Monday, December 28, 2009

Awal Ashaari dan Speknya. Muahaha

Aku pakai spek. Kawan aku si malini kat belakang ni pon pakai spek. Cik Anne pon pakai spek.
Kami rabun jauh. [read; rabun jauh].
Rabun dekat tu abah dan wan aku saja dan mungkin aku juga nati bila dah berambut putih.

Aku bukan nak cerita pakai spek ni. Eh, nak cerita. Tapi mungkin esok lusa.

Harini nak berkomplen lagi pasai pemakai spek dlm drama melayu.
Korang perasan tak [bukan perasan maco dan jelita ya]. Mari kita perasankan.

Ni contoh babaknya. Contoh saja ok! Jangan plak nanti panggil aku arah drama nurkasih II.

Kekonon pelakon dia awal ashaari la. hahaha!
gua saja letak nama dia sbb mempunyai kebolehan susah nak kencing. gua sangatlah mudah kencing. kadang-kadang setiap minit! [tak tipu ni ok!].

Awal pegang watak yg pakai spek. Tataula pakai spek sbb nak bagi nampak matang ke maco kan? [jelita mungkin]. Suatu hari awal berjalan-jalan dengan scha alyahya di midvalley. Kemudian, dia terserempak fahrin membawa sebijik mishin-gan [read; machine gun] dengan muka yg sangat rimau malaya sambil menunju ke arah diorang [fahrin hensem ok! haha]. Awal tak percaya. Awal kelip kelip mata 2 3 kali. Kemudian awal rasa kabur lagi. Terus dia bukak spek dan melihat ke arah fahrin dengan perasaan sangat takut kerana itu memang sah fahrin setelah dikenalpasti dengan clear oleh matanya tanpa spek mata. [kan dia bukak spek tadi kan]

Wallaweh! bukak mata terus nampak dunia nyata tuh!! Gila apa.


Realitinya,
Orang yang rabun akan mengecikkan mata bila tak jelas penglihatannya.
Kalo mengecikkan mata sesepet-sepetnya pon stil x clear, dia akan bukak spek.
Tapi bukan bukak spek macam tu la dow.
Mestila dia bukak utk polish cermin spek sampai hilang mana-mana cop jari, maupon kabus, ataupon habuk-habuk kot kot terparking atas cermin spek, atau sisa-sisa air hujan yg menitik kena spek.
Bukan dia cabut spek dan membeliakkan mata dan terus kelihatan jelas imej di depan! [tuli namanya tuh!]
Kalo macam tu, aku pon nak spek mcm tu jugak- pakai sekejap then bila nak melihat dgn  clear, cabut spek dan buat-buat riak wajah yg terkejut dan kurang pecaya!


nak tipu pon agak-agak ar!


nota; nama watak adalah rekaan semata-mata

Thursday, December 24, 2009

Perkahwinan Impian Saya

Aku rasa skarang ni aku makin getik nak kawin. Tak sedar diri gila walau duit cuma di hujung tanduk (duit di hujung tanduk takkan pecah macam telur. tekoyak mungkin la)


Aku rasa aku dah plan untuk kenduri kawen aku nanti. Meriah kot kan. Aku kan latok. Duit mesti banyak punya. Saman orang sini sana kan? (cuba try nyanyi lagu ni, "ala ala latok. ala ala latok. jgn saman". Pemes kan aku? siap ada lagu tema lagi)

Ni la perancangan mutakhir dan muktamad aku. Sila baca dengan perasaan kagum dan jeles melampau. (kalo kamu laki, tak perlu jeles. cemburu sudah)



1- 2 tahun sebelum kawin yakni 24 bulan sebelum nikah. Tiap-tiap bulan dia mesti bank in RM1k dalam bank aku. Cukup 24 bulan, kan dah jadik RM24k. Belom kira dividen lagi kan. Bank in kat ASB la kot. Beranak banyak sket. So nanti, hari menikah, tunjuk buku akaun dah la. Ringan sket dari mengangkut frame duit, album duit bagai. Tak payah nak gulung-gulung duit buat bunga ros dah. Buku bank campo riben kat luar pon dah cun. (digit-digit dlm buku bank tu lagi cun)

2- Kenduri nanti tak payah nak betepung tawar bagai. Aku tamau tanggung dosa. Membazir ja nak campa-campak beras. Tanak buat nasi lagi bagus. Nak cari DJ tadak masalah. Tapi jangan dok pasang lagu jiwa meraung bagai. Ni kenduri kawen. Bukan kenduri cerai. Pasang lagu wonderpet pon lagi bagus. Tak telalu spesifik.

3- Sebab aku sayang sekolah aku yg makin cun akhir-akhir ni, aku nak nikah kat surau sekola. Sekola aku punya surau lagi besaq dari masjid kat platinum seksyen 7 tuh. Paking pon lagi luas kot. Ada sentimental value tak? (jangan imejin aku pakai telekung masa menikah. itu lawak bodo namanya. tak bekait dengan weddin plan aku).

4- Sebab sayang sekola aku jugak, majlis resepsi buat kat dewan sekola. Itu utk VVIP la. Nampak la klas sket. MC aku ambik ketua pelajar masa aku form 5. Mesti dia lagi jeles sebab aku dah kawen. Hahahaha! Ye ar. Dia bajet dia hensem lagi maco dan maskulin. Tapi apa kes aku yg kurang maco dan hensem dan penuh keperempuanan ni kawen dulu? Mestilah ego dia tecabar!! (aku taksuka budak tu. dia bajet dia sangat terer dari aku dari segi otak. peduli apa aku. aku memang kuat pejam mata dalam kelas.)

5- Untuk kawan-kawan pulak, aku buat jamuan kat dewan makan sekola. Makan pakai tray besi tu. Huish. Gila nostalgia! Tadak hidang-hidang maupon secara bufet. Pi beratur kat tempat ambik makanan, senduk nasi, jalan slo-slo sampai depan macik dewan makan. Hulur tray, biar dia yg sendukkan lauk. Amacam? Mesti terubat rindu zaman asrama. Nak nak pulak ikut menu hari tu. Aku kawin hari sabtu. Dewan makan punya lauk tengahari, set hari sabtu minggu ke-2 - nasi tomato, sirap dan aiskrim. Sedap apa kan?Kalo tak sedap, makanan kat kantin ada kot. Hikhik.

6- Kalo laki aku plan nak buat pekawinan dalam taman, aku guna saja la padang sekola kan? Pacak 40 kemah, ha.... bertaman la tetamu-tetamu sekalian. Kita buat sekali petandingan kawad kaki macam hari sukan tu. Lagi meriah dan menggamit kenangan kan? Acara tarik tali pon orait jugak. Muhibbah sket. Dj jemputan time tu, mestilah cikgu sabri merangkap cikgu koko sekola. Mesti dia usung hailer ke hulu ke hilir sambil pasang lagu tema kawad setiap tahun. Romantik sungguh suasana masa tu! hahahaha





nota: patutnya aku buat akad nikah dlm dewan sekola. tempat aku ambik pmr dan spm. biar laki aku plak rasa perasaan mengexam dalam dewan skola. hahahaha! sila imejin akad nikah atas kerusi. tangan kadi dan pengantin laki atas meja, ala-ala nak lawan wrestling lengan. meja tu pulak meja aku masa spm. gila ah nostalgia dan penuh cerekarama!!! tok kadi takyah pakai mic. konon-konon mic rosak. pakai hailer. amacam? mesti tak lupa dari generasi ke generasi..hahahahah



p.s: aku rasa pengapit time tu biar zaquan adha dengan ayu raudhah. baru glemer dan mengundang abg ketak ke majlis aku! michelle pon bole la. apa kau ingat nona saja ke tayang majlis kawen org perasan pemes mcm aku? melodi pon bole la!



pato, sila jgn sekeh saya. hahahahahahahaha


Penyengauwan dan Pendabeliuwan

Sila eja dan pronoun betol-betol ye anak-anak ku....

1- muhsan gilew duduk sowang-sowang
2- nantok gilew. rase mau titon jew
3- cayang cangat kat dier
4- apew citer skrunk....senyap jew..
5- menci gilew
6- cakit ati nyewwwwwww
7- sakit pewot agi

Dah. Dah. Kesian kamu nak tekial-kial biar sebutannya cukup idgham dan toma'ninah.
Aku tak larat nak pikir dah pekataan-pekataan dan ayat-ayat yang lain. Aku tak guna pekataan-pekataan ni. Kecuali aku rasa aku sangat gila nak gedik-gedik dengan pato, ada la aku guna. But then, terus muntah hijau (ok. tipu saja. ini cuma simile dan hiperbola)

Aku agak skema bila menaip. haha! Sebab aku orang penang yg bernomad ke shah alam dan bepacaran dengan org negeri sembilan yg lidah agak tumpul nak fasih loghat utara.

Aku jarang menaip macam tu. Kenapa?
Kamu mau tau tak?
Mau tau tak?
Mesti kena mau jugak. Kalo tak, harus laptop kamu kena virus kalo tak drop komen lepas ni. Atau mengelat nak mentelaah entri di subuh hening yg suci ni. Beware haa.

Kenapa saya tak suka eja pekataan-pekataan dengan tambah huruf-huruf yang menyemakkan pembacaan.

1- Aku org penang. Sekolah rendah dan menengah kat penang. Then benomad ke perak, then selangor. So lidah aku gedik nak masuk kandang kambing mengembik, kandang rimau mengaum (aku takleh sebut rimau. mesti ingat pato yg garang tahap biskut tiger tuh. hahahah). So sleng betukar jadi urban dan metropolitan. Yang sleng nya e e e e e tuh. Bukan a a a a a mcm penang. ;p Kalo nak post apa-apa, aku prefer guna ejaan yg skema seperti ini. haha! Takde la nanti member-member sekola penang dulu kutuk aku kaw-kaw kapal api bila tengok ejaan aku dah getik mcm lahir kat hospital tawakal kan. Mesti ada kata lupa diri bagai kan. Baik aku guna ejaan dewan bahasa dan pustaka. Lagi patriotik kan? Kau baca, ikut suka hati lidah kau la nak pronoun macam mana kan? kereta jadi kerete ke. kan? tepulang. Tak marah pon

2- Ejaan itu sangat immature. Cuba kamu try eja dan pronoun, baca kuat-kuat dan di depan kelas yg penuh budak darjah 1. Kamu rasa apa diorang nak komen ek? Hahaha! Agak-agak kamu nak lempang tak budak tu kalau dia kata kamu gagap sengau macam tomok zaman new boyz dulu? (la ni tomok dah tak sengau dah aih). Atau kamu nak penerajang saja budak tu kalau dia kata kamu mulut senget sana sini nak sebut JE, KE, LE? Atau kamu nak debik sedas dua kat budak tu yang tiba-tiba samakan kamu dengan adik dia yang baru belajar becakap? Atau mungkin kamu akan bom saja kelas tu bila budak-budak tu kata kamu patut masuk kelas bahasa melayu sekelas dengan diorang semula? Kalo aku la, rasa nak gores muka dan menang. Biar bedarah tak apa. Janji maco dan jelita. (OK. langsong tak bekait dengan kejelitaan)

3- Aku rasa mulut aku dah cukup terkehel sebab makan banyak. So, tak perlu kot aku nak eksesais mulut nak senget kiri kanan mulut sampai lenguh demi proses penyengauan dan pendabeliuwan pekataan. Aku taip ni pon rasa mulut aku dah senget semacam. Aiseyh. Bukan aku bukak mulut pon.



nota: kalo macam ni punya kes, aku nak pi pinang rozita che wan buat madu pon tak pas. Apa kamu ingat cik ta tu mau ka senget-senget mulut nak baca surat cinta lagu tu? Alamat ke tong sampah dan terus ke alam flora dan terus ke bukit sampah la surat cinta berpewangikan one drop perfume tuh.




iklan penaja:
Anda berselisih dengan lori sampah? Drop saja one drop perfume sebanyak one drop ke atas lori itu. Mesti wangi jadinya. One drop saja OK! Two drops bakal membawa bencana.






--entri tah apa-apa saja. mesti orang tamo komen jugak lagi. aduhai. kena tayang iklan blog kat tv3 lepas crita cinta balqis la lepas ni. baru pemes kot. hahahaahahahahaha!




Wednesday, December 23, 2009

Hari Ini 23.12.12

Kamu tau apa yg kamu tak tau tak? Mesti kamu tak tau kan?
Saya tau. Meh saya cerita.

Kamu tau apa perasaan manusia yg tak penah pegang stereng kereta dapat pegang stereng kereta?
Perasaan itu adalah perasaan teruja mau stat injen kereta dan tekan pedal minyak

Kamu tau apa perasaan orang yg dah pegang stereng kereta dan dapat cucuk kunci kereta dalam tempat kunci kereta? (ofkos la dicucuk di tempat cucuk kunci kan? takkan kat mangga pintu rumah kot)
Oh..ini perasaan bedebar-debar mau tarik gear dan rasakan penangan pecutan kereta.

Kamu tau apa rasanya bila kamu dah dapat can mau tekan minyak dan melebarkan tangan kona stereng kiri kanan macam mamak tebar roti canai? (tanpa keluarkan peluh ok!)
Woo...perasaan itu amat dasyat. Macam heaven! Itu bukan lagi waddehel. Tapi waddeheaven!

Apatah lagi bila jalan sangat lengang dan hanya kamu di jalanan?
Wah..itu sudah seperti dunia ana yang punya!

Masa tu..
Walau cekgu sebelah kamu garang macam singa pon..
Walau cikgu sebelaha kamu keluar taring macam drakula pon...
Walau cekgu kamu mengaum macam leopard di gurun sahara pon..
Kamu konpem takkan nanges punya!
Memandu kereta itu sangat heaven!
Sudah 22 tawon aku berhidup, tapi baru harini bole masuk kelas memandu!
Kamu tau apa perasaan gembira di hati ini?
Tepuk tangan sudah! (clap clap clap)


Dengan ini,
Saya, Linalisa d Vinci,
berazam akan menumpukan sepenuh perhatian dan cita-cita saya,
untuk memajukan sekeping lesen memandu kelas D di dalam purse saya.
Sekian.
Terima kaseh.

Iklan penaja:
Metro Driving Lesen.



Wah.....heaven!!!

Saya Sayang Persona Merah Saya

Aiseyh.
Bila sakit kepala menyerang, ada pulak yg nak tambah sakitkan itu.
Macam menambahkan batu di dalam tengkorak kepala. (sila bayangkan tauhu sumbat)


Saya suka naik moto.
Hari-hari saya naik moto.
Saya cuma ada lesen moto.
Saya langsung tak tahu drive kereta kebal maupon kereta iswara.
Kereta sorong saya terer lah.

Kamu tau kenapa saya suka moto?
Sebab moto kecik.
Tayar pon kecik.
Saya nak lap pon tak takut.
Saya nak reverse lagi la tak takut.
Kalo takut langgar kreta orang kat blakang, saya tlak je moto tu before stat injin.
Kalo kereta?
Bole ke saya keluar dan tolak kereta sambil monitor kereta di belakang supaya tak belanggar bontot?? (kamu imagine tau!)
Kalo naik moto, tak kena bayar tol. Apatah lagi kena q nak bayar tol. drive tru saja.
Kalo naik kereta, nuuu kat tol batu tiga tu, mau berakar bontot tunggu q panjang.
OK. Itu salah dreba kereta yg tak reti guna smart tag. Huh!
Kalo guna kereta, susah mau cari paking.
Dahla kena bayar.
Kalo naik moto, paking 50sen saja.
Kalo paking penuh, dabel park pon ok! (itu amalan keji namanya)

Tapi 1 yang saya tak suka pasal moto.
Bila pegi mana-mana, dia sangat la berjerebu.
Macam-macam ubat suda dibagi. 2T mahal pon suda disuap.
tapi masih berjerebu tebal.
Bila masuk kerja, baju mesti bau asap.
Waaa... saya sangat sedih.
Kenapa moto melakukan saya begini? (correction: memperlakukan lah. malas mau backspace)

sekian.
mau bersiar2 dengan gen2 pato
persona merah ditinggalkan sekejap.
hahaha

Tuesday, December 22, 2009

Today is December Fool

Mari meneliti bait-bait dialog di bawah;

LOKASI: Blog ini punya chatbox
tan sri samad: sy mau pesan neskopi o beng 1..roti tulur 1..banjir.. (2009-12-21 10:25PM)
me: siap! sila ambik d dapo restoran (2009-12-21 11:10PM)
tan sri samad: syg, u dah lunch? (2009-12-22 12:34PM) --syg tu lah buat pato aku mengamok
tan sri samad: u nak i bawa u pi makan? ( 2009-12-22 12:35PM)
tan sri samad: syg, nape u diam jew? (2009-12-22 12:40PM)---see.sayang lagi tuh! tak malu langsong!
tan sri samad: kepada cmua owg, i nk u oll taw..i lah pato baru bliau (2009-12-22 12:41PM) ---mcm nak pemes segera kan?

Sementara itu, di fesbuk. pato dah mula naek rimau tiger susunya.
leo: sape tan sri tuh? siap besayang-sayang lagi
lina: ne ar nak tau. meman tak kenal pon. dahla takde link. takleh nak detect.
leo: tengok tu. siap besayang-sayang lagi kat shoutbox.
lina: yeke? tak cek pon. jap.
leo: siap nak bagi no.fon lagi. nampak macam budak utara je.
lina: takde plak kat gps tu tunjuk ada org dari utara datang.
leo: i tak kira. u setelkan r sendri dengan laki tu.
lina: loo..macam mana? link pon takde
leo: tak kira. u setelkan sendri. Dia nak bagi no.fon kan? ambikla
lina: kamu je lah buat2 jadi sy, then mintak no.fon dia.
leo: no. u setelkan sendiri. tak kira
leo: tengok tu. sayang-sayang lagi. ---dia suda mula keluar taring dan marah-marah

Mood time ni sangat-sangat berapi! Sape lah punya keja nak anaya aku!! Tan sri mana la yg langsong tak maco tuh!! Annoying sangat laki ni!!!

Serangan beralih ke blog. Dengan perasaan marah yg sangat membara
me: do mind ur words (12:41PM)
tan sri samad: i syg bliau cangat2 (12:41PM) -- punya la gatai kan? memang rasa nak bom saja tan sri ni
tan sri samad: napa u x nak mengaku cyg? (12:42PM)
me: bodo la weh! bla bla bla tetttt!!!!! (yang sangat tidak bagus untuk kesihatan hati) dialoq tepaksa dipotong mcm dlm melodi tuh. ;P (12:42PM)
tan sri samad: bagitau la dowg u gf i (12:42PM)
tan sri samad: kan u dah janji nk kawin dgn i (12:43PM)
me: babi la!!!! (12:43PM) ----teruk gila bole panggil najis mughallazah ni. sori.
tan sri samad: kte nk kawin kn?? (12:44PM)

tetiba pato masuk line

pato: kawen??? (12:47PM)--- bayangkan..bayangkan...suda macam drama melayu daaa. heroin yg maco tesepit di tengah-tengah.

Bila sampai part ni, aku lagi hangin. Takut kena marah dengan pato pon ada. Aku tak besalah tapi tan sri tu yg kurang ajar!Siap cerita pasal kawen lagi tuh.
Tapi yg paling aku marah, tan sri dan pato berebut-rebut bagi link. Tadi letak nama je. Link takde. Now dua dua bagi.

Cuba korang try klik nama tan sri dengan pato tuh. Apa yg keluar.
Huh! Gila punya berangin nih!!!

mfj: sylah tansri samad..n sayalah pato (12:52PM)

Tak cukup dengan tu, tetiba muncul manusia-manusia lain yg join skandal satu kayu nih.

luna: apa pasai ni? (12:55PM)
me: oh jemm..pasai apa? tanya firdaus (12:56PM)

Part ni aku dah cuak. Apa pasal sepupu dia punya wife bole jejak aku punya blog. Sangat tak masuk akal. Tapi sebab masa tu sangat hangin, terus aku balas mcm tu. Then few minutes after that, rasa mcm besalah balas macam tu. sounds agak kurang ajar. So aku pegi blog luna nih. Siap mintak maaf bagai kan. (yelah. kang dia kasitau laki dia, pastu terus rijek aku jadi calon bini si pato, masalah pulak kan?). Kebetulan plak, kat chatbox dia ada tulis;

LuNa: oit sam.....im updating right at this moment....hehhe (15 Dec 09, 23:29)

Kamu nampak tak yang dia tengah apdet?? so no wonder la kan dia bole jalan-jalan ke blog aku. (pemikiran aku time tengah marah sangat pendek!) So, aku pon pos la ucapan mintak maaf. Haishhh.. lepas dah pos tu, baru aku sedar. Tu tarikh mesej dari LuNa tuh.... Minggu lepas punya la!!! N lagi 1. Kamu try tengok ejaan luna kat chatbox aku dengan dekat chatbox luna yg betol. Mana sama!!!!

Waaa....satu lagi kena! Sangat geram dan sakit hati!!!

belom abis part prank yg memalukan tuh, datang plak tokoh besar negara. Erkkk!

che det: apa masalah kamu ini? (1:02PM)

Lorrr..takkan che det pon tau blog aku kot.
Tapi cuba kau try klik link che det tuh. Apa yg keluar??

Tu blog lama chedet la! Skarang dia pakai .cc


Geram! Geram!!
Patutlah semalam mimpi april fool!!

nota: entri sangat panjang sbb aku tak jumpa short cut nak buat entri ni lebih pendek dan ringkas.


to pato: saya dah hantar resume kamu ke wakenabeb. nanti jadiklah partner din beramboi.

moral value: chatbox ini sangat bahaya. anybody can use ur name n ur link without any restriction. i mean, u can be me n use my link, n make some hot issues to others blog. n the blame will come to me. not the culprit. mcm yg noin kena. hahahahah! sori noin. chill~~


Monday, December 21, 2009

Perpisahan

Salam.
Harini, the whole day rasanya layan lagu perpisahan je kot. Feeling gila. Benci!
Ini bukan lagu perpisahan bang nuar nyanyi tuh. Ni lagu dayana nyanyi. Idola kecil tuh.
Sangat tacing! Tetambah dalam situasi macam ni kan? (pak nuar, you bole pencen skarang!)
You know lah. Something you really don't expect suddenly happens. Down tahap jebon pon ye jugak.
Ah.. pedulikkan.
Who care? I mean, ada ke org yang kesah??


Rasanya banyak yang nak cerita. Tapi sebab blog ni dibaca someone yg senang mengamok dan teguris jantung, so tepaksa la cerita benda lain.
Berat wey tanggung masalah sorang-sorang.
Lagi berat bila kau tak bole luah kat sape-sape.
Lagi teruk bila kau cuma bole kongsi dengan orang tu je, tapi orang tu langsung tak peduli kau.
Tidur lagi bagus katanya.
Aku kalo jumpa manusia macam ni, memang rasa nak cekik-cekik saja sampai mampos.
Kerat 13, rebus buat sup bagi kura-kura makan.
Lagi bagus kot.
Tapi setakat cakap je lah kan. Kalo aku buat, memang sahih la esoknya nama kat facebook bertukar jadik lona fendi kan? ahakz! mengikut peredaran masa gitu. 
Terus 1 Malaysia lupa pasal berita bung mokhtar menikah dengan zizie ezette.
Mesti blog ni jadi tumpuan FBI, polapol, CNN, CNI, PDRM, forensik bagai kan?
Yelah.
Di sinilah bermulanya cetusan idea seorang pemarah yg rasa nak membunuh manusia yang tak penah nak ada mas susah orang lain.

Ingat ye anak-anak...
What you give you get back.
Bila dah kena sedas nanti, jangan nak menyalahkan orang plak.
Kamu yang pandai-pandai nak buat orang gila, bila kena tang batang hidung sendiri, jangan pulak salahkan doktor sakit jiwa.
Salahkan jantung kamu tu yang hidup tak reti nak hargai orang.
Salahkan mulut kamu tu yang manis bila dengan orang lain, tapi dengan orang yang susah payah dengan kamu, terus jadi cuka campo racun tikus. (baik kamu jilat saja mulut kamu yg rasa macam racun tu, terus consider mati mengejut. tak perlu kes pembunuhan mengambil tempat)

Friend in need is a friend indeed.
Masa susah kita, dia ada.
Masa susah dia kita ada.
Masa senang kita dia datang.
Masa senang dia pon dia nak kongsi sama-sama.


nota: lagi sekali, entri imo gila. maaf. tepengaruh dengan muvi. ;D

Saya Sakit Hati. Kamu Sakit Apa?

You know, mimpi itu mengerikan. For some people, mimpi itu mainan tidur. But for me, mimpi sangat menggerunkan.

You can see some of the testimonial below. (testimoni tuh! Tak tahan!)

1- Aku mimpi ada tahi burung atas motor somebody. Tapi aku tatau motor sape. The next morning moto pato rosak. (it's uzur oredi). Then pato pinjam hosmet dia punya. N moto itu ada tahi burung woooo... So, aku tau la, moto yg dimimpi is that moto lah.

2- Esok itu adalah exam paper environment pato. N the night before that exam, aku mimpi soalan yang keluar. Green house effect bla3 (tak ingat sangat dah), tapi bila bangun, dah pukul 8. So, tak sempat nak bagitau pato. After abis paper, aku mintak tengok soalan, and memang betol apa yang aku mimpi keluar. About 3/5 questions. Kalau lah aku mimpi malam sebelum tu... kan da bole stadi.

3- Aku mimpi ustaz masa aku sekola rendah meninggal. Besok tengaharinya, abah aku call bagitau ustaz tu dah dikebumi pagi tuh. (Kau rasa nak tekejut tak? Aku rasa sangat-sangat tau!)

4- Aku mimpi makcik aku mengandung. Esok paginya, mak aku call makcik aku mabok orang pregnan! Gila apa! (Mimpi ni tejadi untuk 3 orang mak sedara aku. Sebek aku mimpi aku mengandung minggu lepas cuma mimpi buruk saja. Kalo takk...sapa bapaknya?? huh!)

5- Aku mimpi pato ada cari pompuan lain. Namanya wawa dan hana. Kul 3 pagi mimpi tu. Terus aku tesedar n mesej pato. Who'r the girls. N he didnt reply. Itu cerita pagi ahad yg semalam. N mimpi tu memang betol pon!!!!!!!!!!!!!!! Haaaaaaaaaaa......... Benci gila tau!!Sula saja dia!


note: CARI pompuan lain tu bukan maksudnya CURANG. Hopfuly. T_T


--maaf. entri gila babi punya bosan. mood tak ada lah. next time la pulak kita hibur-hiburan

Thursday, December 17, 2009

Memang 1Malaysia

OK. Semua orang tau. Malaysia menang emas sukan sea after 20 tahun menunggu. Since aku umur 2 tahun tuh! Besabar sungguh rakyat Malaysia tunggu emas tu kan?

Memang gol tadi macam gol simple gila. Kau pon tau kan? Aku pon tau jugak. 
Sepak bajet nak main cross kot, tapi sebab defender vietnam dengan keeper dia ada misunderstanding, haaaaa meleret je bola tu masuk gol. Aku assume tu gol sendiri sebab mengikut spek mata aku yang patah tangkainya ni, memang kena kaki si polan defender vietnam tuh. Aiseyh. Memang tak maco betol gol mudah macam tu. Anyway, congrate. Masih seronok jugak. Ai tengok dengan pato di rumah tau. Romantik yu! Kamu ada ke? Hahahahaha! (poyokan?)

OK lah. Tamo cerita panjang-panjang. Meh kita sammerikan.

1- Jersi team Malaysiaku terchenta bewarna biru. Jersi Vietnam adalah putih. Coach Malaysia berbaju putih. Coach Vietnam berbaju biru. Korang paham ke nih? Macam ala-ala menyokong pasukan lawan lagi tau! Moral support kot. Hahaha! Baguslah. Berjiran kan kena muafakat.

2- Persamaan antara coach Malaysia dan coach Vietnam adalah rambut. Kulit lain-lain kale (korang sendiri pon tau kan), rambut masih seragam putih campo hitam. I lyke! Sangat bermuafakat!

3- Sharbinie sangat cool dengan uniform purple nya dan glove pink keramat itu. I just wonder what colour of his boots. Huhuhu. Gambar dalam metro pon, jersinya jugak purple. Sangat cool la bai!

4- MC masa penyampaian hadiah sangat meyunikkan nama mentri sukan kita. Detoc Sheberry Chik. Wow! Sudah ala holiwud tau!

5- Keeper Vietnam sangat tabah. Kesian sangat tengok dia. Tapi semangat juang sungguh tinggi. Pato bajet dia akan putus bahu kalo bola dasyat cecah gol lagi. Tapi kalo aku jadi keeper simpanan vietnam, memang lepas gem aku tumbuk je keeper yg main tuh. Suda dua kali sarung glove plus warm up dengan penuh semangat sampai dua kali jugak, las-las tak dapat-dapat jugak masuk padang. Kasi can la bro! Tapi nasib dia baik lah.

6- Aidil (kawan pato - hari-hari aku femeskan nama dia. heh!) prefer sepak bola dari tanduk. Yu see the rambut lah. Tepacak tuh! Pakai brycream agaknya. Di mana-mana jua kekal tepacak! (Kenapa la brylcream tak ambik dia je jadik duta. Kan rambutnya always terpacak. Baru lah ada real proof secara life)

7- Strategi Malaysia agak bagus. Tak turunkan all the 1st level players masa first half. So that, 2nd half still ada back up utk menyerang dan diserang. Huhuhu. Vietnam turunkan semua yg gempak masa 1st half. Lepas tu ha hambek ko! Nak keluarkan yg semput pon tak brani masa 2nd half becoz Malaysia yg dalam tu bukan calang-calang. Ewah! Ini pato yg cakap OK! Bukan aku.

8- Aku tatau sape hero Malaysia dalam game tadi. Kenapa? Sebab gol Malaysia dijaringkan oleh......................

MAI XUAN HOP

Woot! Woot! Sape tuh???


Apa-apa pon.. Malaysia Boleh!
Saya sayang Malaysia macam saya sayang kereta saya. Hahahaha! (Bila tah aku beli kereta. lesen pon tadak)



Nota: Trima kaseh la mai xuan hop. Kalo tak, mesti si penjaga gol kamu tu lagi disalahkan sebab boloskan sebijik. Dahla bahu dah cedera parah. Kesian dia... Muka dia pon sangat kesian.... T_T Simpati tau tak!!!



Nama Baby Kamu Apa?

Assalamualaikum... Salam 1 Mesia.

Harini bagi salam lah pulak ye. Syukur sudah kembali ke dunia asal.

Aku hari-hari buat amalan terbaik. Hari-hari mesti punyalah pegi baca gosip artis.
Apekejadahnya??
Hahaha
Gila bizi bodi.

Abaikan lah isu artis skarang sembunyi anak macam artis holiwud. Pedulik apa aku!
Anak dia. Bukan anak aku.
Kalo anak aku, harini jenguk dunia aku dah publish dekat blog. Muahahaha!
OK! Tak lojik. Eksploitasi bayi namanya. Keji punya mommy!
Tabahek bak kata noin. ;P

Aku cuma pelik. Bila tengok baby je, mesti org kata comel.
Padahal comel pon aku tak clear macam mana.
Baby yang baru 1 hari umur dia, org dah "comelnya comelnya" penuh ketakjuban.
OK lah. Comel itu sabjektif. Bole suka suki nak jawab macam mana. Tiada skema pemarkahan yang nyata.
Maybe sebab aku agak bengap, so aku susah nak kata "comelnya dia ni..comelnya baby ni" dan ayat-ayat seskema dengannya.
Pekataan comel tu cuma bole tembus palehotak aku bila baby tu dah membesar sihat dan cergas, around 3-4 months. Masa tu baru nampak mata dia besar mana, rambut dia laju mana mau tumbuh, berapa diameter rambut dia, megi ke spageti ke rambut dia, bulu mata rozita che wan ke, bibir enjelina joli ke (aku lah tu. hahahaha), kulit kale apa, dan seciri-ciri dengannya lah.
So bila ada org yg mencomelkan baby yang baru jengah dunia ni, aku senyum je lah. Ala-ala baik hati gitu. Hipokrit gila!

Lagi 1 pasal baby, nama baby zaman skarang macam dah ada 1 skema nama plak. Dah serupa skema pemarkahan SPM.
Macam wajib letak nama tu. Kalo tak, tak glemer. Hilang aura gitu.  Tak menang ABP tahun tuh.
Boleh tengok nama anak-anak artis sebagai contoh. (tapi jangan jadikan artis sebagai contoh. hahahah)
Nama mesti belit-belit lidah.
Lepas tu ejaan yang kona kiri kanan baru jumpa cara nak pronoun.
U see lah. Khatijah sudah jadi Qadheeja. Glemer lah katakan.
Nama plak mesti nak sound glemer dan penuh kegemilangan dan ketamadunan artis.
Pastu mesti nak bertiga empat kerat baru jumpa nama bapak.
Kadang-kadang sampai tatau tu anak melayu ke anak mat saleh.

Sila tilik nama-nama di bawah;
Reeve Damien, Airit Rayyat (ini anak sedara pato yg daddynya main bola tuh. hahahah), Jeffrey Joaqium Indot, Rosella Rosell, Andika Rees Pahamin, Ramada Agust Putra, Syamira Putri Oktavia, Syahira Putri Apreena
--Sangat glemer kan?

Tapi aku rasa, tak payah ejaan pelik-pelik, tapi bila pronoun jadi sedap pon, dah kira orait. Bak kata pepatah, ringkas tapi lengkap. Errrkkk!
Tengok anak amy mastura, tak payah jumpa simpang dua tiga kali nak sebut nama anak dia. Adriana. Adalia. Ada kau jumpa simpang tiga, then kena masuk nama ke dua, then jumpa lagi longkang, then baru nama ke tiga, then jumpa bin binti, then baru nama bapak dia? Takde kan? Nama pon sedap. Macam anak sharifah shaheera jugak. Alelisya. Aril. Aira. Yang kecik ni aku tatau. Haha! Tok kadi pon tak semput nafas nak akad nikah anak diorang kan?

Tapi lagi susah nak sebut nama kerabat atopon orang-orang besar vvip yang intro nama je dah makan sedepa kertas kajang. Blom kira lagu kalo bapaknya jugak pon bergelaran. Fuh.. Dah macam hafal rumus add math!





Nota: Bosan plak cerita pasal ni. Tapi dah taip kan. Rugi tenaga plak kalo delete. Hahaha! Layan!


pssssttt; pato mudi bila dikaco masa tido. "aku pantang orang kaco aku time tido!!" Ni sah-sah tak layak jadi bomba maupon pengawal keselamatan atopon doktor di hospital. huh!

Wednesday, December 16, 2009

Aku Dah Kawen. Kamu Bila Lagi?


Semalam aku balik rumah. Tiba-tiba mak suruh bersiap. 
Pato nak datang katanya.
Aku pelik. Aku heran. 

Sejak bila pato tau jalan nak masuk kampung bakau tua nih.
Belum aku sempat tanya lebih-lebih, tiba-tiba ada orang bagi salam.
Wallaweh! Pato sama famili sudah depan rumah. 

Siap bersongkok berbaju melayu bersampin lagi tuh! Baju biru laut la pulak.
Aku dah gelabah. Memang sangat gelabah walau seronok jugak. Hahaha
Aku tanya mak, apsal diorang datang tak bagitau. Ini nikah ke tunang?
Dalam mak dok pikir-pikir tu, pato and family selamba je naik atas jumpa tok kadi.
Aik? Tok kadi pon dah dijemput?
Aku rasa nak mengamok je. Memang nak marah sangat-sangat.
Diorang plan suka-suka je. Aku sikit pon tatau.
Yang lagi hangin, aku takde baju cun nak pakai! 

Nak upah sorang mak andam pon tak bole ke????

Las-las pakai jugak baju kurung biru macam si pato tuh. Nasib abik ada.
Tapi crown ke lace ke apejadah yang lain yg aku tatau nama dia semua takde.
Rasa macam kurang seri pengantin je. 

Bukan kurang, tapi memang tak berseri!!!
Aku malas nak join akad kat atas. Lantakah diorang. 

Nak kawen pon tak menyempat!
At least bagi la aku stanby dengan mak andam plus uniform yang cun melecun sket!
Takkan baju kurung mcm baju raya je kot! Jatuhla saham!
Tapi aku pelik, brapa hantaran aku? Hahahaha! 

Tetiba jadi seronok nak kawen. Dapat duit ooo! 
Tapi jap. Sejak bila pato dah kumpul duit? 
Setau aku, nak reques burger king sebijik pon sampai skarang tak dapat-dapat.
Peduliklah.


Angin aku still tak baik. Aku marah sape punya plan suruh aku kawen mengejut nih.
Sambil tunggu si pato akad, aku on facebook.
Tangan rasa gatal je nak apdet status, 


"Sori kawan-kawan. Harini sangat neves mau nikah. Baju kawen tatau hilang mana. I'm no longer cik. Sudah puan. Memang mengejut, tapi aku bukan kena tangkap basah. Nati kenuri aku jemput".
 
Tapi macam takut lah pulak kan nati bertalu-talu org komen.
Nak nak pulak kawan yg dekat dengan rumah. Kang muncul mengejut depan pintu.
Haaa...apo den nak jawab? Baju dahla buruk dan tidak cun! Malu!


Dalam dok tunggu tu, aku tanya mak. Kenapa tiba-tiba je suruh nikah.
Mak kata tok yang mintak. Dia dah tak lama dah tu.
Aish... aku pon sedih gila. So redha saja. Tapi dalam pale otak, memang still menyumpah-nyumpah sebab baju memang outdated.



Tetiba...
Pato turun sambil senyum-senyum lembu.
Aku langsung tak berdebar! Buang tebiat ke hape? 

Selama ni muka menyinga je. Arini nak mengkambing plak? Huh!
Tapi dia bawak cincin ooo...
Hahahaha!
Seronok! Cincin silver ni pon dah macam kian menipis dihakis angin lalu..


Pato sarung cincin. (still panggil dia pato. bukan suami)
Then ada org hulur sekotak lagi cincin.
"sarung kat jari pato plak" (dia takde la panggil PATO. ofkos guna nama betol pato kan. gimik saja)
Wah..mcm best saja!
Pastu suruh cium-cium dahi, tangan bagai la pulak.
Entah kameraman mana dia upah tatau la.
Masa dia kiss dahi tu, aku tanya pato, "apsal nak kawen pon kena surprise?? dahla baju buruk! Malu!! malu!!"
Then dia jawab, "ala..rilek la. lepas ni nak angkut pegi mana pon orang dah tak peduli"



Woi...baju ni buruk tau tak! Lantakah kawen ke tak kawen! Ni gambar nak letak kat fesbuk la. Takkan baju kurung ke dapur je kot nak taruk! Malu la sket!

Sumpah, baju tu langsung tak grand! Gila babi punya kampung punya feel.
Geram! Geram!
Apa jenis majlis tah.
Haaaaa......
Geram lagi!


Lain kali nak kawen, nak buat surprise pon buat la. Tapi janji baju dah tempah Rizalman Ibrahim. Takdela aku mengamok macam ni!
Sakit hati!


Monday, December 14, 2009

Bola Malaysia Punya Pasal

Tadi tengok bola. Malaysia lawan Laos. Malaysia memang hebat. Dulu-dulu tengok dengan wan dan bapak-bapak sedara. Masa tu aku saja pompuan. Memang kalo bola depan gol, kaki aku dah naik ke tv. Wan selalu marah. Kontrol sikit katanya. Itu cerita berbelas tahun dulu. Sudah layak masuk arkib negara.

Harini layan bola dengan pato. Bukan plan nak layan sesama pon. Tapi kebetulan makan di kedai. So tengok bersama lah. Rasa teruja nak menjerit bila bola masuk gol. Tapi sebab semua laki, jerit dalam hati saja. Nasib baik takde orang dengar. Perempuan mesti sopan. Kalo aku jerit, mesti pato lempang. Tak tau jaga adab! Rasa sangat azab. Nak eksaited tapi kena tahan. Mana aci laki saja boleh tepuk tampar. Aku pon mahu juga tepuk tangan. Tapi malu pulak.

Bila gol ke-3 masuk, aku rasa mau senyum panjang-panjang. Malaysia sangat hebat. Tapi sorang pon takde sorak-sorak. Aku pelik. Weh jaring dah begoyang. Buta ke tak nampak? Rupa-rupanya diorang tak sedar bola dah tembus gol. Buta punya laki-laki! Pato pon sama. Diam sambil kerut-kerut kening tanda frust sbb pikir bola tak masuk. Takpe. Aku maafkan kebutaan pato. Dia rabun. Spek pon sudah lama tak update power. Aku paham. Seminit lepas tu, baru semua jerit gol. Sungguh mata diorang sangat lambat pick up. Mungkin ram sudah rosak. Memory lambat proses mungkin. Takpe. Maafkan saja lah. Mereka lelaki yg lemah kelajuan pemprosesan sistem penglihatan. Tapi kalo tengok awek seksi, itu adalah catalyst untuk sistem penglihatan mereka. Sebab tu sanggup parking anak mata kat penjuru mata sepuluh minit pon tak apa. Jeling lama-lama sampai juling pon mereka redha. Lelaki... Ya, aku buat-buat paham saja walaupun kalo pato buat, aku rasa mau rejam sampai dia buta. Oh, itu angan-angan mat jenin saja.

Bukan itu yang nak cerita. Lepas gol tu, aku mau cuit pato, mau kasitau yg bola dah gol. Tapi sebab dia tercengang, niat aku pending di situ. Tapi tangan masih terangkat macam nak hi-5 gitu. Lepas pato tesedar, terus dia five aku. Alahai. Aku rasa mau gelak. Bukan itu niat aku. Tapi tak mengapa. Dia sedang gembira lah tu. Five tak sengaja. Sudahnya, niat aku juga pending tanpa diteruskan. Tapi sampai skarang, masih rasa nak senyum sebab belum penah pato kasi five sama aku bila tengok bola. Terima kasih lah.



Nota: Entri ni memang macam harem. Perempuan cerita pasal bola. Apa sangat dia tau? Tapi yg pasti, aku jelas nampak. Keeper Malaysia pakai glove kale pink. Go girly go! Sebab pink lah Malaysia menang. Muahaha! Itulah kuasa wanita. Kamu lelaki, apa kamu tau? Bola jugak.. Cet!

Sunday, December 13, 2009

Spy Saya

Dulu masa kecik aku suka baca cerita penyiasatan. enid Blyton punya keluaran. Sangat syok tak usah cakap. Masa darjah 6 jadi ketagih teramat. Sampai mak aku bising mau bakar novel-novel tu semua. (Helo mak, itu buku sekolah punya lah). Nak abiskan 1 novel, kena sembunyi belakang moto abah aku. Port mesti selamat. Atopon lepak di sekolah lepas tusyen. Itu juga bijak untuk membereskan sebijik novel dlm 1 hari. Biasalah. Buku pinjam dari kawan yg pinjam dari kawan yg pinjam dari library sekolah. Mesti kena ikut turn. Mesti pulangkan on time. Kalo tak, mana mungkin the next week aku akan dapat novel lagi tiap-tiap hari. Kepecayaan itu kan penting. (Mesti kau tak paham ayat ni. Haha! Nasiblah. Aku tak pandai susun ayat)

Sebut saja buku apa. Si Gemok di hutan Sri Inai, Siri Salma (OK, siri salma bukan enid blyton punya), siri hadi (pon bukan enid punya), empat bersaudara, cerita budak-budak sekolah pon aku layan jugak. Sekolah Tengku Asyikin and Sekolah Sri Murni. Itu semua aku layan sampai abis siri.

Tapi harini bukan mau cerita pasal enid blyton. Aku tatau pon sebutannya adalah enid. Aku ingat ejaan enidblyton disebut guideblyton. Tu lah, dia punya tulisan mana aku paham sambung-sambung macam signature. Bukan aku bodoh. Tapi tulisan tu lah bengap. Tak tahu nak eja cantik-cantik. E dah jadi macam G. Patutlah bila aku cerita kat siti saleha, member kamcing aku masa kat irshad, dia tecengang tak hengat. Rupanya tak wujud publisher nama Guideblyton. Bongok punya lina!

Semalam pegi tengok myspy. Ingat cerita macam best sebab asyik keluar tv saja. Tak cukup dengan tu, dia punya lagu tema ambik stacy dengan adam. Lagi la aku menggedik nak tengok. Tambah pulak, pisau cukur sudah tak ditayang. Memang panggung kat Mesia macam harem. Cerita melayu mau tayang sat sat saja. Cerita luar bole tayang sampai kiamat. Menyampah jugak! Tiada patriotisma!

Mula cerita, macam lawak bodoh jugak. Bila masuk isi, ada part blue sikit. OK lah. Memang patut ada blue. Yang sponsor pon celcom blue. So wajib lah ada blue. Barulah selkomblu. Tapi aku tatau pasaipa aku gelak sangat banyak. Lawak mungkin. Tapi aku tak ingat pon apa lawak nya. Tak macam papadom. Lawak dia aku ingat lagi sampai skarang. Lawak myspy apa dia? Aku sudah lupa. Aku cuma ingat, aku sangat gelak melampau sampai spek aku patah. Bayangkan aku gelak segila mana. Memang dah gila. Las-las aku jugak merabun. Kena jugak cari gam gajah buat penyambung. Apa nak buat. Gaji belom masuk. Dari buat lense, baik aku berjimat buat makan.


nota: entri agak bosan. biasalah, pato datang bulan. jadi, aku jugak yg kena tahan. dah nasib badan...

Saturday, December 12, 2009

Kembali

Macam poyo saja merajok itu kan? Hahahaha! Mengong punya gimik lah.
Abaikan ye sahabat-sahabat. Takdo maknonyo den nak merajok. Tak maco langsong!

Ini berita hari ini. Hari ini hari Sabtu. Sabtu ye. Saturday. Ato dalam bahasa rojaknya, Hari Satur. Malaysia ni kan memang suka mix-mix bahasa kan? So kita mix'kan saturday dan hari sabtu. Cun kan?

Ai tak kesah pon org nak cakap campo-campo ni. Lantaklah. Janji dipahami dan tak nampak silly. Ai pon mix jugak kan? Hahahaha! Saja lah. Tapi ai prefer bahasa melayu rojakkan dengan arabic. Kalo grammar tak betol pon, takde lah manusia sekitar kata ai poyo lebih. Muahahaha! OK. Tak lawak pon.

Kamu pon tau kan yg ai ni latok. Ahli politik yg suka memonitor pegerakan bahasa-bahasa manusia di pesekitaran especially kat fesbuk sana tuh. Haishh... Bukan nak kutuk lah. Tapi kadang-kadang rasa kesian. Aku langsong tak kesahla nak guna bahsa sanskrit skalipon. Itu kamu punya pasal. Lagi bagus guna bahasa yg aku tak tau. At least aku tak leh detect kau punya grammar error. Kadang-kadang guna english untuk state status, memang takde masalah. Nampak la high class, n kalo nak maki org pon, takde ar nampak kasar sangat. n meng'impresskan jugak org di sekitaran. Tapi tolonglah..tolonglah sembunyikan kebodohan anda bila nak guna English tu. Sangat kasihan OK! Aku nak tego, nanti org kata aku nak tunjuk hebat. Memang aku tak bagus pon English. Tapi kadang-kadang major error pon korang nak buat mcm minor error, tak best lah jugak. Dah nama pon student uni, biarla jangan grammar budak form 1 lagi cun. Biarla nampak educated sket. Cek balik pasal past tense, present tense, past participle, singular, plural,.. Bak kata pepatah, bahasa jiwa bangsa.

Lagi 1. Memang Malaysians ni suka guna bahsa rojak temasok aku. Menteri-menteri pon kalo korang perasan, bila berucap ke, kasi pc ke, mesti ada gak selit ayat ni...

Contoh: "We have prepared for the...ape ni..ape ni...(sambil rolling-rolling eyes pikir 'ape ni' itu)"

Tak kesahla. Janji kita tau, dia masih ingat bahsa ibunda. Tapi yg aku tak tahan, ada jugak makluk yg nak membodohkan diri sendiri dengan rojakkan bahasa dengan resepi yg salah. Alaa..macam buat rojak campo nenas dengan kuih bakar la. Mesti la pelik kan? Tapi dalam bahsa ni, takde la kuih bakar n nenas tu, tp the words used yg tak ngam n tak sesuai untuk disuaipadankan. Ato bak kata pepatah, tidak seperti pinang dibelah dua.

Contoh:
I suka hear lagu MJ bila boring.

For me, there'r words that can be used n considered as "legal" for rojak purpose. But some words when are badly mixed will make the speaker sounds so silly.

One more thing, to those who love "wanna", "gonna", plz make sure there's no "to" added after the na na words.

1 lagi benda yg aku perasan, banyak kawan aku, temasok aku, selalu silap tang past participle. Ther's a person yg org semua pikir english dia sangat bagus, becoz most of her status on facebook will be posted in english, tapi 1 hari telah kantoi dengan aku tang past participle.

Dia tulis, I've think.....(bla bla bla)
Ai tanya pato, u ada nampak error tak. Dia buat tatau saja. Korang nampak error tak?

English aku memang agak lintang pukang. Tapi kalo bab grammar, memang aku cepat pikap. Hahaha! Jahat kan? If present tense da lepas, akan ada past tense pulak. Tapi kalo dia dah terer past tense n present tense, dia kena terer jugak past participle.


Entri ni bukan untuk condemn orang. Aku pon tak kesah pon orang cakap campo-campo. Zaman skarang, banyak perkataan Malay yg dah nampak skema bila dimelayukan. Contoh paling senang, pekataan effect. Korang mesti guna efek kan? Kadang-kadang je sebut kesan. Cuba sebut kesan, mesti agak macam terskema aje. Sama ar macam fresh orange. Pegi kedai kamu mintak jus oren ke fresh oren atopon korang mintak oren segar?

Korang try perkataan-perkataan bawah ni dlm ayat BM ok? Dengan syarat, perkataan tu korang convert dlm BM jugak.
absorber, grip, lap, high-spec, speed, monitor (komputer), final year project, practical training, overtime, punch card.






Wednesday, December 9, 2009

Majok!

Ini last entri dalam tempoh pemerajukan seorang pemimpin parti cap joyah. Apa kes? Majok la weh! Majok! MERAJOK! Ececeh.. Merajok la pulak! watever.

Dengan ini dimaklumkan, adalah saya sangat-sangat merajok sebab ramai yg baca blog saya tamo tinggalkan upah untuk penat lelah menaip. Sadis tau! Ai bukan jual karipap basi. Ai tak meniaga hape-hape pon tau! Ai tak letak pon nuffnang atopong advertlets. Tapi yu oll tamo jugak nak bagi upah kat ai. Majok tau! Pato, saya tau kamu pon baca blog saya. Tapi malas nak taip komen. Takpe. Sesapa yg tak reti drop komen, nati lepas balik dari proses pertapaan menghilangkan merajok, ai akan eksplen. Kalo yu oll maseh tak paham, nati kita buat kelas tusyen plak ok! Sejam sehengget saja yu!

Sekian, ai nak tido. Ai letih mengangkut barang naek tingkat 4. Rasa macam mendaki gunung eberes saja. Hello akitek mesia, silalah wajibkan pemakaian lif di mana-mana bangunan yg lebih 1 tengkat. Not fair OK! Silalah bersikap arkitek jiwa rakyat. Baru ada klas yu!

Monday, December 7, 2009

Verita Hari Ini

Sapa kata jadi bos tu bole rilek-rilek goyang kaki putar pen jilat cokolat celop sambil layan gosip hot sesuka hati dlm opis? NO! Sapa kata? Bagitau saya cepat!

Memula masuk kerja kadi ex-zeketif, aku bole selambedek maen fesbuk sambil melayan gosip hot n spicy kat tenet. Goyang kaki tu tak payah cakap la. Siap berputar-putar lagi. Kerja layan market je. Analyze market bla bla bla yg tak memerlukan pengeluaran suara yg maha cun ini dicampo dengan begerak sana sini macam mandor kilang teh cap sabah. Attendance tak payah cakapla. Suka suki aku je nak pegi opis tu. Ada aku kesah? Bos kesah la. Aku je tak kesah. Hahaha! Malas gila mau masuk opis. Baek tido kat rumah sampai petang. Lagi bermanfaat. Sok gi opis, buat-buat tatau sudah.

Las week tetiba je bos panggil. Wah..bedebar weh! Maunya tak. Ari kamis baru aku masuk opis. Seronok dok rumah punya pasal. (Bos, kalo baca ni, jangan pecaya OK! Saya pegi jumpa investor lah. Ni saja je nak bagi gempak cerita). Aku ingat dia mau pecat aku ke hape kan. Masalah disiplin dah serupa kes jenayah juvana. Tapi tetiba dia suh aku jadi asst. manager. Walawehhh! Lebih dari bulan jatuh dalam kati la! Seronok tak payah habaq la. Tapi tak seronok pon boleh tahan jugak wooo.. Maunya tak, kena jaga staf baru campo jadi macam ketua lah konon-kononnya. Woot! Sangat kelakar OK! Ai masih muda remaja. Suara maseh belom pecah. Macam mana mau berkhidmat penuh setia? Ececece...

Tapi semenjak dinaikkan pangkat yg aku rasa tak naik-naik jugak pon, aku makin gigih pegi kerja awal. Tak jadi lepat liat dah nak bangun pepagi walo kekadang terliat jugak. Huhuhu. Kalo pi lambat, malu wooo kat staf-staf baru. Tak boleh! Kena disiplin. Yeah! Saya skema!

Nota: Aku memang rasa bos bagi aku up sket position sbb nak aku tak ponteng keja dah la. Org lain naik pangkat sbb performance kerja bagus. Aku naik pangkat sbb performance ponteng bagus. Bagus sangatla tu awek pato haku ni. Caitt!!



Friday, December 4, 2009

Surat Untuk CEO TV3

OK.
Kali ni entri ditujukan khas buat datok seri farid ridzuan.

Datok Seri,
Saya nak tanya lah kan. Saya ni dok sorang-sorang kat rumah. Housemate semua dah balik bercuti semester. Biasalah. Saya kan genius banyaak. So, abis stadi awal la. Tu yg org lain masih blajar, saya dah kerja kuat ni. Tak pecaya? Tengokla otot-otot maskulin saya. Bukti saya sangat bekerja keras.

Tapi skarang ni, bukan cerita kerja keras saya yg nak dihailaitkan kat sini. Datok  Seri pon kerja keras jugak kan? Jom sana, heboh sini, sua sana, rasa sini kan? Ala.. itu saya tau sangat lah. Banyak iklan kat tv. Jom jom jom jom tu kan? Saya dah hafal dah. Tapi part JOM je lah. Hihi. Now bukan pasal kerja keras datok seri yg saya nak puji menggunung everes. Saya nak komplen ni!!! KOMPLEN! K O M P L E N!

Datok seri tau tak, dalam Malaysia ni, ramai manusia yg hidup membujang macam saya? Memangla status saya kat fesbuk tu MARRIED, tapi pato saya belom shake hand sama pak kadi. So, datok seri paham-pahamla kan kalo dah duduk sorang diri mcm ni kan? Takkan tak bole jadik mesra penonton kot. Haiyaaa.. Datok Seri tau ka itu TV3 sangat banyak iklan crita seram. U know lah datok seri, u punya staff kasi keluar iklan misteri nusantara, jangan tegur apa la.. Ini saya mau tegur la datok seri. That's not good la. U buat saya tak brani on TV langsong. And then U know what happen tonight? U know ka datok seri? Ini malam kan ada anugerah skrin. Halaaaaahaiya... U know datok seri? TV rumah saya suda merajok. Berbintik-bintik putih dah skrin TV tu. Apa benda pon tamo keluar. Sapa salah sekarang? Bukan TV saya looo.. Mesti la sebab TV3 banyak bagi iklan yg tak menyenangkan hati saya.

Saya sangat marah tau! Bukan sebb TV rosak. Tapi sebab saya langsung tak berani tengok TV. Sebab apa? Sebab saya takut keluar iklan tu semua. Sangat seram OK! Sangat mentraumakan! That's not good la datok seri. Cuba keluarkan iklan-iklan islamik sket. Macam zikir munajat ka.. Baru la hati saya dan jiwa mejadi tenang, sementelah tinggal seorang. Tidaklah kesunyian dan terpaksa memecah keheningan dengan lagu wali band! Bapak bapak ibu ibu siapa yg punya anak itu... waduh! Kok begini jadinya...............................

Gwe keciwa datu.....


Wednesday, December 2, 2009

Pe kaco kaco? Ingat nak buat dodol ke??

Wowoit!
Kalo mahu mengaco laki, sila siasat dulu itu laki ato pon dia punya bini.
Suka suki mau mesej laki org di tengah malam.
Bila aku kata ini dia punya bini, ko sengih-sengih hehehihi.
Uiiiihhhh..
Mana boleh begini.
Kalo aku suda kata ini dia punya bini, mestilah aku tanya mau apa kau cari aku punya laki.
Kau suka-suka jawab kau saja nak kaco aku punya laki.
Woit!
Look at jam dinding lah. Its 12am oredi.
Apa kaco laki org tengah-tengah malam macam ni?
Tak belajar ke bab menjaga rumah tangga harmoni?
Suka jugak main main lagu ni.
Aku tanya kau mau tinggal pesan apa-apa ke kat anak uncle johari..
Ini dia punya bini.
Kau dah kantoi kaco laki org di malam hari.
Kau ingat laki aku nak begurau jadi aku sesuka suki?
Heh!
Kamu dah silap hantar mesej di fb.
Sila cari lain laki.
Kalo nak lagi top, pi kaco laki tokti.
Rasanya dia lebey banyak duit n mampu tambah bini lagi.
Malas aku nak melayan kes-kes terpencil yg menyakitkan hati.
Nasib baik aku yg dapat mesej tadi.
Kalo laki aku yg dapat, sah-sah dia layan then tak balas SMS aku sampai esok pagi.
Huh! Sakit hati!

Hebat lah Konon

Hello beribadi!

Tadi latok tebaca satu aduan pasal org pandang rendah kat certain kos kat uni.
Alaaa.. Biasalah tu. Orang memang ingat kos profesional je hebat. Kos yg bole membeliakkan bijik mata masing-masing bila disebut. Engineer lah. Doktor lah. Loyer lah. Macam kos tu je best. Elleh..

Tak semestinya kos bagus, org nya bagus. Tak semestinya kos yg bagus gajinya lebey tinggi dari kos yg org pandang suku mata je.

Kadang-kadang manusia ni ternyanyok untuk besyukur.
Nak nak plak org yg dah di landasan keretapi kos yg hebat tuh... (sambil menjuih-juih mulut)
Contohla kan. Ini latok observe sendiri la. Almaklumlah. Ini data collection untuk research PHD latok. (OK. Jangan pecaya).
Ini yg aku nampak lah sepanjang pemerhatian awalan dan akhiran.

Apa guna kos hebat, tapi tiap-tiap sem fail paper, tiap-tiap sem kendong repeat paper? Sampai bersem-sem mengangkut papaer tu je. Tak berat ka tangan yg mengendong? Mengayun buayan pon sangat lenguh tau! Belajar memain! Org yg kos yg dilekeh-lekeh boleh plak menuju kejayaan penuh kedriftan dengan ferrari rosher kan? Tak usah cakapla alasan-alasan putar alam mcm soalan diorang senang, sabjek diorang senang, diorang lecturer suap bla bla bla. Kalo lecturer suap pon, tapi dia takmo hadam, tak jugak dinyahtinjakan kan? Haaa.. Kalo soalan senang, tapi dia bagi jawapan ke siam indon bagai, tak guna jugak kan?? Yg penting rasa nak blajar tu. Spirit. Usaha. Jangan malam exam bole pegi lepak mamak layan Arsenal kalah dengan Liverpool! Ngok namanya! Ko ingat exam tu bole ulang tayang macam siaran bola tu ke? Oh. Lupa. Bole-bole. Sem depan laaaa kan? Heh!

Tak payah pedulilah pe org nak cakap. Diorang lupa lah tu dunia ni takde insuran mulut. Kalo diorang tau takde jual insuran mulut, takdenye berani nak kutuk-kutuk org suka hati.


nota: ada banyak lagi nak crita. tp takut ada yg bosan. i'll story next entry yaa... chiao!