Peti sejuk kat rumah ni dah 15 tawon. Dibeli masa adek aku yg nombo 3 ni baru blajar meniarap. Kekonon peti sejuk tu hadiah sempena kepandaian adek aku meniarap lah.
Tapi tawon 2009 ni, selepas 15 tawon peti sejuk cap National tu dibeli, berlaku peristiwa-peristiwa menyayat hati kat peti sejuk tu. Tak sudah-sudah mengalami kecederaan. Memula pintu bahgian ais tecabut. Bukan setakat tecabut, patah terus ok! So tak berpintula kat tingkat atas tuh.
Sebulan pas tu, main door dia plak buat hal. Pintu tamo rapat. Akibatnya, ais yg simpan kat tempat ais tu memang takkan membeku langsong! Cair je. Bila pagi, masa fresh lagi n baru balik dari kedai, bentuk semulajadi ais tiub tu still vogue. Tapi, beberapa jam pastu, memang sah jadi air!! Sok paginya, jadi ais KIUB plak!! Ais kiub saiz aisberg yg titanic langgar tu tau x!!!(ais telah mencair dan kemudian membeku mengikut bentuk bekas yg diletakkan ais tu).
Memang tensen ar nak minum ais kena ketuk-ketuk dengan lesung batu dulu, baru muat gelas.
Las-las, mak sedara aku bagi proposal grand giler!
IKAT PETI AIS DENGAN TALI GETAH.
Korang tau ke tali getah tu camne? Alaaa.. tali yg bebudak gi sekolah ikat beg diorang kat pelantar belakang tuh. Ha.. behasil la jugak. So, memang pastu peti sejuk kat rumah aku pakai belt la hari-hari.
And sebab belt tu sangat-sangat menyusahkan, aku malas dah nak amek ais dalam tu bila nak minum. Minum air suam pon takpe. Tak larat nak bukak belt, tarik pintu, amek ais, tutup pintu semula, then pakaikan peti tu belt lagi. Kompleks sangat tau x!!
Bayangkan...........
SEBUAH PETI SEJUK MEMAKAI TALI PINGGANG........................