Tuesday, February 14, 2012

This Is Not Funny, Dude!

*GUA MENAIP DALAM KEADAAN MARAH YG TERAMAT*

1- Lu tau tak pemilik motor macam gua bukan orang-orang yg kaya yg mampu beli kereta at least sebijik viva buat modal perjalanan kala hujan? Kalau gua kaya, gua tak pakai motor la der. Baik gua layan Viva Elite ke, tak payah kemek muncung tudung gua sbb pakai helmet.

2- Lu tau tak, tak semua rakyat Malaysia ni mampu simpan gaji depa buat bekalan masa-masa suntuk? Kalau ada pon, kadang-kadang hujung bulan guna jugak. 

3- Lu tau tak, orang kerja susah-susah, beli barang yg depa suka, bukan buat bekalan modal utk lu meniaga di pasaran-pasaran gelap??

4- Lu tau tak, orang-orang yg dok di flat bukanlah yg tebal poketnya, lantas motor-motor dan kereta cabuk 2nd hand saja yg berani dibeli. 

5- Lu tau tak Malaysia ni bukan negara pelik-pelik yg rakyatnya kerja Sabtu Ahad dan cuti pada Isnin sampai Jumaat???



----------------------------------------------------------------------------

LU MEMANG BABI PENCURI!!! RIM MOTOR GUA DEPAN BELAKANG LU SEBAT SAMPAI TINGGAL FORK SAJA KAT MOTO TU APAHAL!!!! 

1- Lu tak reti pikir ke hari ni hari Selasa!!!! Gua keja la babi! Hari Valentines bukan public holiday di negara Malaysia tanahairkutercinta!. Tak pasal-pasal gua kena EL!

2- Lu tau tak bulan lepas gaji masuk awal sebab nak beli barang-barang Raya Cina kemudian la ni gua tengah berjimat!! Rim tu ori la babi! Lu kalau nak kaya pon, pi join MLM la! Gua takdak masa nak buat ihsan derma modal perniagaan haram lu!

3- Lu tau tak, kalau gua tengah pokai skang, tak pasal-pasal moto tu teduduk sampai hujung bulan ni. Bukan moto saja teduduk, bulan depan konfem gua teduduk sebab duit habis ganti beli benda lu curi tu saja! 

4- Lu tau tak, semata-mata nak pi report polis, gua menapak berkilometer nak ke balai polis, kemudian menapak survey spare part lagi. Memang babi la! 

5- Lu tau tak baru minggu lepas gua tukar spoket segala campur tayar baru depan belakang, pakai gaji setahun punya kumpul, belum sebulan lu dah sebat?? Sial la lu.

5- Polis pon, gua dah report tu, mai la tengok mangsa keadaan macam mana! Setakat nak taip report, print report, then report kat bos lu, pencuri tu jadi apa? Esok malam dia mai lagi la sebat rim baru gua ni! Nak beli rim elok pon susah hati. Beli rim cikai, esok patah pulak. Duit lagi!

6- Lu tau tak, gua mintak lu mati lemas terdampar di dasar sungai. Biar mayat lu tak payah org jumpa. Tak payah susah-susah org kampung gotong royong kebumi lu!

7- Kerajaan, apa lagi. Hudud mana hudud??? Nak gua pi potong tangan depa ka? Gua pakai gergaji letrik. Moden sikit.



Kualiti gambar memamg tak cun sebab henpon gua kamera mcm  cilaka.  Cilaka punya pencuri


Tak pasal-pasal gua update blog hari ni. 

Thursday, January 19, 2012

Back to School

Ucapan gua bermula begini.

1- Gua masuk opis awal. Gua pikir baik gua apdet blog. Tidak la dinamakan gaji buta sebab sekarang baru 8.25am. Ada lagi 35minit untuk dibutakan.

2- Sepanjang pemeninggalan gua ini, gua masih belum kawin. Oh setress juga perasaan ini kerana gua rasa umur 19tahun mcm gua dah cukup tua untuk masih kekal single dan tiada keluarga asas lagi.

3- Gua berterimakasih kepada yg sudi membacakan Yaasin buat gua setiap malam Jumaat dan mungkin juga setelah solat Jumaat. Patutlah hari-hari gua dilimpahi ketenangan yg berpanjangan. Harap-harap anak-anak gua nanti sesoleh dan sesolehah lu orang. Bolehlah dalam kubur nanti gua kekal tenang sebegini.

(ayat macam buang tebiat saja. Ni kalau esok lusa gua mati, kompom Harian Metrok keluar frontpage, DOA DAPAT ANAK SOLEH PETANDA AJAL TIBA)


4- Gua akan blogwalking setelah balik kerja nanti. Opis gua ni pakai internet seplorer jahh. Dahla yg version zaman atok gua dulu. Bukak new tab takbley. New window saja boleh. Gila apa nak bukak 100 windows dalam 1 masa. Kantoi la wey!

5- Eh dan 8.29am. Gua kena buat-buat rajin. Tengahahari nanti bos nak belanja lunch sempena CNY. Harap-harap dapat huluran angpow skali. Untung gua tak kawen lagi. Ye dak? Minggu lepas makan kat Victoria Station, harap-harap hari ni kat PJ Hilton plak lah. Bos lu orang ada??





Yang Benar,
JJ
JelinaJoli bukan JayaJusco

Wednesday, January 11, 2012

I'm Online Today because I am Bored

Gua online dalam kesamaran.
Bos gua entah ke mana selepas buat lalulintas sukasuka hati dia.
Gua tiada kerja.
Facebook dan twitter di blocked.
Lalu gua ke sini untuk bagitau lu orang bahawasanya..








GUA MASIH HIDUP.




Friday, October 7, 2011

Bajet 2012

Gua dengar cerita bajet 2012 dah nak keluar kan? Haish. Saspen plak gua tunggu-tunggu nih. Yelah. Gua dah bagitau pak2 menteri bahawasanya gua nak kawen hujung tahun depan. Mana tau ada menteri2 yang prihatin dengan usaha gua yang mewarnai dunia blog tanpa jemu dan takbur, sudi nak masukkan bajet kawen gua dalam bajet 2012 tuh. Senang gua nak kawen penuh tajaan juta2. 

Bolehla impian gua nak kawen kat Hilton terlaksana disamping menjemput Paris Hilton menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru diiringi kugiran dari Kumpulan Search dan Wings. 

Bolehla gua jemput lu orang datang bawak rombongan bas sekampung makan free stail New York berlaukkan steak, ber-desertkan nasi minyak kuah dalca. Komfem makcik2 pakcik2 yang lu orang bawak dari kampung2 sekitar lu orang bakal cerita ke-gah-an majelis gua sampai keturunan gua yang ke-7 yang mana kala itu gua dah sedap2 lepak dalam kubur takpayah pikir hutang majelis yang ditanggung rakyat2 malaysia.



Dan gua harap di majelis jutaan ringgit gua tu ada la CEO kampeni besar macam MahSing ke, Glomac ke Gamuda ke sudi-sudi hadiahkan gua sebijik banggelo di kawasan urban bertanah tinggi dan boleh lihat sekitaran KL dengan riaknya. Dan semestinya gua akan check dulu struktur tanah. Mana tau baru angkut sofa masuk rumah dah arwah dimakan dek tanah tu kan.. Org riak selalu rugi. Bagai gua dan tanah tinggi.

Monday, October 3, 2011

Trend Baru

Hey Lu olllss! Gua bizi gila semenjak dua menjak ni. Biasalah salon baru bukak. Gua walaupon manager, tapi sebab nak jimat cermat macam haji bakhil, terpaksalah gua multitasking. Dari tugas cleaner membawak ke akauntan, gua bolot sorang.


Ada client gua gila binatang. Sebab dia la gua kena pokus hadap rambut dia sampai dah 4 hari tak makan. Minum pon tak basah tekak. Gua dah kata , gua buat rambut stail helmet je. Helmet yang disahkan sirim. Tapi ada jugak yang bebal bagi gua 12juta untuk design rambut dia stail paling rare. Yelah. Kenduri Nabil kan stail fantasi. Dia pon nak jugakla berfantasi.



Lantas gua design sefantasi boleh.












Amacam? Ni kalau nak kawen sesuai sangat la buat stail ni. Nampak la kelainan sikit. Dari lu tempek bonggol unta di kepala kan, baik lu try gaya baru dari gua sempena syawal tahun depan.

Tuesday, September 27, 2011

Rambut, Helmet dan Salon

Gua dah beli satu alat kecantikan rambut untuk bisnes terbaru gua - SALON. Pasa takmau bukak branch baru untuk Chinta dia. So gua bukak sendiri salon. Gua letak nama Chintan.

Gua beli mesin ni saja untuk melengkapkan bisnes gua. Gunting, sikat semua, bukan level gua. Gua dah level pro.  



Gua tengok ramai awek-awek sekarang suka buat rambut stail helmet. Sebab tu gua pakai mesin ni saja. Masuk kepala dalam tu, set panjang mana mau potong. Kasteme boleh pilih bentuk rambut mengikut jenama helmet. Arai, ARC, Bell, Magnum, maupon Index, semua available. Cuma stail fulface memang gua tak sediakan sebab gua tak supply rambut ekstra. 


Lepas masuk dalam mesin import khas dari Jepun ni, maka ini lah hasilnya..
Ini cuma testimoni-testimoni dari pelanggan tetap gua.
































nota: Gua dah cek dengan polis dan JPJ. Rambut macam ni memang tak payah pakai helmet dah. 

Monday, September 26, 2011

Ramli

Status pesbuk dua tiga menjak up sungguh nama Ramli. Gua tak kenal Ramli. Gua tau Safee Sali saja. Kalau Ramli burger, tu memang sedap. Tapi mahai kemain kalau nak dibanding dengan burger cap Tesco. 

Ada member gua kat pesbuk siap kata Malaysia boleh menang lawan Jepun kalau Ramli main. 

Gua rasa baru berapa bulan gua tak baca Harian Metro. Takkan se-slow itu kadar ilmu gua. 

Hari ni gua google nama Ramli. Selain keluar option untuk Ramly, Ramli Sarip, Ramli MS dan Ramli Ibrahim (sapa ni?), gua keciwa. Lantas gua tukar jadi Ramli Safee. Ha, melambak keluar!



Ada paper kata Ramli main MU, Rooney akan main Kelantan. Gua tau ini dakyah totok2 bola sahaja. Lantas, gua tertengok video TM kat 1 blog ni.







Hampeh. Kalau macam ni, gua pon bole jadi pelakon iklan TM untuk bola ni.. Gua skor gol pertama untuk Team Chelsea. Acara bola jaring je lah. Bola sepak gua tak mampu. Lepas tu mesti berkumandang nama gua di Restoren2 mamak. Khennnn??