Lu patut bangga gua layan drama kem lu. Bukan kasi gua panas dengan komen pengecut lu. Apahal letak anonymus? Tak maco langsung!



nota: Gua tau lu taraf adik dengan gua. So kalo nak sentap pon, jangan kurang ajar. Lu saja tempah gua maki hamun kat blog gua yang innocent nih! huh!



sori. gua emo!sape tak emo kalo ano komen lu macam blog lu macam blog cap blog gosip murahan!

Monday, January 18, 2010

Tiada Hala Tuju

Gua harini, bangun tido, brekfas dengan facebook kat kafe world gua. Makan crab panggang dengan susu lembu new zealand 'o' tarik sampai naik buih-buih cinta. Tak main la nasik lemak. Tak jelina joli tau!

Harini gua plan nak ke jaya jusco. Gua still panggil AEON tuh JJ. Amacam? Ada ciri-ciri klasik tak? Barulah nampak kecenderungan gua untuk memajukan industri warisan negara. Kalau boleh semua panggung wayang kat Malaysia ni gua nak tukar versi wayang pacak je. Takpon, kalau nak yang pesen pandang ke timur, gua nak buat wayang style cerita korea yang gua tengok minggu lepas. Tengok wayang dalam kereta. Skrin degedabak kat depan. Perhh.. Kalo macam ni, nak melantak nasi lemak 10 bungkus sambil layan movie pon takde macha nak halau. Gua punya kereta. Gua punya pasal la. Nanti gua hantar la dry cleaning kereta kalo nasi tumpah style melekat kering atas karpet.

Dahla. Gua nak berenti rehat membebel kejap. Pit tanya gua, nak nasi ke tak. Ada nasik lebih katanya. Balance jamuan jabatan kerja raya dia. Apa dia ingat gua ayam ke makan nasik lebih? Kalau gua ayam pon, gua ayam parsi. At least nasik gua mesti beras taj mahal. Barulah gua berubah jadi lebih romantik dan kaya raya.


Sekian, gua belom mandi. Hahahaha!
Jangan risau. Blog ni gua dah sembur spray ridsect awal-awal.