Senin yg lalu, aku pegi interview dekat GB Consulting kat Sek 13. Skali dapat lah pulak. Tapi aku agak kompius. Sebabnya, aku inteview untuk jawatan kerani, tapi gaji yg aku mintak tu mcm telampaulah sikit.
First day keja, aku rasa lain. Aku kena analyze market. Eh eh.. Kata kerani?? Kena buat transaction jual beli. Seronok! Pepagi masa mula masuk opis, busan je buat jual beli. Graf slow je turun naek nya. Yelah. Jam international kat graf tu baru 4 pagi. Pe jadah org nak bangun pepagi buta semata-mata nak buat business kan? Baek tido dulu.
Bila jam dah gerak masuk 11am, masa tu lah takleh nak godek-godek fb. Mata fokus je kat turun naik profit. Kalo lambat kang, tak sempat close transaction, terus harga turun, dah kena tunggu harga naik plak. Tapi seronok ooo.. Tak jumpa kerugian lagi nih! 1st day masuk keja, 1st transaction (training lagi nih), dah bole buat profit lebih 1k USD. Tapi itu bukan duit aku lah. Duit aku cuma kat lot yg aku bejaya je. 1st day dapat buat bisnes 12 lot. Kalo ni real akaun aku, memang dah masuk poket RM600. Heh!
Best gila dapat main dengan duit je. Tapi 1 je la problem, mana nak cekau investor. Dah la minimum modal kena keluar rm25k. Nak cari org tu susah. Tapi nak bagi untung kat investor, sehari pon dah boleh. Macam rabu ri tu, kan aku dah buat profit lebih 1k USD. Untung betol kalo aku ada rm25k. Memang aku labur terus! Bulan depan terus kawen. Hahaha! Buat kat Hilton ke, Concorde ke, Palace of Golden Hoses ke, kan??
Aku rasa la, mau bagi komisen rm1k kat sape2 yg bole bagi aku investor. Ini serius nih. Amacam? Ini bukan skim cepat kaya ok! Ini adalah bisnes matawang. Kalo tak pecaya, sila gugel forex street. Aku gerenti pas 3 bulan inves, korang keluar duit, dah bole pakai persona sebijik! Cash!! Sebulan inves pon da bole pinang anak dara orang OK! Anak teruna tak boleh la ye nak dipinang.. Melawan adat namanya. Muahaha!
nota: Tetiba rasa nak jadik investment consultant sampai tua la plak. Keja tak susah, duit masuk mcm air terjun. Degree buat hiasan dinding sudah! Itu untuk self-esteem.. kan??
nota: Tetiba rasa nak jadik investment consultant sampai tua la plak. Keja tak susah, duit masuk mcm air terjun. Degree buat hiasan dinding sudah! Itu untuk self-esteem.. kan??