1- Rakyat mesia makin kaya, termasuk gua yang hari-hari mengira wang. Takut hujung bulan terpaksa bungkus baju-baju jual secara bundle di pasar-pasar gelap. Barang kemas pon gua tak pakai. Takut kena ragut di tengah jalan. Itu akibat peragut-peragut tamak sebab sudah terlalu kaya dan mau kaya lagi. Ya, rakyat mesia MAKIN KAYA. Lu olang pon tau kan? Mak bapak gua bisnesman. Mentua gua pon bisnesman. Kerja sendiri. Untung 800 kali ganda. Itu semua orang tau. Lu olang pon kaya raya jugak. Setahun sekali nak brekfas kat hotel pon belum tentu, apatah lagi nak pekena candle light dinner. Itu harus kena tidur dulu lalu merasa dalam mimpi!
2- Emosi gua high lain macam. Minyak naik. Air naik [SYABAS buat SYABAS untuk plan menarik dan pintar ini]. Darah naik. Lepas tu kena admit hospital. Bayar bil hospital. Expenses gua naik lagi! Ya, gua rakyat marhaen yang kaya. Lu olang pon marhaen dan kaya jugak kan?
3- Hari-hari pi kerja merempit. Awek-awek macam gua menunggang yamaha zr dengan speed 100km/j, kadang-kadang dalam lalok tidur yang masih bersisa di federal highway tu kadang-kadang terjun lubang jugak! Bukan gua tak hati-hati. Tapi lu ingat pi kerja tu macam pi bersiar-siar menaiki kereta dipandu dreba?? Bawak 40km/j sambil edjas handle takmau bagi masuk lubang? Wey! Nak elak kejadah apa kalau gua elak lubang, motor dari belakang hentam motor gua! Nak tak nak, kena jugak hentam lubang tuh! Jalan raya memang BAGUS GILA! Lubang sana sini. Motor baru keluar kedai tak sampai sebulan dah barai tertanggal skru! Nama saja naik motor, tapi feel macam prektis tunggang kuda! Gua syak bulan depan kena masuk workshop lagi motor tuh. Expenses menaik lagi. Takpa. Gua KAYA!
4- Tiap-tiap bulan gaji masuk akaun, gua langkahkan kaki ke kedai kereta. Proton. Produa. Nak masuk honda, toyota, gaji gua berkepuk sangat! Gua masuk tiap-tiap bulan. Bajet nak membeli. Tapi hell gua rasa kalau kereta paling murah pon gua kena hitung banyak kali takut tune akaun lari. Kereta nasional rega mengalahkan kereta import memang gua panas hati! Apajadah persona mahal berganda dari forte dan city! [gua kira rega asal kereta import kat negara depa la]. Lu tengok remaja-remaja seusia gua, yang kerja penuh semangat, last-last sambar viva jugak walaupon zaman sekolah rendah dulu tulis dalam biodata masing-masing ; KERETA IDAMAN: FERRARI! Dah itu je yang si KAYA mampu beli. Apa boleh buat??!
5-Belum lagi kira public transport. Konon kurangkan jemmm! Oh, lagi jemm otak gua layan komuter ulang alik kerja. Slow serupa naik keretapi zoo bersiar-siar dalam zoo negara! Belum lagi kira jadual perjalanan selang 30minit [abaikan tren shuttle yg memilih destinasi]. Dalam 30minit tu, orang yang menunggu next train dah boleh penuhkan 1 gerabak! LRT plak, kalau agak diri demam ke senggugut ke, gua lebih rela ambik MC. Komfem di pertengahan gua pengsan bersesak campo kena berdiri sepanjang jalan! Naik rapidKL plak, sama je jemm kat Federal highway tu. Baik gua drive kereta sendiri. At lis kereta gua tak payah berenti tiap kali orang tekan loceng. At lis gua boleh berenti betul-betul depan kondo gua. Kan??
6- Cerita pasal gaji, walau kerja gua ni macam neraka, tapi gua bertahan sebab gaji ok sikit. Nak pindah kerja, try ushar iklan sana sini, offer gaji basic rm1.7k?? Wey! Nak bayar PTPTN pon letih menghitung! Pastu bising student tak bayar balik pinjaman. Nak bayar pakai apa! Kertas A4?? Nak simpan dalam bank pon tak mampu! Bagi mak bapak lagi. Nak sara minyak yang naik lain macam lagi. Makan pon mahal. Sapa yang gaji basic bole dapat RM2.5k with no experience, lu memang hebat! Gua doakan kampeni tu kaya sentiasa.
Now minyak plak naik. Air pon nak naik. Gula naik. Gua punya gaji tahap tu jugak. Liat bebeno nak naik. Gua tengah kumpul duit cantik-cantik. Bulan depan gua nak naik tongkang balik Indonesia. Dah kecewa sangat dah duduk Malaysia ni.
p.s: Ingat! Gua dah ada lesen mengundi. Jangan tekejut kalau result next PRU lain macam. Gua tak mengugut. Gua cuma meluahkan perasaan seorang remaja yg dah kerja setahun lebih tapi nak mengumpul aset susah yang hamat!!!
nota: sori entri panjang macam gerabak ekspress sendumalam. gua emo sangat2 skang. gua rasa lu olang pon feel benda yang sama. dah serupa duduk di negara asing kerja cuci jamban!

20 000 000 vote Jelina utk ABPH 2010:
cian kat lu kan.. waa cadangkan lu bhenti keja n jadi full tyme blogger.. lu takyah risau ag pasal minyak.. lu juz on9 jer 24jam.. haha
lu punye kes sama ngn kes gua...gua pun ada rasa nak g bukak bundle jual segala baju yg ade...gua nye hdp paras hdg je every month... heh, kalau basic 1.7 k tu kira orait la weh. aku ni 1.5 je basic..ckp2 mkn gua...awl bln ke..hjg bln ke..megi ttp pojaan hati.. hahaha
kahwin ngn datuk weh..lebih dr 5k.hakhakhak
wa basic rm500 je weyh, tapi wa dapat makan kat hotel tiap2 hari! kehkehkeh. lu jgn jeles ok?
hohohohohohooh!!!! biasa der..sume perlu duit der skang...
hahaha !! aku like namblas juta kali !! woot !! woot !!
p/s: gua pun kaya macam lu jolie.. jom duk afrika ar..
kalau gaji naik barang2 lain opkos la naik harga.serupa x payah naik gaji jgk.kheeennn
gua akan cuba m'kaya kan diri gua~
gua akan makan roti dan kaya tiap2 hari..
angan2 gua? gua mau kaya!
iya! kaya!!
kaya!! heh!
Jangan sedey-sedey ek...ramai lagi yang senasib dgn kita kat Malaysia ni. huhuhu..Umpama mentimum, menggelek susah, digelek lagi susah..(eh betulke peribahasa mcm ni)...what ever!!
gua rasa nak nangis baca entry lu ni.musti lu tulis sambil berjurai air mata dan perasaan tak puas hati kan.
gua ada kabel klu lu nak pindah lombok.dengar kata ada qariah malaysia sume jadi jutawan duduk sana.
umah aku ada mesin fotostat...
jom fotostat duit, boleh beli lamboghini sjibik..
(pang kena lempang!!)
hi 10!
ngeri ar nak keje camni..er,ada mana-mana dato' cari wife baru tak?
Jelina, meyh gua syorkan lu masok Korek hidung dapat duit aku dah berjaya dah kat sini, skim wa bg untuk lu, skrg wa dah ad 10 bijik ferrari dah
jelina,gaji wa rm 18juta sebulan!!so,wa apa kisah minyak naik ke, ayaq naik ke,duet wa berkepuk-kepuk.cukup tahun jom kita g cek-in hotel tanjung rambutan!!makan pakai berak ditanggung beres
gaji gua dah lebih 5K...5kilo kalau syiling..xkan lu xsapai 5kilo kalau duit syiling?
gua nk tabur impian jadi menantu pak long gua.. senang hidup! bilik cousin dh jadi bilik gua..
awal muharram cmni memang elok tanam azam.. lu nk jadi madu gua?
gua tak kisah lah apa-apa nak naik, tapi kalau tambang bus naik angin gua pun naik
ah capitalist semua ni.nanti nak reformasi jangan lupa ajak aku.
Kerajaan tak menaikan harga sewenang2 nya kalo bukan kerana pasaran minyak dan global dh naik. Kerajaan juga terpaksa tarik baik subsidi kerana kalo tak tarik defisit atau hutang negara akan naik. Kalo negara berhutang lagi bahaya rakyat kena. Thats why kerajaan skrg lebih byk membuka peluang2 lain untuk baiki blk status kewangan negara. Sy rasa semua orang termasuk ketua2 negara tak mahu harga naik, tak kirala gaji besar atau kecik keperluan harian tetap sama. Kekurangan resources pun menjadi penyebab. Bukan negara kita je yg masalah tp byk negara2 besar lain mcm US dan jepun. So instead of kita tensen dgn keadaan negara lebih baik cari cara untuk tingkat kan pendapatan. Nothing is impossible if we put pur mind into it =D
Try tgk magazine personal money. very informative. Updating all sorts of info on money matters.
Just sharing my thoughts. Cheers!
Post a Comment